Apa itu pelaburan public mutual? Setelah sekian lama saya mengintai peluang dalam pelaburan, hari ini saya dibukakan hati untuk melabur dalam salah satu pelaburan dibawah Public Bank. Pelaburan tersebut dinamakan sebagai pelaburan Public Mutual.
Sebenarnya dalam Malaysia ni ada banyak jenis pelaburan yang sah di sisi undang-undang dan tidak akan merugikan pelabur. Cuma pulangan setiap tahun tidaklah seberapa namun jika dikumpulkan banyak tahun akan dapat banyak jugalah berbanding kita tak buat pelaburan langsung.
Antaranya yang paling popular selain Public Mutual adalah pelaburan ASB.
Tapi dalam artikel ni saya tak mahu sentuh pun pasal ASB tapi saya nak sentuh tentang Public Mutual saja.
Apa itu pelaburan Public Mutual?
Sebenarnya saya pun masih baru dalam pelaburan ini. Jadi saya tidak tahu lebih lanjut tentang pelaburan ini. Walaubagaimanapun saya cuba sampaikan apa yang saya tahu sahaja.
Sebenarnya pelaburan ini diperkenalkan oleh kawan saya sendiri. Dia menceritakan bagaimana dengan pelaburan Public Mutual ni menyebabkan wangnya berkembang biak dengan cepat dalam akaun public banknya. Bermula dengan modal RM1000 sekarang dah menjadi RM4000 lebih dalam akaunya dalam masa 5 bulan dengan simpanan setiap bulan adalah RM100.
Sebelum itu kita lihat dulu perbezaan diantara pelaburan dalam Public Mutual dan ASB.
Perbezaan paling jelas di antara Public Mutual dan ASB adalah daripada segi jaminan keuntungan. Jika korang melabur di dalam unit amanah seperti Public Mutual, keuntungannya tidak dijamin sebagaimana yang digembar-gemburkan menerusi iklan atau oleh agen unit amanah. Saya boleh katakan bahawa kita akan mengalami risiko kerugian besar jika kita tidak faham atau tidak tahu cara untuk melabur.
Keadaan ini berbeza jika melabur di dalam produk-produk PNB seperti ASB, ASN, ASW2020 dan seumpama dengannya kerana pelaburan tersebut telah dijamin sepenuhnya oleh kerajaan. Korang tidak akan mengalami sebarang kerugian walau sesen pun malah tidak perlu tahu pun bagaimana hendak melabur. Apa yang perlu korang pastikan adalah untuk kerap menambah simpanan di dalam akaun agar pulangannya di tahun hadapan adalah lumayan.
Namun, ini tidaklah bermakna melabur di dalam unit amanah adalah merugikan.
Seperti yang saya nyatakan tadi korang akan rugi jika tidak faham cara melabur. Jadi, belajar dan fahamilah cara melabur jika dengan cara itu korang mampu beroleh keuntungan berlipat kali ganda berbanding melabur di dalam ASB.
Keuntungan atau pulangan yang diperolehi di dalam unit amanah boleh mencapai sehingga 30% atau lebih setahun bergantung kepada keadaan ekonomi berbanding ASB yang secara purata 7% sahaja.
Setiap yang menguntungkan pasti memerlukan usaha dan risiko yang lebih, terpulanglah kepada anda untuk menentukan sama ada berani atau tidak mengambil risiko tersebut. Untuk makluman anda, ketika ini sudah begitu ramai menjadi jutawan dengan melabur di unit amanah dan tidak semua daripada mereka mempunyai kelulusan yang tinggi.
Apakah kelebihan pelaburan Public Mutual berbanding pelaburan lain.
Salah satunya adalah peratus pulangannya adalah tinggi. Lihat kelebihan-kelebihan yang lain dengan pelaburan Public Mutual ni.
- Tentunya Syarikat Pelaburan Swasta No.1 di Malaysia.
- 100% pelaburan yang berlandaskan Syariah/Islamik.
- Pulangan yang tinggi serendah 10%-20% setahun, dan mungkin lebih.
- Modal yang tidak hilang.
- Boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa sahaja. Namun, ianya tidak digalakkan kerana tujuan pelaburan adalah untuk jangkamasa panjang & mendapat pulangan yang tinggi (Min 3 tahun).
- Selamat – sebab ada pemegang Amanah (trustee).
- Pengurus dana yang berpengalaman lebih 30 tahun.
- Modal serendah RM1,000. Tambahan pelaburan Min RM100 bila-bila masa sahaja.
- Tak cukup modal? Boleh keluarkan daripada KWSP 20% daripada Akaun 1. Duit akan dipindahkan terus ke Public Mutual. Jadi, ianya tak akan hilang.
- Kalau melabur menggunakan KWSP, akan dapat purata Dividen KWSP 5% + purata Dividen Public Mutual 15% = 20%.
- Purata Pulangan/Dividen : Simpanan Tetap = 3% – 4%, KWSP = 4% – 5%, ASB = 8%, Public Mutual Unit Trust = 10% – 20% & mungkin lebih.
Tentang halal haram pelaburan ini anda jangan risau kerana ia dijamin 100% halal kerana ia dilaburkan di tempat yang betul.
Itulah yang saya tanya kepada egen tersebut sebelum saya menyertainya terlebih dahulu. Jika anda nak kepastian yang lebih tepat, anda mungkin boleh bertanyakan kepada pihak public bank sendiri.
Sebenarnya, Public Mutual dan unit amanah lain kebanyakannya mempunyai Penasihat Syariah masing-masing. Sebagai pelabur Islam kita mempunyai pilihan untuk melabur di dalam dana-dana mereka yang telah diperakui halal dan sentiasa dipantau pergerakannya mengikut garis panduan Islam.
Berkenaan isu ASB pula, hanya baru-baru ini sahaja Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menfatwakan pelaburan ke atas ASB sebagai harus. Sesetengah pihak masih curiga dengan hukum yang dikeluarkan.
Apa pun paling utama kita harus mempunyai ilmu yang cukup untuk melabur. Pelaburan mampu menjana lebih banyak wang kepada kita, dan pelaburan juga mampu menghabiskan simpanan kita.
Jika korang masih tidak jelas tentang pelaburan, silalah dapatkan maklumat yang cukup dan bertanya kepada yang arif tentang pelaburan.
Buku-buku tulisan Azizi Ali, Sunthara Segar dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang mengenai pelaburan amat bagus untuk dibaca. Saya pasti selepas korang memahami tentang pelaburan,korang akan rasa seronok untuk melabur dan tidak takut untuk menghadapi risiko yang bakal dihadapi.
Alhamdulillah. Hari ini saya dah buat investment sebanyak RM1000 dan membuat simpanan sebanyak RM300 setiap bulan dengan pulangan antara 12%-30%. Walaubagaimanapun ia bergantung kepada ekonomi negara.
Jom mulakan pelaburan sekarang dalam masa umur muda ini.
Soalan Lazim Pelaburan Public Mutual
Di bawah ni ada beberapa soalan yang sering menjadi tanya tanya orang ramai mengenai Unit trust ataupun Public Mutual.
Berapa dividen unit trust?
Dividen unit trust setiap tahun boleh mencapai antara 10% hingga 15% dengan syarat simpanan hendaklah lebih dari 3 tahun. Ini menjadikan antara dividen paling tinggi jika simpan di tabung haji atau buat pelaburan ASB.
Apa beza ASB dan Unit Trust?
Kedua-dua adalah pelaburan. ASB adalah di bawah jagaan PNB yang dimiliki oleh kerajaan manakala Public mutual adalah syarikat swasta di bawah Public Bank. ASB akan dapat dividen sebanyak 4%-8% manakala Public Mutual akan dapat dividen antara 10% hingga ke 15%.
Adakah unit trust telah dizakatkan?
Unit trust belum dizakatkan dan pelabur perlu mengeluarkan zakat jika cukup haul dan nisab.
Adakah saya akan dapat statement?
Ya. Bila dah join kita akan dapat satu statement dalam tempoh tiga minggu dari Public Mutual. Kemudian kita akan dapat juga laporan tahunan sebanyak 2 kali setahun.
Penutup
Jika umur korang masih muda, inilah masa yang terbaik untuk kita buat pelaburan jangka masa yang panjang. Bila dah tua nanti, kita akan ada banyak simpanan melalui pelaburan yang telah kita buat sebelum ni.
Nak join pelaburan tu, tengok-tengok la juga takut pelaburan yang kita join tu merugikan kita.
Setakat ni apa yang saya perhatikan pelaburan dalam Public Mutual dan juga ASB adalah pelaburan yang terbaik.
Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!
Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.
Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.