Dalam artikel ini, saya akan dedahkan lima idea bisnes untuk usahawan yang baru nak mulakan bisnes dengan modal bawah RM1000 berserta dengan pengiraan barang apa yang korang perlukan untuk memulakan bisnes tersebut.
Untuk memulakan perniagaan dari zero ni sebenarnya bukan mudah sebab banyak faktor yang korang perlu ambil kira. Antara faktor yang perlu diambil kira adalah masa, modal, tempat dan ilmu.
Tapi kalau dengar dari orang yang dah berjaya, kita jangan banyak fikir jika nak mulakan sesuatu bisnes. Kita langgar saja dulu. Kalau modal sikit, buat cara sikit. Ilmu dan lain-lain kita akan belajar dengan sendirinya nanti melalui pengalaman yang telah kita tempuh.
Bukankah guru yang terbaik adalah pengalaman kita sendiri?
Baiklah.
7 Idea Bisnes Modal Bawah RM1000 Untuk Usahawan
Ini adalah jenis perniagaan yang saya dapat listkan untuk korang jika ingin mulakan modal di bawah RM1000.
1. Berniaga Burger
Burger adalah satu makanan yang sudah tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Sebut saja burger budak umur 5 tahun pun tahu. Jadi, untuk menjual burger di negara kita sudah tidak mustahil lagi.
Burger adalah satu perniagaan yang korang boleh bermula di bawah RM1000.
Apakah bahan-bahan yang anda perlukan untuk berniaga burger?
a. Roti Burger x 5 = RM25
b. Daging Burger x 3 = RM30
c. Sayur-sayuran (Salad, kubis) = RM50
d. Bahan penambah perisa (Ex: Sos, mayonis, kicap perisa ) = RM150
e. Bahan memasak (Majerin, gas) = RM100
Total semua sekali adalah lebih kurang RM355. Ini adalah anggran kasar untuk kita memulakan burger pada hari pertama. Cukup dengan ini dahulu untuk kita bermula. Dapat idea?
Di mana tempat terbaik untuk berniaga burger?
Untuk mulakan bisnes ni, aku syorkan untuk korang bermula di tapak pasar malam, pasar minggu atau kat mana-mana tempat orang lalu lalang. Mesti akan ada yang perut lapar dan datang singgah untuk beli burger ni.
Jika korang ingin mulakan perniagaan burger dari zero to hero, boleh baca Panduan Lengkap Bisnes Burger yang ditulis oleh Md Fadzirul Afiq bin Dato’ Rusly atau lebih dikenali sebagai Afiq Dato’ Rusly.
2. Bisnes Air Balang
Bestkan bila kita pergi ke bazar ramadhan pada bulan puasa bila lihat air berwarna-warni dalam balang? Setiap warna tu ada pelbagai perisa. Kecur air liur dibuatnya.
Warna kuning mungkin perisa jagung, warna merah perisa tembikai dan sebagainya.
Bisnes air balang juga adalah salah satu bisnes yang boleh kita mula di bawah RM1000.
Apa yang kita perlukan untuk memulakan bisnes air balang?
a. Balang x 4 (Untuk 4 perisa) = RM500
b. Gula x 5 = RM15
c. Air masak = RM2
d. Bahan-bahan lain = RM300
Total semua adalah lebih kurang RM800 sahaja. Untuk balang, korang mungkin boleh cari yang terpakai. Daripada survey, harga satu balang baru lebih harganya kurang RM150. Jika korang mencari yang terpakai, mungkin dalam sekitar RM50-RM100 sahaja untuk satu balang.
Lagi jimat kos anda bukan?
Untuk mulakan bisnes ni, aku syorkan untuk korang bermula di tapak pasar malam, pasar minggu atau mana-mana tempat orang lalu lalang. Kalau mereka dahaga, mereka pasti akan singgah beli.
Jika korang ingin tambah ilmu dalam bisnes air balang, boleh baca Panduan Lengkap Bisnes Air Balang yang ditulis oleh Mizan Sulaiman iaitu seorang pengusaha air balang di bazar ramadhan dan pasar malam.
3. Bisnes Bakeri
Bakeri atau roti adalah jenis makanan yang menjadi kegemaran setiap lapisan masyarakat dan umur. Dengan teksture yang lembut dan mudah dikunyah, ia menjadi kegemaran tidak kira tua atau muda. Bahan yang diperbuat juga adalah bahan-bahan yang mudah untuk didapati di pasar raya.
Jadi, kenapa korang tidak mulakan saja bisnes ni sebagai permulaan?
Mari kita lihat dan buat kira-kira secara kasar apakah bahan yang diperlukan.
a. Tepung x 5 = RM30
b. Telur x 100 biji = RM50
c. Lain-lain bahan = RM300
Eh! Habis tu pengisar tepung dan alatan lain tak perlukan modal ke?
Ok. Macam ni. Apa yang saya beritahu ni adalah dengan mulakan bisnes apa yang ada di tangan. Gunakan saja apa-apa seperti pengisar tepung atau oven yang ada. Tidak perlu untuk beli baru semua tu.
Jika ada saudara mara yang baik hati, boleh cuba pinjam dengan mereka.
Bila bisnes kita sudah semakin naik, belilah peralatan sendiri atau upgrade yang lebih power.
Jika korang ingin menambah ilmu dalam bidang bakeri, boleh baca panduan di sini Panduan Lengkap Bisnes Bakeri yang ditulis oleh Nik Roslin Nik Men iaitu seorang pengusaha bakeri sambilan.
4. Bisnes Ice Blender/Cool Blog
Fuhh!
Makanan yang menjadi trend beberapa tahun lalu. Walaupun sudah kurang popular, sebenarnya ice blander/cool blog masih lagi mampu untuk mendapatkan pulangan yang lumayan kepada pengusahanya.
Bisnes ini juga korang boleh bermula di bawah RM1000.
Apakah bahan yang diperlukan?
a. Pengisar Ice x 1 = RM360
b. Perisa x 10 Jenis = RM100
c. Ice Tongkol/Ice Cube = RM50
d. Hiasan (Jagung, manik, manisan) = RM200
Total untuk mulakan bisnes ini lebih kurang RM800 sahaja. Ini anggaran kasar yang telah saya buat.
Tempat yang sesuai untuk mulakan bisnes ini adalah depan pasar raya dan depan sekolah.
Pernah aku sembang dengan pengusaha cool blog di mana harga tapak sewa gerainya adalah RM4000/sebulan (tapak dalam pasarraya AEON, Seremban). Jadi, korang boleh bayang berapa yang dia dapat dalam tempoh sebulan untuk bisnes ice blender ni?
5. Bisnes Ais Krim
Ais krim adalah salah satu perniagaan yang laris di Malaysia jika korang buat kena dengan caranya. Antara faktor yang jadi penyebab kenapa jualan ais krim di Malaysia menguntungkan adalah kerana di negara kita ni beriklim tropika yang iklimnya sentiasa panas dan ada kalanya sejuk sikit.
Cuaca yang berubah-ubah menyebabkan tekak orang Malaysia ni nak makan benda yang sejuk, manis dan sedap.
Jadi, mari kita cuba kira berapa kos untuk memulakan bisnes aiskrim ni.
a. Mesin Aiskrim x 1 = RM500 (cari murah-murah kat Lazada/Shopee)
b. Roti = RM50
c. Kon Aiskrim = RM50
d. Lain-lain peralatan = RM400
Untuk aiskrim aku anggarkan cukup-cukup modal untuk RM1000 sebab mesin membuat aiskrim ni agak mahal juga. Sebenarnya ada yang harga sekitar RM2000-RM5000.
Tapi korang boleh cari kat Lazada atau Shopee yang murah punya.
Mulakan dari bawah.
Jika dah dapat untung banyak, boleh beli mesin aiskrim yang lebih mahal dan berkualiti.
Kalau korang nak ilmu pasal menjual aiskrim ni, boleh lihat Panduan Lengkap Bisnes Aiskrim yang ditulis oleh Md Fadzirul Afiq bin Dato’ Rusly atau lebih dikenali sebagai Afiq Dato’ Rusly.
6. Bisnes Home Tuition
Ramai sekarang ni ibu bapa malas nak bawa anak mereka keluar dari rumah tapi nak hantar pergi tuisyen.
Jadi apa kata korang ambil peluang ni dengan buat servis tuisyen dari rumah ke rumah mesti akan dapat sambutan yang menggalakkan.
Jika korang berminat untuk buat bisnes home tuition ni, apakah kos yang korang perlukan?
Jom kita lihat.
a. Papan putih x1 = RM50
b. Alat-alatan menulis = RM50
c. ilmu = RM0
Atas kira-kira yang saya buat, itu saja modal yang korang perlukan jika nak buat servis home tuition ni.
Teknik dan cara-cara nak aproach ibu bapa untuk menerima kita sebagai guru tuition itu bukanlah kepakaran saya.
Untuk tahu teknik tersebut boleh cuba dapatkan ebook panduan macam mana cara nak mulakan home tuition.
Dalam ebook tersebut juga bukan ajar cara macam mana nak approach ibu bapa dan pelajar tapi juga siap ada kira-kira macam mana nak caj servis, macam mana nak uruskan bisnes ni dan sebagainya.
Panduan tersebut telah ditulis oleh seorang guru home tuition sendiri yang dah banyak pengalaman.
Apa salah jika kita ambil ilmu daripadanya.
7. Bisnes Makan Delivery
Zaman sekarang ni semua orang kalau boleh nak klik-klik sampai depan mereka. Dulu membeli barang secara online di Malaysia boleh dikira masih mentah lagi industri tu di Malaysia.
Tapi sekarang ni beli barang secara online menjadi mainan dah bagi rakyat Malaysia.
Kadang-kadang budak umur 12 tahun pun dah reti beli di Shopee atau Lazada.
Namun sekarang ni, trend order makanan secara online dah mula berkembang pesat di Malaysia.
Jadi, kita ambil peluang ni untuk buat bisnes delivery makanan yang semenangnya servis yang agak hot juga di Malaysia.
Berapa kos untuk buat bisnes ni?
Sejujurnya di sini saya sudah anggap korang ada motor sendiri.
Jadi, modal untuk kita buat bisnes ni adalah motorsikal sahaja.
Untuk pendaftaran dalam syarikat GrabFood, Foodpanda atau lain-lain lagi servis penghantaran makanan di Malaysia ni adalah percuma.
Jika korang nak tambah ilmu mengenai bisnes sebagai penghantar makanan ni, boleh la cuba dapatkan panduan Bisnes Delivery.
Kesimpulan
Bila kita sembang topik memulakan perniagaan dengan modal yang kecil, jadi saya akan teringat kisah pengasas Boon Siew Honda, mendiang Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew yang telah memulakan perniagaannya dengan membeli 11 unit bas dengan wang simpanannya RM 2, 000. Bas ini kemudiannya dibaikinya sendiri dan dijual dengan harga RM 12, 000 setiap satu.
Begitu juga dengan tokoh usahawan terkenal Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari yang memulakan perniagaan jual beli lembu dan kerbau seawal usia 19 tahun dengan hanya berbekalkan modal yang sangat kecil.
Nasihat saya, sekiranya modal kecil yang kita ada, maka mulakan dengan bisnes kecil. Pilih bisnes yang sesuai dengan diri kita. Jadilah seorang yang berjiwa besar agar permulaan yang kecil ini boleh menjadikan korang seorang usahawan yang berjaya.
Sebenarnya, kesemua perniagaan yang saya beritahu di atas ni korang boleh dapatkan peralatan di Usahawan.com. Di sana banyak peralatan untuk korang mulakan bisnes secara kecil-kecilan.
Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!
Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.
Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.