013-9346624 (Whatsapp Only)

Apa Pandangan Aku Tentang Syiah? Islam atau Kafir?

by | Info & Fakta | 0 comments

Pandangan Aku Tentang Syiah | Aku tahu topik ni agak berat dan sensitif bagi sesetengah pihak. Tapi ni laman blog aku, aku bebas untuk menyatakan pandangan aku sendiri tentang topik apa pun.

Topik kali ni aku just nak menyatakan pandangan aku tentang Syiah.

Sekarang ni perkataan Syiah hangat diperkatakan ekoran daripada pergolakkan antara Israel dan Iran. Yela, majoriti penduduk Iran adalah fahaman Syiah yang mana ramai katakan mereka ni bukan Islam dan sesat.

Sebelum tu, dalam topik kali ni izinkan aku untuk tulis secara santai ibarat kita semua sedang berbincang sebab kebanyakkan topik dalam blog aku ni aku tulis agak formal dan menggunakan bahasa baku. Kali ni aku nak guna bahasa dan intonasi friendly pula. Boleh?

Satu lagi apa yang aku tulis ni tiada kaitan dengan hukum hakam agama, bukan sampaikan hukum fiqh, bukan nasihat tentang agama tetapi hanya pandangan peribadi aku terhadap fahaman Syiah. Jadi, tidak ada masalah untuk aku ulas pasal isu ni.

Pandangan Aku Tentang Syiah

Pandangan Aku Tentang Syiah
Pandangan Aku Tentang Syiah

Baik.

Baru-baru ni aku ada la up story di Instagram. Tapi tak sampai 15 minit aku post story tu, aku terpaksa take down sebab dengan huraian aku yang agak simple yang mungkin boleh jadi salah faham orang ramai pandangan aku terhadap Syiah.

Siapa yang tak sempat baca, ni aku screenshot tentang story aku pasal Syiah di sini. Boleh baca balik.

tentang syiah

Kalau tak nampak apa yang aku tulis tu, aku tulis balik di bawah apa yang aku up di story tu.

Aku tulis;

sunni kata syiah xbetul, syiah kata sunni xbetul…habis tu siapa yang betul? hakikatnya dua2 sembah Allah, dalam hati percaya Allah itu tuhan yg satu…ibarat di malaysia ASWAJA kata wahabi tak betul, wahabi kata ASWAJA tak betul…xbaca doa qunut pun masing2 bertelagah…buat tak buat tahlil pun masing2 berbalah…nak kata syiah solat xikut cara nabi, hakikat kita semua tak pernah tgk cara nabi solat mcm mna melainkan sahabat2 nabi…sbb tu di Malaysia xbaca doa qunut pun masing2 bergaduh…sbb kita tak pernah tgk cara nabi solat sebetulnya mcm mana…

jadi, masing2 ikut kepercayaan (mazhab). jgn kata aku syiah…aku cuma meraikan pandangan masing2… selagi ia tidak MELAMPAUI batas agama, kita semua saudara seislam… xyah gaduh2 dan tuduh kafir mengkafir… dalam bab ni, kita tolak syiah melampau sbb xsemua fahaman syiah tu sama…

Ok.

Dah baca dan jelas kan apa yang aku tulis?

Disebabkan tak cukup huraian apa yang aku ingin sampaikan, jadi aku terpaksa delete balik sebab takut salah faham dan tak pasal-pasal aku jadi isu.

Jadi dalam topik ni aku hanya nak huraikan apa yang telah aku tulis tu dengan huraian yang lebih mendalam. Korang nak terima atau tak, terpulang. Kita raikan pandangan dan pendapat masing-masing.

Sebelum aku jelaskan maksud aku tu, sekali lagi aku post satu video tentang seorang Syiah menasihati kita jangan bergaduh jika berbeza fahaman dan pendapat. Tengok video ni dulu sebelum baca huraian aku di bawah.

Aku tahu secara rasminya Malaysia menolak ajaran Syiah dan difatwakan sesat. Tapi aku percaya, majlis agama atau Jakim ambil pendekatan secara umum, tidak secara menyeluruh dan tidak mendalami tentang Syiah.

Lagipun di Malaysia kita hanya mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah supaya fahaman agama di Malaysia tidak ada perbezaan dan tidak berpecah belah. Yang ni aku sokong. Tetapkan satu fahaman saja supaya kita tak bergaduh sesama sendiri. Tapi tu pun still bergaduh dengan fahaman wahabi.

Dari mana sebenarnya perkataan Syiah ni?

Perkataan “Syiah” ni sebenarnya berasal daripada bahasa Arab شيعة علي (Shi’atu Ali) yang bermaksud “penyokong Ali.” Mereka semua ni adalah golongan yang berpegang bahawa Sayyidina Ali bin Abi Talib, sepupu dan menantu Rasulullah SAW, sepatutnya menjadi khalifah pertama selepas wafatnya Baginda, bukan Abu Bakar As-Siddiq.

Secara asasnya, itulah fahaman Syiah.

Ni satu lagi isu tak betul aku jumpa. Ada orang kata sebelum ni Syiah menolak nabi Muhammad tu nabi terakhir tetapi Ali. Yang sebenarnya Syiah ni tidak sokong dan tidak terima Abu Bakar As-Siddiq sebagai khalifah pertama. Sepatutnya Ali bin Abi Talib. Itu yang sebetulnya. Bukan menolak Nabi Muhammad itu sebagai nabi.

Tolong betulkan balik siapa kata Syiah tu tolak Nabi Muhammad tu sebagai nabi.

Tidak Semua Fahaman Syiah Sama

Semua fahaman syiah sama iaitu menyokong Ali bin Abi Talib sebagai Khalifah pertama tetapi dalam bab beragama tidak semua fahaman mereka sama dan masih ada antara mereka majoritinya sama dengan fahaman Sunni.

Ulama sendiri berbeza pendapat mengenai kedudukan Syiah dalam Islam. Ada yang menganggap mereka masih Islam tetapi sesat dalam beberapa perkara. Ada pula yang menganggap Syiah tertentu (terutama yang menghina sahabat) telah keluar dari Islam.

Antara perkara kontroversi dalam sebahagian ajaran Syiah adalah,

  • Melaknat sahabat Nabi seperti Abu Bakar, Umar, dan Aisyah.
  • Menganggap al-Quran telah diubah (tahrif).
  • Melaksanakan taqiyah (menyembunyikan kepercayaan) sebagai satu amalan agama.
  • Kepercayaan bahawa Imam mereka maksum dan lebih tinggi dari para nabi.

Namun, tidak semua Syiah percaya perkara-perkara ekstrim ni. Sesetengah mazhab Syiah menolak amalan melampau dan cuba berdamping dengan masyarakat Islam Sunni.

Fahaman Syiah dalam beragama ni ada banyak sebenarnya tapi aku ambil tiga kategori ni saja tentang Syiah.

PandanganPenjelasan
Syiah Imamiyah (Ja’fariyah)Masih dianggap Muslim oleh ramai ulama, walaupun ada perbezaan besar dari Sunni.
Syiah ZaidiyahHampir sama seperti Sunni, lebih ringan perbezaan, diterima sebagai Muslim.
Syiah Ghulat (Melampau)Dianggap sesat dan terkeluar dari Islam kerana kepercayaan ekstrem dan bertentangan dengan rukun Islam dan rukun iman.

Kesimpulan

Aku tidak mudah melabelkan SEMUA Syiah tu sesat sebab masih ada antara mereka tidak mempunyai fahaman melampau atau esktrim. Aku jadi terpanggil nak ulas isu ni sendiri sebab majoriti kita kalau dengar saja Syiah, tuduh mereka semua sesat dan Kafir. Semudah itu mereka labelkan orang itu kafir dan sesat. Ayat itu yang aku tidak setuju sedangkan mereka memuji Allah, yakin hanya Allah tuhan yang satu, bacaan Al-quran mereka bagus, mereka tidak ubah ayat Al-quran.

Sebab tu dalam akhir tulisan aku di story tu aku tulis “dalam bab ni, kita tolak syiah melampau sbb xsemua fahaman syiah tu sama…” bermaksud selagi mana fahaman syiah tidak terlampau ekstrim, aku tidak akan melabelkan mereka sebagai sesat.

Jika kita lihat solat mereka agak berbeza dengan Sunni iaitu Sujud atas batu tanah yang dikenali sebagai turbah1. Bagi aku ini pun tidak ada masalah dan perbuatan ini tidak ekstrim. Dah itu fahaman mereka nak buat macam mana. Ibarat dalam solat kita, kita tambah baca doa qunut masa subuh dan sapu muka lepas bagi salam sedangkan apa yang baca sebelum ni Nabi Muhammad tidak buat doa qunut dan tidak sapu muka lepas bagi salam.

Jadi, aku tulis ni adakah aku terima fahaman syiah?

Di sini korang kena faham. Apa yang aku ingin sampaikan adalah jangan mudah melabelkan seseorang itu sesat disebabkan fahaman kita berbeza kerana kita hidup di zaman tiadanya nabi depan mata kita. Hakikatnya, kita tak tahu cara sebenar nabi solat macam mana. Sebab itu dalam Mazhab Muktabar pun ada juga khilaf dan berbeza pendapat beberapa hal dalam solat. Mazhab Syafie suruh kita baca doa qunut tetapi Mazhab Hanbali dan Hanafi tidak baca doa Qunut. Kalau baca doa qunut dilabel bidaah.

Jadi, kita nak label baca qunut ni sebagai bidaah dan sesat?

Tidak.

Itu semua kerana fahaman dan pendapat yang berbeza yang tidak melampaui batas Agama.

Jadi kita kena raikan semuanya. Jangan duk mudah melabelkan seseorang itu sesat.

Cara letak tangan semasa Qiam pun banyak berbeza pendapat. Ada yang kata letak di dada, ada yang kata letak di perut, ada yang kata ke kiri sikit dan sebagainya.

Kenapa ini terjadi?

Sebab kita semua tak pernah tengok cara nabi solat macam mana.

Bila ada berbeza pendapat begini, kita raikan dan terima saja.

Bukan ringan mulut kata itu sesat ini sesat melainkan perbuatan mereka itu jelas jauh dan menyimpang dari agama.

Akhir sekali, yang mana fahaman Syiah yang melampau, ekstrim memang aku tolak yang tu. Itu aku tak nafikan. Cuma kita tidak boleh pukul sama rata bahawa pegangan Syiah tu semuanya sama dalam mengamalkan amalan agama.

Aku fahaman mana?

Aku fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah sebab itu yang aku belajar. Settel.

Itulah huraian dan pandangan aku tentang Syiah.

Kalau tak setuju dan nak komen, sila tinggalkan komen di bawah.

Soalan Lazim Pandangan Aku Tentang Syiah

Apakah ajaran dan fahaman Penulis?

Saya fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana itu yang saya yakin dalam ajaran Islam dan tidak bermakna saya akan tuduh dan menyesatkan bagi mereka lain fahaman dengan saya selagi mereka tidak sembah berhala dan tidak berlaku ekstrim dalam beragama.

Adakah sah solat jika makmum berimamkan orang Syiah?

Ia bergantung kepada aliran Syiah tersebut. Jika imam tersebut daripada golongan Syiah Ja’fariyah yang masih mengucap dua kalimah syahadah, mengakui kenabian Nabi Muhammad SAW, serta tidak menolak rukun Islam, maka sebahagian ulama membenarkannya, namun terdapat juga pandangan yang menasihatkan agar dielakkan bagi menjaga keseragaman dan mengelakkan kekeliruan dalam ibadah.

Apakah Syiah mengiktiraf al-Quran yang sama dengan Sunni?

Syiah arus perdana seperti Imamiyah masih berpegang kepada al-Quran yang sama tanpa penambahan atau pengurangan. Namun, terdapat tuduhan bahawa sesetengah aliran ekstrem (ghulat) mempercayai terdapat perubahan, tetapi ini bukan pendirian rasmi Syiah Imamiyah.

Mengapa Syiah sering dikaitkan dengan penghinaan terhadap sahabat?

Sebahagian daripada Syiah mempunyai pandangan kritikal terhadap beberapa sahabat Nabi SAW, khususnya yang tidak melantik Saidina Ali sebagai khalifah pertama. Namun, penghinaan keterlaluan adalah ditolak oleh majoriti ulama Islam dan menjadi faktor utama kenapa sesetengah cabang Syiah dianggap sesat.

Adakah boleh berkahwin dengan penganut Syiah?

Dari sudut hukum fiqh, jika pasangan tersebut masih dianggap Muslim (seperti Syiah Imamiyah), maka perkahwinan boleh berlangsung. Namun, ulama menasihati agar mengambil kira keserasian akidah, cara hidup dan kepercayaan agar tidak berlaku konflik dalam rumah tangga, terutama dalam hal pendidikan anak-anak dan ibadah.

Apa beza paling ketara antara Sunni dan Syiah?

Perbezaan paling utama ialah dalam soal kepimpinan selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. Sunni menerima Khulafa’ ar-Rasyidin sebagai pemimpin sah, manakala Syiah percaya bahawa Ali bin Abi Talib dan keturunannya yang layak memimpin umat Islam secara maksum. Selain itu, terdapat perbezaan dalam fiqh, amalan solat, dan pendekatan terhadap hadith.

Glosari

  1. Turbah merujuk kepada kepingan tanah liat yang digunakan oleh penganut Islam Syiah ketika bersujud dalam solat. Bagi mereka, sujud di atas turbah melambangkan hubungan langsung dengan bumi, satu unsur yang dianggap suci. Penggunaan turbah dianggap wajib dalam mazhab Syiah, dan amalan ini disokong oleh banyak hadis dalam tradisi mereka yang menerangkan kelebihan bersujud di atas tanah.

    Turbah yang paling utama ialah yang diperbuat daripada tanah di Karbala, iaitu lokasi di mana cucu Nabi Muhammad SAW, Saidina Husain bin Ali, telah gugur syahid. Namun begitu, penganut Syiah tetap boleh menggunakan tanah dari mana-mana tempat untuk tujuan tersebut.

    Jika mereka tidak mempunyai turbah atau tidak dapat bersujud di atas tanah, mereka dibenarkan menggunakan bahan alternatif lain yang berasal daripada unsur semula jadi seperti tumbuhan, bahan berasaskan tumbuhan, atau kertas. Kertas juga diterima kerana ia dihasilkan daripada bahan semula jadi yang berasal dari tumbuh-tumbuhan.
    ↩︎

Jom jana income sampingan dengan Shopee bersama saya. Saya akan kongsikan cara jana income dengan affiliate Shopee. Gunakan code "3TFXAP9" jika anda baru mendaftar.

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter.

follow me

Kategori

|

Sponsored

|

Arkib Post

Iklan

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kandungan ini dilindungi!!

Pin It on Pinterest