30 Orang Yang Pertama Melakukan Sesuatu Untuk Islam

Post kali ni aku saja nak share info dengan korang mengenai islam. Artikel ni pun bukan aku yang buat cuma aku copy and paste je. Tujuan aku hanya nak berkongsi.

Baiklah.

Artikel kali ni bertajuk 30 orang yang pertama melakukan sesuatu untuk islam.

Sebelum ni jika kita dengar orang putih je kan yang reka tu reka ni. Tapi sebenarnya kita tak tahu banyak juga orang islam zaman dulu yang lakukan sesuatu bermanfaat malah digunakan sampai sekarang.

Artikel ni aku ambil dari page Facebook SK Teluk Gunung.

Mari kita lihat artikel ni dan hadam.

Siapa orang pertama yang mencipta telefon? Alexander Graham Bell bukan? Kalau yang ni ramai yang boleh jawab. Kalau orang pertama yang tulis bismillah? Kalau ada anak-anak tanya kepada ibubapa. Mampus nak jawab ni!

islam yang pertama

Simpan nota ni.

30 ORANG PERTAMA MELAKUKAN SESUATU DALAM ISLAM

  1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
  2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
  3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS
  4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada
    hari qiamat :Nabi Ibrahim AS.
  5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah
    pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
  6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa & Marwah :Sayyidatina Hajar
  7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari
    qiamat :Nabi Muhammad SAW.
  8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :Abu Bakar As Siddiq RA.
  9. Orang yang pertama menggunakan tarikh
    hijrah :Umar bin Al-Khattab
  10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah
    dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
  11. Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW :Thuwaibah RA.
  12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :Al-Harith bin Abi Halah
  13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita :Sumayyah binti Khabbat
  14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab /
    lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash
  15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan
    fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas
  16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah
  17. Orang yang pertama sembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib
  18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary
  19. Orang yang pertama menghunus pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam
  20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi Muhammad SAW : Ibban bin Othman bin Affan
  21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah bt Khuwailid.
  22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
  23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib
  24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan
  25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam Harun Ar-Rasyid
  26. Orang yang pertama mengadakan baitulmal : Umar Al-Khattab
  27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur’an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib
  28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah: Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur
  29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus’ab bin Umair
  30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

Jadi lepas ni kalau anak tanya siapa yang pertama tulis bismillah harap korang boleh la jawab ye.

Harap bermanfaat pada korang ilmu ni.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top