Satu pengalaman yang cukup teruja bagi aku bila pertama kali datang ke Zoo Teruntum yang terletak di Kuantan, Pahang ni. Zoo ni juga dipanggil sebagai Zoo Hybrid kerana ia menggabungkan haiwan pra-sejarah iaitu Dinosaur dengan haiwan-haiwan tempatan yang ada.
Haaa…
Jangan korang fikir dinasour tu dinasour yang betul. Dinasour ni menggunakan teknologi animatronik di mana jika korang tengok dari jauh atau dekat ia seakan-akan dinasour yang hidup dengan pergerakkannya yang smooth dan juga siap mengeluarkan bunyi.
Pengalaman Menarik Pergi ke Zoo Teruntum Pahang (Zoo Hybrid)
Dulu Zoo Teruntum ni tak popular mana pun sebab hanya ada haiwan biasa-biasa je yang kita mudah lihat di luar. Tapi kalau tak silap aku pada pada penghujung tahun 2021, barulah Zoo Teruntum ni memperkenalkan sebagai Zoo Hybrid dengan meletakkan haiwan Pra-Sejarah animatronik ni untuk tarikkan pengunjung datang ke sini.
Masa aku nak sampai ke sini, dari jauh lagi aku ternampak ada satu kepala Dinasour yang paling besar di celah-celah pokok. Memang teruja gila sebab dinasour ni seakan-akan hidup dan rasa tak sabar nak masuk ke Zoo ni dan bergambar dengan dinasour.
Nama dinasour tu pun aku tak pasti, tapi korang boleh lihat gambar di bawah.
Ni masa aku dah masuk ke dalam Zoo.
Amacam?
Besar dan tinggi kan dinasour ni?
Ni la Dinasour yang paling besar pada zaman dulu.
Kalau tak salah aku, info yang aku dapat, semua dinasour yang dipamerkan di sini dibuat mengikut saiz sebenar dinasour yang ada pada zaman tu. Jadi inilah peluang keemasan yang korang ada untuk lihat saiz sebenar haiwan zaman prasejarah ni.
Awal-awal masuk ke Zoo ni, korang akan jumpa dengan Dinasour T-Rex terlebih dahulu. Nak untung, korang boleh tengok show yang mereka buat tentang Dinasour T-Rex. Memang best tengok diorang punya show sebab bermacam-macam info kita boleh tahu.
Ok salah satu info yang menarik aku nak share dengan korang di sini adalah pasal T-Rex. T-rex ni rupanya bukan dari jenis keluarga cicak tapi ayam. Ni bukan aku memandai-mandai ya tapi yang beritahu adalah staff yang buat show tu. Dia suruh bandingkan kaki T-Rex dengan kaki ayam di mana ianya lebih kurang sama.
Bila aku fikirkan balik, betul juga bahawa kaki T-Rex ni seakan-akan nak sama dengan ayam. Sebab tu ayam ni orang panggil jaguh kampung. Kalau lawan dengan helang yang sama saiz, helang boleh kalah bila lawan ayam.
Antara haiwan hidup yang ada di Zoo Teruntum adalah
- Merak India
- Musang Pulut
- Burung Botak Padi
- Memerang Kecil
- Kura-Kura Pipi Merah
- Baning
- Tuntung Sungai
- Kura-Kura Katub
- Kura-Kura Kolam
- Binturung
- Banteng
- Kuda Belang
- Landak Raya
- Burung Unta
- Rusa Timur
- Kuda Padi
- Iguana Hijau
- Siangmang
- Ayam (Ada banyak jenis ayam)
- Buaya Tembaga
- Ungka Tangan Putih
Dan ada beberapa lagi haiwan yang hidup korang boleh tengok di sini.
Nampak tak menarik sangat kan?
Memang tak menarik pun kalau nak tengok haiwan tu.
Yang jadi tarikan utama di sini adalah Dinasour tadi lah.
Jadi di sini korang jangan expect lebih-lebih boleh tengok haiwan macam di Zoo Negara.
Selain tu juga, di sini korang boleh bergambar sebab ada beberapa tempat kawasan yang comel. Contohnya macam gambar di bawah di mana aku bergambar ala-ala hobit macam tu.
Bawah ni pula korang boleh bergambar macam duduk dalam sarang burung tempua yang besar.
Kemudian, di sini bukan ada Dinosaur saja tetapi ada juga Harimau dan juga Singa animatroni yang bersaiz sebenar.
Bila depan mata aku, Singa dan Harimau ni memang besar gila.
Lebih besar dari seekor lembu.
Gambar bawah ni pula Dinosaur yang aku beritahu awal-awal tadi. NI lebih jelas sikit.
Dari jauh korang akan rasa teruja bila tengok kepala Dinosour ni dari jauh, celah-celah pokok.
Rasa macam real pun ada.
Sebab tu aku rasa tak sabar nak masuk dalam ni masa awal-awal sampai kat Zoo ni.
Kemudian, aku bergambar jap dengan T-Rex ni sebab Dinosaur ni paling popular antara banyak-banyak Dinosaur yang ada.
Dan aku boleh katakan mana budak-budak yang baru nak kenal dunia haiwan ni, mereka akan takut dan menangis sebab benda ni memang nampak real dengan muka bengisnya dan saiznya yang besar. Confirm anak korang akan menangis punya sebab ketakutan bila lihat semua Dinosaur yang ada kat sini.
Jom layan beberapa lagi gambar semasa aku berada di Zoo Teruntum ni.
Harga Tiket Zoo Teruntum
Ok mesti korang nak tahu kan berapa harga tiket untuk masuk ke Zoo Teruntum ni.
Gambar harga tiket ni aku ambil masa bulan Julai tahun 2022.
Harga aku tulis balik di bawah ni untuk senang update dikemudian hari. Gambar di atas ni aku takkan buang sebab nak bandingkan jika ada perubahan harga suatu hari nanti.
Harga Tiket adalah seperti berikut
Warganegara
RM 25.00 (Dewasa)
RM 22.00 (Kanak-Kanak/ OKU/ Orang Tua)
Buka Warganegara
RM 50.00 (Dewasa)
RM 44.00 (Kanak-Kanak/ OKU/ Orang Tua)
Waktu Operasi Zoo Teruntum
Waktu operasi Zoo teruntum adalah bermula dari jam 9.00 am – 7.00 pm setiap hari dan last pengambilan atau last korang boleh masuk dalam ni adalah sampai pukul 6 sahaja iaitu sejam awal sebelum Zoo ini ditutup.
Ni paling penting.
Kalau korang nak tengok pertunjukkan Dinasour T-rex di Zoo Teruntum ni, korang boleh dapat pukul 11 pagi dan juga pukul 4 petang kerana staff mereka akan mengadakan pertunjukkan pada masa tersebut.
Lokasi Zoo Teruntum
Ni adalah alamat ke Zoo Hybrid ni
Zoo Teruntum
Jalan Padang Golf,
25050 Kuantan,
Pahang
Kalau korang tengok Zoo ni, ia berdekatan dengan Pantai Teluk Sisek
Waze atau guna Google Maps je pasti jumpa tempat ni.
Soalan Lazim
Pada pukul berapa pertunjukkan show di Zoo Teruntum?
Seperti yang dimaklumkan dalam website rasmi Zoo ni, show akan diadakan 2 kali sehari sahaja iaitu pada pukul 11 am dan pukul 4 pm sahaja. Jadi jika korang nak tengok show yang mereka buat kat sini, datanglah pada jam tersebut.
Berapa harga tiket Zoo Teruntum?
Warganegara
RM 25.00 (Dewasa)
RM 22.00 (Kanak-Kanak/ OKU/ Orang Tua)
Buka Warganegara
RM 50.00 (Dewasa)
RM 44.00 (Kanak-Kanak/ OKU/ Orang Tua)
*mungkin harga sudah berubah mengikut peredaran waktu. Boleh hubungi saya untuk edit semula harga ini.
Senang ke parking di Zoo Teruntum?
Ya. Senang sebab ada tempat parking berbayar yang luas. Cuma nak berjalan ke muka depan pintu utama agak jauh lebih kurang 200-300 meter.
Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!
Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.
Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.