Cara Daftar CIMB Clicks Terkini (Updated)

Macam mana cara daftar CIMB Clicks tanpa bantuan orang lain? Untuk memiliki online banking pada masa kini bukan lagi satu pilihan tapi bagi saya ia satu kewajipan untuk kita memiliki online banking sendiri. Lagipun pada masa sekarang ni sudah 100% bank tempatan mempunyai online banking sendiri seperti Maybank, CIMB Clicks dan lain-lain lagi.

Korang dah ada online banking sendiri atau belum?

Kalau belum cubalah buat sekurang-kurangnya satu saja online banking sebab banyak manfaat jika kita ada online banking sendiri.

Manfaat dan Keburukkan Online Banking

Berikut adalah beberapa kelebihan mempunyai online banking.

  1. Senang untuk buat pembayaran bil.
  2. Mudah untuk akses akaun bank di mana-mana saja asalkan ada talian internet.
  3. Mudah untuk membeli barang seperti membeli di Shopee.
  4. Senang untuk dapatkan semula resit atau nak print resit pembayaran.
  5. Senang nak dapatkan statement bank tanpa perlu pergi ke bank.

Setiap kebaikkan mesti ada keburukkan sebab mana ada yang sempurna.

Berikut adalah keburukkan jika ada online banking.

  1. Kadang-kadang maklumat kita mudah diceroboh.
  2. Akaun kena hack sebab pada suatu masa dulu ramai pengguna bank CIMB pernah kecoh duit hilang secara tiba-tiba.
  3. Kurang disiplin berbelanja sebab bila mudah nak bayar sesuatu kita akan mudah untuk berbelanja.

Perkara Perlu Buat Sebelum Daftar CIMB Clicks

Sebelum daftar CIMB Clicks, ini perkara yang korang perlu buat.

  1. Sudah buka akaun dengan CIMB dan mempunyai kad ATM samaada kad debit atau kad kredit CIMB Bank.
  2. Daftar nombor telefon di mesin ATM.

Ok baik.

Sekarang kita terus ke topik utama iaitu macam mana cara daftar CIMB Cliks.

Cara Daftar CIMB Clicks Terkini (Updated)

cara daftar cimb clicks

Untuk daftar CIMB Clicks ni senang je kalau ada panduan. Jadi dalam panduan ni saya buatkan khas untuk korang yang tak tahu cara nak daftar CIMB Clicks.

Daftar CIMB Clicks ni sebenarnya korang perlu buat sejurus saja selesai membuka akaun bank di CIMB. Jadi saya anggap korang sudah ada akaun CIMB dan juga ada kad ATM, debit atau kredit.

Kemudian, barulah follow langkah-langkah di bawah ni.

Langkah 1 Daftar Nombor Telefon di Mesin ATM

Perkara pertama sekali apa yang korang perlu buat adalah lepas dah siap daftar akaun CIMB, pergi ke mesin ATM Cimb untuk daftarkan nombor telefon kita.

Caranya adalah;

  1. Masukkan kad debit atau kad kredit dalam mesin ATM.
  2. Kemudian masukkan password kad ATM korang. Biasanya 6 digit saja.
  3. Pada screen ATM, pilih Others.
  4. Kemudian pilih “CIMB Clicks”
  5. Seterusnya pilih “TAC Registration”
  6. Kemudian masukkan nombor telefon untuk pendaftaran
  7. Klik “Proceed” untuk lengkapkan pendaftaran nombor telefon pada CIMB

Tujuan kita daftarkan nombor telefon dengan CIMB adalah kerana setiap apa saja transaksi atau benda penting yang kita nak ubah dalam akaun CIMB kita, sistem CIMB akan menghantarkan nombor TAC sebagai nombor keselamatan.

Lepas dah siap pada bahagian ni, kalau kita nak balik buat di rumah guna komputer sendiri pun boleh. Biasanya dekat CIMB mereka dah sediakan satu komputer memang untuk tujuan pendaftaran CIMB Clicks untuk client mereka.

Tapi saya sarankan untuk korang buat je dirumah dengan ikut panduan ni.

Follow langkah yang seterusnya…

Langkah 2 Mula Daftar – Register for Clicks

Kemudian kita layari laman web rasmi CIMB Clicks dengan menggunakan laptop ataupun desktop. Saya tak sarankan guna mobile phone sebab size screen yang kecil boleh menyebabkan banyak kesilapan akan berlaku.

cara daftar cimb clicks,cara nak daftar cimb click

Kemudian kita klik pada Register for Clicks.

Langkah 3 Pilih Jenis Akaun

Seterusnya di sini kita ada dua pilihan iaitu CIMB Debit & Credit Card atau Investment, Loan/Financing.

cara daftar cimb clicks,cara nak daftar cimb click

Nanti dia akan keluar seperti gambar di bawah ni.

Langkah 4 Info Kad Debit & ATM

cara daftar cimb clicks,cara nak daftar cimb click

Di sini kita perlu masukkan info seperti;

  1. Nombor kad debit atau kad kredit sebanyak 16 digit.
  2. ATM pin iaitu password yang kita setting untuk keluarkan duit dari mesin ATM.
  3. Masukkan nombor Captcha.
  4. Tandakan tick pada “I agree” dan klik pada butang Next.

Lepas je klik pada butang next, satu code akan dihantar melalui SMS telefon korang dan klik butang Continue.

Itu sebabnya pada langkah satu tadi kita perlu mendaftarkan terlebih dahulu nombor telefon kita.

Langkah 5 Bina ID

Pada paparan yang seterusnya, kita perlu masukkan info seperti berikut;

  • ID: ID ni sebenarnya adalah username untuk kita login masuk nanti ke dalam CIMB Clicks kita. Pastikan pilih dengan betul sebab nanti tak boleh nak tukar.
  • Password: Masukkan password pilihan kita untuk login. Perlu mempuyai kombinasi huruf besar, huruf kecil, Nombor dan simbol. Contoh: Ali321$#1 (sekurang-kurangnya 8 aksara)
  • Re-enter Password: Masukkan sekali lagi password yang sama kita masukkan di atas tadi.
  • Mother’s Maiden Name: Masukkan nama Ibu korang.
  • Email Address: Masukkan email. Saya syorkan untuk guna akaun Gmail.
  • Create your Secure Word: Letakkan apa-apa saja nombor akaun huruf di sini untuk tujuan keselamatan. Mungkin boleh masukkan tarikh berkahwinan korang dengan format 11031992

Pada bahagian Enter your introducer’s details (optional) tidak perlu diisi pun sebab tu adalah pilihan dan biasanya yang buka akaun bisnes saja.

Saya cadangkan simpan kesemua maklumat ni di tempat yang selamat sebagai rujukan nanti jika kita terlupa dan sebagainya.

Kemudian, klik pada butang I agree & Submit.

Itu saja.

Siap!

Cara Login CIMB Clicks

Ok sekarang kita dah pun siap daftar untuk akaun CIMB Clicks kita.

Lepas ni dah boleh mula buat pembelian dan pembayaran secara online.

Macam mana pula nak login ke dalam akaun CIMB Clicks?

Senang je. Ikut langkah di bawah ni.

  1. Pergi ke laman web rasmi CIMB Clicks.
  2. Masukkan User ID kemudian klik pada butang Login.
  3. Pastikan SecureWord yang dipaparkan adalah sama dengan yang kita masukkan sebentar tadi seperti yang ditunjukkan pada langkah 5 tadi.
  4. Kemudian barulah masukkan password dan klik pada butang Login.

Tahniah!

Sekarang korang dah berjaya log masuk ke dalam akaun CIMB Clicks.

Penutup

Dalam tutorial ni, saya dah tunjukkan secara detail macam mana cara nak daftar CIMB Clicks dari awal sampai akhir.

Harap dengan panduan ni sedikit sebanyak dapat membantu korang untuk daftar CIMB Clicks.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top