Bayi yang baru lahir sentiasa dinanti-nantikan oleh ahli keluarga terdekat. Amalan ziarah menziarahi dan melawat bayi baru lahir sudah menjadi amalam masyarakat kita. Tapi, kita tahu ke sebagai ahli keluarga yang bertanggungjawab pantang larang semasa melawat bayi yang baru dilahirkan?
Ramai tak tahu dan memang buat-buat tak tahu.
Ini yang berlaku depan mata saya sendiri.
Bila je bayi depan mata, terus syok pegang sana sini, cium sana sini bayi tu. Memang la syok ada ahli baru dalam keluarga tapi kena berhati-hati supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.
Adab Menziarah
Sebelum tu mari kita lihat dulu adab menziarah supaya tuan rumah tidak rasa terganggu dengan kehadiran kita.
- Kalau boleh call dulu tanya boleh datang rumah tak nak tengok bayi terutama yang jauh pertalian keluarga seperti jiran.
- Kalau datang tu bawalah sekurang-kurangnya sekilo gula sebagai adab menziarah. Jangan datang tangan kosong je.
- Jangan minta minum atau makan. Kalau boleh makan kenyang-kenyang dulu sebelum menziarah ibu yang baru melahirkan anak.
- Amalan orang melayu, jika melawat bayi baru lahir akan hulurkan sikit wang ringgit. Namun yang ni tidak jadi satu kewajiban. Jika ada bagi. Jika tak ada pun tak apa.
- Jangan datang pada waktu orang rehat atau lewat senja. Contohnya waktu tengah hari dan juga dekat dengan maghrib. Sebab tu kalau boleh call dulu sebelum datang.
Ini saja yang boleh saya senaraikan.
Kalau nak ikutkan banyak lagi.
7 Pantang Larang Jika Melawat Bayi Baru Lahir
Berikut adalah pantang larang jika melawat bayi baru lahir supaya dapat elak perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku.
- Jangan bermain cak cak dengan bayi yang baru lahir sebab bayi yang baru lahir hanya boleh nampak bayang-bayang je. Sebab apa jangan? Sebab nanti ibu bayi tu pula yang tak selesa. Jadi, kalau melawat bayi baru lahir tu tengok je.
- Jangan suka hati pegang dan cium bayi tanpa kebenaran ibunya. Selain merimaskan ibu tersebut, bayi dengan mudah boleh dijangkiti dengan pelbagai penyakit sebab sistem immunisasi bayi belum lagi matang. Mungkin kuman tersebut memberi gejala tidak teruk pada orang dewasa tapi boleh mengancam nyawa bayi.
- Jangan tegur jika mata bayi juling sebab itu adalah kenormalan bagi setiap bayi yang baru lahir. Lepas empat bulan dilahirkan barulah kedudukan mata bayi tersebut akan normal seperti kanak-kanak yang normal. Jika lebih dari 4 bulan, sila berjumpa dengan doktor pakar mata.
- Jangan memandai bagi pelbagai tips pada ibu yang baru melahirkan anak terutama ibu muda. Ini boleh menggangu emosi ibu tersebut. Ibu yang baru melahirkan anak biasanya lebih kepada sokongan moral dan juga mental. Apa yang penting, ada ahli keluarga datang melawat pun dah cukup. Berikan peluang pada ibu untuk berehat setelah penat melahirkan anak. Jika dia bertanyakan tips barulah bagi.
- Jika sesiapa baru lepas merokok, elakkan berjumpa dengan bayi yang baru lahir kerana partikel asap rokok pada badan boleh melekat pada kain baju yang yang dipakai oleh bayi. Partikel asap rokok boleh menjejaskan kesihatan pada bayi. Bayi yang terdedah pada third hand smoke, berisiko untuk dapat jangkitan paru-paru, jangkitan telinga dan kematian secara tiba-tiba ketika tidur (SIDS). Jadi, perokok sila jauhkan diri anda dari bayi.
- Jangan kejutkan bayi jika sedang tidur kerana kita tak tahu berapa lama ibu ambil masa untuk tidurkan anaknya. Kita datang dengan slumber kejutkan bayi tersebut tanpa rasa bersalah.
- Jangan bawa budak-budak semasa melawat bayi baru lahir sebab dikhuatiri akan berlaku perkara yang tidak diingini.
Terima kasih diucapkan kepada Dr.Redza Zainol di atas perkongsian tips ni. Tapi saya olah balik dan susun semula ayat mengikut gaya tersendiri.
Semoga tips ni menjadi panduan bagi mereka yang nak melawat bayi baru lahir.
Penutup
Jadi, jika kita nak melawat bayi baru lahir pastikan kita menjaga adab-adab supaya ibu bayi tersebut selesa dengan kehadiran kita. Memang susah nak tegur jenis yang tidak reti sebab takut bermasam muka terutama dengan ahli keluarga.
Kalau boleh, nanti ibu sediakan hand sanitizer sebab kalau ada yang nak sentuh juga suruh guna hand sanitizer tu dulu untuk buang segala virus-virus dan juga kuman yang ada di tangan.
Satu pesan saya. Sila beradab.
Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!
Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.
Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.
terbaik faiz kongsikan info ni…lepas ni harap ada orang mengenrti macam mana adab nak lawat bayi baru lahir