Dalam sistem penjara di Malaysia, setiap aspek pengurusan banduan telah dirancang dengan teliti bagi memastikan keselamatan, ketenteraman dan keberkesanan pentadbiran institusi tersebut. Salah satu elemen yang sering menarik perhatian umum adalah penggunaan warna baju banduan.
Warna pakaian yang dipakai oleh banduan bukan sekadar untuk membezakan mereka daripada orang awam, tetapi mempunyai maksud tersendiri yang berkaitan dengan status, tahap keselamatan dan peringkat hukuman yang dijalani oleh seseorang banduan.
Artikel ini akan membincangkan dengan lengkap dan terperinci mengenai maksud disebalik warna baju banduan di Malaysia. Pemahaman ini penting, bukan sahaja untuk memberi pendedahan kepada masyarakat, tetapi juga sebagai satu usaha mendidik orang ramai tentang struktur dan sistem yang digunakan dalam pengurusan banduan di negara ini.
Isi Kandungan:
Apakah Itu Warna Baju Banduan?
Warna baju banduan merujuk kepada pakaian seragam yang dipakai oleh individu yang sedang menjalani hukuman di dalam penjara. Di Malaysia, warna baju ini telah ditetapkan oleh Jabatan Penjara Malaysia sebagai satu sistem kod visual bagi memudahkan pihak pengurusan penjara mengawal, memantau dan mengklasifikasikan banduan berdasarkan kategori tertentu.
Kod warna ini bukanlah satu perkara baharu. Ia telah diamalkan dalam sistem pemulihan banduan sejak sekian lama dan berfungsi sebagai salah satu komponen penting dalam sistem keselamatan penjara.
Kenapa Warna Baju Banduan Penting?
Warna baju banduan digunakan bagi tujuan berikut:
- Pengkelasan banduan berdasarkan tahap keselamatan
- Memudahkan pemantauan dan pengurusan oleh pegawai penjara
- Mengurangkan risiko keselamatan
- Mengenal pasti peringkat hukuman yang dijalani
- Menentukan hak dan batasan aktiviti banduan dalam penjara
Dengan adanya sistem warna ini, ia membolehkan pegawai penjara mengenal pasti dengan pantas status seseorang banduan walaupun daripada jarak jauh.
Maksud di Sebalik Warna Baju Banduan Malaysia

Ok kita mulakan dari dengan warna Oren.
#1: Warna Oren
Ok jika korang tengok ada banduan yang bergari dengan baju warna oren, itu bermaksud banduan tersebut adalah masih dalam tahanan polis dan berada di Lokap polis. Senang kata mereka ni adalah OKT iaitu orang kena tuduh.

#2: Warna Ungu
Kedua baju warna Ungu.
Jika korang tengok ada banduan yang memakai baju warna ungu, itu bermaksud banduan tersebut masih lagi belum dijatuhkan hukuman dan masih dalam perbicaraan mahkamah. Tapi, mereka akan disimpan dahulu dalam penjara sehingga keputusan mahkamah keluar samaada mereka ni disabitkan kesalahan atau tidak.
Jika didapati tidak bersalah, mereka ni akan dibebaskan dan jika didapati bersalah, mereka akan dihukum penjara sehingga Tarikh yang ditentukan oleh hakim mahkamah.

#3: Warna Putih
Ok seterusnya yang ketiga iaitu warna putih.
Jika korang tengok ada banduan yang memakai baju warna putih, itu bermaksud banduan tersebut telah menjalani hukuman ringan iaitu 6 bulan ke bawah di penjara.
Kalau ada rotan pun mungkin 1-3 rotan sahaja mengikut jenis kesalahan yang dilakukan oleh pesalah.

#4: Warna Merah & Hijau
Keempat baju warna merah dan hijau
Ok di sini saya gabungkan sekali sebab baju warna merah dan hijau ni adalah hukuman yang lebih kurang sama je iaitu untuk banduan yang dikenakan hukuman 6 bulan keatas dan tidak lebih dari 18 bulan. Cuma yang bezanya untuk fasa pertama akan memakai baju warna merah dan fasa kedua barulah memakai baju warna hijau.
Jadi, bila ada banduan yang dikenakan hukuman lebih dari 6 bulan dan keatas, mereka akan mula memakai baju warna merah selama 3 bulan. So di sini mereka akan menjalani hukuman untuk fasa yang pertama.
Lepas dah pakai baju warna merah ni selama 3 bulan, mereka akan naik ke fasa kedua dengan memakai baju warna hijau pula.


#5: Biru Muda
Kemudian, yang kelima iaitu biru muda. Biru muda ni pula adalah untuk mereka yang dijatuhi hukuman melebihi 18 bulan. Biasanya kes berat seperti kes rogol, merompak dan kes senjata api.

#6: Biru Tua
Keenam iaitu Biru tua atau istilah dipenjara dipanggil sebagai Blue Suit. Mereka yang memakai blue suit ni adalah mereka yang akan menjalani hukuman yang sangat lama samaada seumur hidup atau sepanjang hayat.
Dan kesalahan mereka ni hanya boleh diampunkan oleh Agong atau Sultan saja jika nak bebas lebih awal.

#7: Hijau Florescent atau Hijau Muda Pucuk Pisang
Seterusnya yang tujuh iaitu Hijau Florescent atau hijau muda pucuk pisang.
So, kategori untuk banduan ni pula adalah banduan yang ada baki 3 bulan lagi dalam penjara. Biasanya banduan fasa ni akan diberikan sedikit kelonggaran untuk bekerja di luar Kawasan penjara dengan kawalan rapi.

#7: Putih dan Merah di Lengan
Dan yang terakhir adalah baju putih dengan lengan merah. Boleh dikatakan ini adalah peringkat paling menakutkan bagi sesiapa saja. Maksudnya banduan ni akan menjalani hukuman gantung sampai mati.
Biasanya kes ni adalah kes-kes yang teramat berat dan tidak boleh dimaafkan seperti mengedar dadah dan kes bunuh.

#8: Baju Berjalur (Tidak Kira Baju Warna Apa)
Info nota tambahan sikit untuk korang.
Jika korang ternampak baju banduan yang ada stripe atau jalur, itu bermaksud banduan tersebut pernah buat cubaan lari dari penjara.
Dengan baju yang berjalur kawalan akan dikenakan dengan lebih rapi.

Jadi, itu adalah maksud warna-warna baju yang dipakai oleh banduan penjara di Malaysia. Dan benda ni tak sama di negara lain.
Jika korang suka tengok dalam penerangan video, boleh la tengok video di bawah ni atau di YouTube channel BLOGFAIZ.
Jadual Ringkasan Warna Baju Banduan di Malaysia
Di bawah ni saya sediakan satu jadual ringkas dan gambar untuk mudah korang buat rujukan.
Warna Baju | Maksud / Kategori Banduan | Ciri-ciri Utama |
---|---|---|
Oren | Tahanan polis / Belum dijatuhi hukuman | Masih dalam proses undang-undang, dikawal rapi |
Ungu | Banduan reman penjara | Banduan yang masih ada kes mahkamah yang belum dibicarakan. Banduan ini akan ditempatkan sementara di penjara. |
Merah, Hijau | Banduan hukuman 6 bulan keatas dan tidak lebih dari 18 bulan. | Menjalani banyak aktiviti di penjara |
Biru Muda | Banduan hukuman lebih 18 bulan ke atas. | Mendapat bimbingan khas, pengawasan berterusan. Biasanya kes rogol dan senjata api. |
Biru Tua (Blue Suite) | Banduan seumur hidup atau hayat | Kesalahan mereka ni hanya boleh diampunkan oleh Agong atau Sultan saja |
Putih | Banduan jangka pendek (≤ 6 bulan) | Kes ringan yang dijatuhi hukuman kurang dari 6 bulan |
Merah Putih | Banduan Akhir | Kawalan keselamatan sangat ketat dan menunggu hukuman gantung sampai mati |
Jadi, itu adalah maksud warna-warna baju yang dipakai oleh banduan penjara di Malaysia. Dan benda ni tak sama di negara lain.


Kesimpulan
Sistem warna baju banduan di Malaysia adalah satu sistem yang sistematik dan teratur, direka untuk memudahkan pengurusan serta memastikan keselamatan semua pihak dalam institusi penjara. Setiap warna membawa maksud tertentu dan mencerminkan status serta tahap risiko banduan tersebut.
Dengan memahami maksud disebalik warna-warna ini, kita sebagai masyarakat boleh memainkan peranan lebih positif dalam menyokong usaha rehabilitasi dan pemulihan banduan. Setiap insan berhak untuk mendapat peluang kedua, dan pendidikan tentang sistem penjara merupakan langkah awal ke arah masyarakat yang lebih penyayang dan inklusif.
Soalan Lazim Berkaitan Warna Baju Banduan di Malaysia
Adakah semua penjara di Malaysia menggunakan sistem warna baju banduan yang sama?
Ya, secara umumnya semua penjara di Malaysia berada di bawah seliaan Jabatan Penjara Malaysia dan menggunakan sistem warna baju yang seragam mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, terdapat kemungkinan penyesuaian kecil dilakukan bergantung kepada keadaan atau keperluan institusi penjara tertentu.
Bolehkah banduan memilih warna baju mereka sendiri?
Tidak. Banduan tidak mempunyai pilihan dalam menentukan warna pakaian mereka. Warna baju ditetapkan sepenuhnya oleh pihak penjara berdasarkan kategori hukuman, status kes dan tahap risiko keselamatan yang telah dinilai.
Adakah warna baju banduan boleh berubah sepanjang tempoh hukuman?
Ya, warna baju banduan boleh berubah sekiranya status banduan berubah. Sebagai contoh, seseorang yang pada awalnya dalam tahanan reman (baju ungu) akan diberikan baju warna lain apabila disabitkan kesalahan dan mula menjalani hukuman penjara. Begitu juga jika banduan dipindahkan ke program pemulihan atau menjalani hukuman berbeza.
Apakah warna baju untuk banduan yang dijatuhkan hukuman mati?
Banduan yang dijatuhi hukuman mati biasanya memakai baju berwarna putih dan lengan merah. Warna ini menunjukkan tahap keselamatan tertinggi kerana banduan dalam kategori ini dianggap sangat berisiko dan memerlukan kawalan yang ketat.
Mengapa penting untuk membezakan warna baju banduan?
Pembezakan warna baju banduan penting untuk tujuan keselamatan, pengurusan dalaman penjara dan pemantauan. Ia juga membantu pegawai penjara mengenal pasti jenis banduan dengan lebih mudah dan pantas, terutama ketika situasi kecemasan atau semasa pergerakan antara kawasan dalam penjara.
Adakah sistem warna baju banduan ini diguna pakai di negara lain?
Ya, konsep penggunaan warna untuk klasifikasi banduan turut diamalkan di banyak negara lain, walaupun kod warna dan kategori mungkin berbeza mengikut polisi penjara masing-masing. Malaysia menggunakan sistem ini mengikut konteks tempatan yang telah disesuaikan dengan keperluan keselamatan dan pemulihan di negara ini.
Adakah banduan berpeluang menukar baju kepada warna lain jika berkelakuan baik?
Bergantung kepada program dan pentadbiran penjara, banduan yang menunjukkan perubahan positif dan berkelakuan baik mungkin dipindahkan ke program pemulihan tertentu. Dalam situasi seperti ini, mereka boleh diberikan warna baju baharu yang mencerminkan status baru mereka, contohnya merah jambu bagi program pemulihan.
Apakah yang berlaku kepada pakaian banduan selepas mereka dibebaskan?
Sebaik sahaja seseorang banduan dibebaskan daripada penjara, pakaian seragam penjara perlu dipulangkan. Banduan biasanya akan dibekalkan pakaian biasa yang sesuai untuk dipakai semasa kembali ke masyarakat.
Rujukan
Jom jana income sampingan dengan Shopee bersama saya. Saya akan kongsikan cara jana income dengan affiliate Shopee. Gunakan code "3TFXAP9" jika anda baru mendaftar.
Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.
Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter.
0 Comments