5 Laman Cari Jodoh Terbaik Untuk Cari Pasangan Hidup

Tercari-cari laman cari jodoh yang terbaik untuk cari pasangan? Mari kita tengok laman web apa yang terbaik untuk korang cari pasangan yang serius nak berkahwin. Bukan nak cari awek atau pakwe ok? Betulkan niat tu dulu barulah Allah bantu kita dan permudahkan urusan kita dalam mencari jodoh.

Dengan Izin Allah…

Nak cari jodoh pada zaman kini tidak lagi sesukar seperti dulu di mana nak cari jodoh pada zaman dulu biasanya orang tua akan tolong cari ataupun diri sendiri yang cari. Itupun mesti kena bersemuka dulu. Bagi yang jenis pemalu naya la. Kalau tak, agak susah nak sampai ke jinjang pelamin.

Tapi bila fikirkan balik, cara cari jodoh dulu-dulu juga yang best kan?

Dulu siap tulis surat cinta. Lepas tu dalam surat tu siap letak bedak lagi.

Jika crush kita yang tulis surat tu, mau seminggu pegang surat tu tak lepas-lepas.

Sekarang?

Zaman millenium sekarang ni, nak cari jodoh hujung jari je.

Buka je laman sosial berlambak jodoh mana yang korang nak pilih.

Tapi pandai-pandai la cara nak pilih dan nak approach seseorang tu.

Main terkam je siapa tak lari. Kan?

Itu kat media sosial.

Tapi kalau korang nak yang lebih proper ataupun yang lebih rasmi, carilah jodoh di laman cari jodoh rasmi yang telah disediakan.

Kelebihan kita cari jodoh di laman cari jodoh ni adalah kita pasti akan dapat target yang sebetulnya sebab yang daftar di sana masing-masing sedang mencari jodoh.

Jadi, tidak ada masalah kena tolak kaw-kaw atau dipermainkan seperti di laman sosial.

Tapi, laman web cari jodoh manakah terbaik untuk korang sertai?

Ini yang kita akan bincangkan dalam topik pada kali ini.

Bercinta Sebelum Kahwin

Bercinta sebelum kahwin pada pandangan saya tidak salah selagi kita menjaga batas-batas antaranya;

  1. Jangan sentuh menyentuh antara satu sama lain
  2. Jangan mesej sehingga jadi lagha (sampai tinggal benda wajib)
  3. Jangan ada hubungan seks sebelum kahwin
  4. Jangan berada di tempat sunyi berdua-duaan
  5. Jaga jarak (jangan berhimpit)

Bercinta tak salah tapi jagalah batas-batas seperti yang saya beritahu tadi.

Secara peribadi, saya tidak setuju mereka yang terlalu menyekat orang yang bercinta sebelum kahwin sedangkan benda tu adalah normal dan fitrah manusia. Kenapa nak tolak fitrah manusia?

Bila dikatakan bercinta tu satu fitrah, kita tak boleh menghalangnya dengan cara menyekat tapi kita mesti mengawalnya.

Kita kena faham islam bukan agama yang menyekat tapi agama yang ada perbatasnya. Lebih-lebih lagi jika benda tu adalah fitrah manusia.

5 Laman Cari Jodoh Terbaik Untuk Cari Pasangan

laman cari jodoh

Kelima-lima laman cari jodoh yang saya kongsikan ni semuanya adalah jenis berbayar kerana yang berbayar ni ia mempunyai ahli yang berkualiti dan bukannya ahli yang jenis tidak serius.

Jadi di sini, jom kita bincangkan lima laman cari jodoh terbaik untuk mereka yang nak mencari pasangan hidup dan mulakan hidup yang lebih bahagia.

Laman Cari Jodoh #1: SemanisKurma

Semaniskurma merupakan laman cari jodoh yang telah ditubuhkan sejak dari tahun 2013 lagi dan dilaporkan sudah ramai mereka yang bertemu jodoh di sini.

Nama Semanis Kurma ni diambil sempena nama program TV suatu ketika dulu di mana Utazah Norbahiyah dan juga suaminya Ustaz Wan Akashah yang menjadi host program ni yang membincangkan mengenai hal rumah tangga dan percintaan halal.

Namun ia tidak berkait sama sekali dengan program TV tersebut kerana nama Semanis Kurma merupakan nama umum untuk hal-hal yang berkaitan dengan rumah tangga dan percintaan.

Kelebihan

Kelebihan yang ada pada Semanis Kurma adalah ia menawarkan pakej bulanan yang berpatutan dan juga pakej seumur hidup. Pakej seumur hidup ni bermaksud anda boleh login dalam website ni selama mana anda mahu tanpa perlu membayar apa-apa lagi untuk menggunakan ciri-ciri premium yang ada pada website ini.

Selain dari itu juga, sistem Semanis Kurma menawarkan sistem yang terkini untuk mencari pasangan yang ideal seperti minat yang sama, kawasan tempat tinggal, umur dan banyak lagi.

Proses Berkenalan

Proses untuk berkenalan di Semanis Kurma tidak rumit. Korang hanya perlu upgrade kepada akaun premium untuk mesej berkenalan. Di Semanis Kurma tidak boleh mesej secara percuma kerana ingin menapis ahli yang serius sahaja.

Pakej Bayaran

Semanis Kurma menawarkan 4 pakej pilihan di mana 3 pakej adalah untuk bayaran berulang dan satu pakej lagi adalah pembayaran untuk seumur hidup.

laman cari jodoh

Namun, pakej yang menjadi pilihan popular di kalangan pengguna adalah pakej Ahli Premium di mana korang hanya perlu bayar sekali sahaja seumur hidup.

Untuk ahli premium, anda berpeluang untuk menjana pendapatan dengan menyertai program affiliate di mana jika ada orang yang upgrade akaun melalui link yang anda promote, anda akan dapat sedikit komisyen.

Laman Cari Jodoh #2: Baituljannah

Baituljannah telah bermula dari tahun 2017 sehingga sekarang dan mereka juga telah banyak membantu ramai orang menamatkan zaman bujang mereka. Baituljannah antara laman cari jodoh yang cepat berkembang di Malaysia.

Mereka juga sudah

Kelebihan

Antara kelebihan yang dimiliki oleh Baituljannah adalah mereka akan menapis secara terperinci setiap calon yang mendaftar supaya yang mendaftar dalam website mereka merupakan mereka yang benar-benar ingin mencari pasangan untuk berkahwin. Selain dari tu juga, mereka akan memantau setiap sesi taaruf bagi tujuan menjaga adab ikhtilat.

Kemudian, setiap nama, nombor telefon dan email korang adalah rahsia yang tidak akan dipaparkan pada profil korang.

Setiap website amat jarang tidak mesra SEO tetapi website Baituljannah terpaksa membuat sedemikian supaya info dalam website mereka tidak mudah bocor pada tangan yang salah.

Selain daripada itu juga, dengan menyertai Baituljannah korang juga berpeluang untuk buat duit sampingan di mana korang promosi website mereka dan jika ada orang yang mendaftar serta upgrade akaun kepada premium, kita akan dapat hasilnya sebagai upah.

Proses Berkenalan

Macam mana pula proses untuk berkenalan di Baituljannah?

  1. Anda perlu daftar dan isi borang terlebih dahulu untuk menapis setiap calon bagi menjaga kualiti melalui informasi yang telah diberikan.
  2. Cari pasangan yang ideal, hantarkan mesej pertama dan mulakan sesi taaruf. Setiap sesi taaruf pihak Baituljannah akan pantau untuk menjaga Ikhtilat.
  3. Setelah bertaaruf, calon pasangan boleh berbincang dengan keluarga bagi melangkah ke arah yang lebih serius seperti merisik dan pertunangan. Buat ketika ini, pihak Baituljannah tidak memainkan peranan dalam proses ini.
  4. Setelah kedua-dua bersetuju, teruskan ikatan perkahwinan.a

Pakej Bayaran

Pakej bayaran untuk Baituljannah jika anda ingin menggunakan fungsi premium, ianya ada tiga pakej iaitu RM120/3 bulan, RM180/6 bulan dan RM240/bulan.

laman cari jodoh

Berikut adalah perbezaan antara akaun percuma dengan akaun berbayar.

PERKARAPERCUMAPREMIUM
Senarai CalonTerhad sehingga 10 muka sahaja.TIADA HAD
Kemaskini Profil48 jam selepas pengesahan terakhir24 jam selepas pengesahan terakhir
Baca Kirim SalamTidak bolehBoleh
Hantar Kirim SalamTerhad 50 kiriman sahaja dalam sehariTIADA HAD
Baca MesejTidak boleh (kecuali calon Belanja Rubi)Boleh
Hantar MesejTerhad kepada 3 orang sahaja dalam sehariTIADA HAD
Hantar Imej Dalam MesejTidak bolehBoleh
Hantar "Stickers/GIFs" Dalam MesejTidak bolehBoleh
Sekat ProfilTidak bolehBoleh
Tambahan pilihan carianTiadaAda
IklanBanyak dipaparkanKurang dipaparkan

Tambahan lagi, sebahagian daripada transaksi anda akan diperuntukkan sebagai dana kebajikan dan kerja-kerja amal.

Laman Cari Jodoh #3: Tilljannah

Nama Tilljannah sekarang ni semakin meningkat popular walaupun mereka baru beroperasi pada tahun 2015. Tilljannah dimiliki oleh Breakthrough Consultant di mana mereka ni adalah pakar dalam menyediakan seminar-seminar di Malaysia.

Sebab itulah Tilljannah banyak menganjurkan seminar hal-hal yang berkaitan dengan rumah tangga dan juga masalah dalam percintaan. Dari situ ramai peserta dapat manfaat daripada seminar yang dianjurkan.

Kelebihan

Tilljannah juga seperti laman cari jodoh yang lain seperti menjaga keahlian dengan hanya memilih ahli yang serius sahaja, menjaga privasi setiap ahli dan sebagainya. Namun, apa yang uniknya tentang Tilljannah tadi adalah mereka sentiasa mengadakan seminar-seminar yang berkaitan dengan jodoh, rumah tangga dan juga percintaan. Namun seminar yang dianjurkan ada yang percuma dan ada yang berbayar.

Ini satu kelebihan yang ada pada Tilljannah yang tidak ada pada web yang lain.

Proses Berkenalan

Proses untuk berkenalan di Tilljannah tiada proses yang begitu rumit. Anda hanya upgrade ke akaun premium dan mula mencari pasangan yang berkenan di hati. Lihat profile mereka terlebih dahulu dan jika memang memenuhi ciri-ciri yang anda idamkan, boleh mesej mereka dan mula aturkan pertemuan dengan kedua-dua belah pihak keluarga.

Pakej Bayaran

Pakej bayaran di Tilljannah ada 4 pakej iaitu RM100/2 bulan, RM130/3 bulan, RM200/6 bulan, RM260/setahun.

Setiap pakej yang berbayar mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu:

  1. Pemeriksaan borang maklumat diri akan diutamakan
  2. Boleh melihat dan tapis senarai calon
  3. Boleh melihat butiran calon
  4. Boleh kirim salam kepada calon
  5. Boleh membaca mesej calon
  6. Boleh membalas mesej calon
  7. Tiada limit untuk like calon
  8. Tiada limit untuk buang calon dari senarai

Laman Cari Jodoh #4. Baitulmuslim

Web cari jodoh Baitulmuslim merupakan antara website lama yang telah bertapak di Malaysia untuk menyediakan servis cari jodoh. Mereka mula beroperasi sejak dari tahun 2006 lagi sehingga sekarang.

Kelebihan

Di Baitulmuslim tiada apa-apa kelebihan yang unik dan ianya hampir sama dengan semua website yang telah saya beritahu di sini.

Proses Berkenalan

Dahulu sistem Baitulmuslim mengadakan sesi taaruf dengan kehadiran orang ketiga bagi setiap pasangan yang ingin berkenalan. Namun sekarang ni korang boleh terus mesej untuk berkenalan dan boleh berjumpa dengan keluarga masing-masing untuk proses seterusnya.

Untuk mesej kepada ahli yang mendaftar di sana, korang perlu upgarde kepada akaun premium.

Pakej Bayaran

Untuk bayaran akaun premium di Baitulmuslim pula, mereka ada tiga pakej bayaran iaitu RM90/2 bulan, RM130/1 tahun dan RM150/2 tahun.

Setiap akaun premium mereka mempunyai ciri-ciri yang berbeza iaitu:

  1. Boleh melihat semua borang calon cari jodoh
  2. Boleh melihat gambar calon cari jodoh
  3. Boleh menerima dan membaca mesej daripada calon lain
  4. Boleh kirim salam permulaan kepada calon lain
  5. Boleh membaca dan membalas mesej daripada calon lain
  6. Boleh mengetahui status keahlian calon lain sama ada ahli biasa atau premium dan mengetahui tarikh terakhir calon aktif
  7. Boleh melihat maklumat penuh borang calon

Laman Cari Jodoh #5: Myjodoh

MyJodoh merupakan satu-satunya website yang mempelopori laman web cari jodoh di Malaysia di mana ianya wujud sejak dari tahun 2002 lagi sehingga sekarang. Dari tempoh tersebut, mereka dah berjaya membawa beribu-ribu pasangan masing-masing ke jinjang pelamin dengan selamat.

Selain itu, mereka juga telah mendapat pelbagai liputan media yang membuktikan laman web mereka memang cemerlang dan pakar dalam membantu mencari jodoh.

laman cari jodoh

Kelebihan

MyJodoh tidak dapat diragukan lagi keberkesanan website mereka untuk mencari jodoh. Selain daripada itu, MyJodoh mempunyai banyak ciri-ciri dan sistem yang menarik. Salah satunya kita boleh lihat aktiviti ahli secara live apa yang mereka sedang buat di laman web MyJodoh dan juga kita boleh lihat siapa yang pernah lawat profile kita sebelum ni. Jadi mungkin korang tahu siapa yang pernah berminat untuk tahu tentang diri anda.

Selain daripada itu, untuk pengguna premium anda boleh memuat turun info ahli seperti nombor telefon dan sebagainya. Ini akan lebih memudahkan untuk korang berkenalan dengan seseorang.

Proses Berkenalan

Proses berkenalan di MyJodoh anda hanya perlu upgrade ke akaun premium untuk mesej dan juga download info hubungi seseorang untuk berkenalan dengan lebih dekat lagi. Tiada proses yang rumit dan memeningkan.

Pakej Bayaran

Di MyJodoh mempunyai tiga pakej. Berikut adalah pakej di MyJodoh.

PLAN A1 (3 BULAN)/RM70PLAN A2 (6 BULAN)/RM100PLAN A3 (12 BULAN)/RM200
Akses Bahagian Komuniti
(Forum, Forum Wanita, Wall oh Wall)
Akses Bahagian Komuniti
(Forum, Forum Wanita, Wall oh Wall)
Akses Bahagian Komuniti
(Forum, Forum Wanita, Wall oh Wall)
Hantar Pesanan
(Sesama pengguna berbayar)
Hantar Pesanan
(Sesama pengguna berbayar)
Hantar Pesanan
(Sesama pengguna berbayar)
Baca Pesanan
(Sesama pengguna berbayar)
Baca Pesanan
(Sesama pengguna berbayar)
Baca Pesanan
(Sesama pengguna berbayar)
Tempoh Akses 3 BulanTempoh Akses 6 BulanTempoh Akses 12 Bulan
8 myJPoint
(Untuk berkomunikasi dengan pengguna biasa, bukan berbayar)
16 myJPoint
(Untuk berkomunikasi dengan pengguna biasa, bukan berbayar)
32 myJPoint
(Untuk berkomunikasi dengan pengguna biasa, bukan berbayar)

Kesimpulan

Buat masa sekarang, hanya ini sahaja laman web cari jodoh yang boleh dipercayai dan berkesan untuk mencari jodoh secara online kerana masing-masing mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan juga cara menjaga pengguna di sana.

Cari jodoh secara online pada masa kini bukan lagi sesuatu yang janggal dan pelik lagi dah kerana perkembangan teknologi dan juga gaya hidup berubah menyebabkan lebih ramai yang suka mencari online.

Kini, bagi mereka yang sentiasa sibuk dengan kerja bukan lagi menjadi sesuatu alasan tiada masa untuk cari jodoh kerana sudah ada banyak platform yang disediakan untuk golongan sebegini mencari pasangan hidup.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top