Kenali Perawat di Hospital Serta Peranannya

Kenali Perawat di Hospital Serta Peranannya | Hospital merupakan nadi bagi sesebuah negara. Tanpa hospital, rakyat tidak akan dapat rawatan dengan sempurna dan mungkin sering mendapat sakit. Ekoran daripada itu aktiviti-aktiviti negara seperti pengekonomi, perdagangan dan lain-lain lagi tidak akan dapat berjalan dengan sempurna.

Walaupun begitu, rupanya masih ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak kenal dengan perawat-perawat yang ada di hospital. Terutama Penolong Pegawai Perubatan sering dipanggil Doktor oleh sesetengah pesakit atau orang awam. So pada kali ini aku tergerak hati nak tulis satu artikel tentang jenis perawat yang ada di Hospital serta peranannya.

Kenali Perawat di Hospital Serta Peranannya

Jom kita kenali mereka secara lebih dekat agar korang tidak lagi tersilap panggil.

#1. Doktor

kenali perawat di hospital
Doktor

Doktor merupakan watak utama dalam sesebuah hospital. Tanpa doktor di hospital tersebut kita tak akan panggil itu hospital kerana di hospital mesti ada doktor untuk merawat. Doktor ni pula bukan semua jenis penyakit yang mereka boleh rawat kerana setiap doktor ada kepakaran yang tertentu seperti pakar jantung, kecemasan, dan sebagainya.

Cara nak kenali doktor di wad atau di jabatan kecemasan ni mudah saja. Korang lihat yang pakai baju biasa (biasanya baju kemeja) tu yang tengah merawat pasakit, doktor la tu.

#2. Penolong Pegawai Perubatan (PPP)

kenali perawat di hospital
Penolong Pegawai Perubatan

Kesian juga jawatan yang satu ni. Ramai yang tak kenal dengan Penolong Pegawai Perubatan ni. Yang orang kenal hayalah Doktor atau Staff Nurse jika sedang merawat seseorang. Sebenarnya jawatan ni wujud sejak zaman British lagi. Jika dulu dipanggil Dressar, sekarang dipanggil Penolong Pegawai Perubatan.

Sebelum bekerja, PPP ni akan diberikan latihan pada peringkat Diploma selama tiga tahun. Selepas tamat belajar 3 tahun barulah PPP ni akan dilantik dan diberikan kepercayaan untuk merawat.

Jika nak di ikutkan, PPP adalah yang paling banyak skill antara perawat-perawat yang ada sebab merekalah yang lebih banyak buat prosedure berbanding dengan doktor yang hanya mengarah buat itu ini dan juga staff nurse yang lebih kepada dokumentasi.

Cara nak kenali mereka, korang lihat pakaian yang mereka pakai. Berbaju putih tie in, berseluar dan berkasut hitam, mereka la tu. Jangan pula korang panggil doktor. Panggil je abang, kak atau encik/cik.

#3. Nurse / Misi

Nurse juga adalah individu penting dalam memulih dan merawat. Tanpa mereka ni susah juga. Ia lebih banyak kepada dokumentasi, merawat dan membantu doktor.

Namun ada banyak jenis nurse ni. Mari aku ceritakan satu-satu.

i. Line Biru

kenali perawat di hospital
Staff Nurse (Jururawat Terlatih)

Jika korang perasan, setiap nurse ada line di atas tudung dia. Cuba korang perhatikan jika pergi ke hospital. Yang line biru ni dipanggil staff nurse atau jururawat terlatih dimana nak jadi staff nurse ni perlu belajar pada peringkat diploma dulu selama tiga tahun.

Aku rasa tak perlu beritahu kot macam mana nak kenali mereka ni. Rasanya semua dah kenal dengan pakaian staff nurse. Cuma korang perlu lihat line warna apa pada tudung mereka pakai. Kalau line biru itu adalah staff nurse.

ii. Line Purple

kenali perawat di hospital
Jururawat Masyarakat (Bidan Moden)

Kalau line purple ni nurse apa pula ya?

Line purple ni adalah nurse yang lebih kepada perbidanan. Yakni yang menyambut kelahiran. Orang kata bidan moden. Ni la dia bidan moden sebab ada gred dan gaji. Bidan kampung tak ada gred.

Nak jadi bidan moden ni, hanya perlu belajar di peringkat sijil dan jika nak jadi staff nurse kena sambung belajar pada peringkat diploma pula.

Cara nak kenal bidang moden ni lihat line purple ada tudung mereka.

iii. Line Kuning

kenali perawat di hospital
Nurse Gigi

Line kuning mesti korang jarang lihat kan?

Tapi jika korang ada rawatan gigi mesti selalu jumpa nurse ada line kuning ni. Sebabnya nurse line kuning atas tudung adalah nurse dalam bidang pergigian. So, mereka tak layak dalam perawatan melainkan gigi saja atau dental.

Cara nak kenal lihat line kuning atas tudung yang mereka pakai.

#4. Pembantu Perawat Kesihatan (PPK)

kenali perawat di hospital
Pembantu Perawat Kesihatan

Tanpa PPK, perjalanan kerja-kerja merawat di hospital tidak dapat berjalan dengan lancar. Ini kerana tugas mereka seperti seorang runner. Antaranya ialah menghantar ujian sample ke makmal, menghantar makanan kepada pesakit, menghantar pesakit ke wad dan banyak lagi.

Jangan pandang rendah pada PPK terutama yang sudah bertugas lama dalam bidang ni. Kadang-kadang kerja menyelamat kes-kes kecemasan mereka lebih power dari Penolong Pegawai Perubatan (PPP) kerana mereka juga turut belajar secara asas tentang medik.

Cara nak kenali PPK ni adalah korang boleh lihat pada pakaian mereka yang serba putih di mana seluar dan baju mereka adalah warna putih. Baju mereka tak tie in dan berkasut hitam.

So, itulah antara watak-watak penting yang ada di Hospital untuk menyelamatkan nyawa korang semua.

Jika korang semua nak tahu lagi tentang kesihatan di Malaysia ni, boleh follow laman web rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top