Setelah aku berkecimpung hampir enam tahun dalam blogging ni, lebih kurang 36 blog dan website personal yang telah aku hasilkan. Korang nak tahu apa jadi? Nah, hanya 5 daripada 36 blog tu yang aku berjaya. Yang lain semuanya kelaut.
Antara blog yang terawal aku bangunkan adalah blog FaizAlias.com. Kemudian, setahun selepas tu aku bangunkan pula domain ahmadFaiz.com. Sebenarnya bila gabung kedua-dua blog ni aku berjaya menghasilkan 4 angka sebulan (tidak konsisten sebab ada juga 3 angka sebulan).
Namun sayang kedua-duanya aku tidak boleh meletakkan iklan adsense sebab ada beberapa konflik sebelum tu.
Serius aku frust gila time tu sebab tak dapat nak letak iklan adsense pada blog personal aku tu. Walaupun aku anggap blog tu berjaya, tapi aku tiada mode nak berblogging bila tiada adsense. So lama kelamaan aku tidak lagi aktif dalam blog tersebut.
Mana Perginya Blog Aku Yang Lama?
Disebabkan benda tu, aku ambil inisiatif untuk bangunkan blog aku yang baru iaitu blog yang korang sedang baca sekarang ni. Blog ni aku bangunkan pada awal Julai 2018 untuk aku apply adsense. Dan alhamdulillah, adsense aku berjaya di apply menggunakan blog ni.
So, semenjak hari tu aku mula bersemangat semula untuk berblogging. Semangat dan jiwa blogging aku kembali semula.
Dipendekkan cerita, pada awal Oktober tahun 2019, hampir kesemua web aku digodam oleh manusia yang tidak berhati perut. Aku hampir-hampir kehilangan semua blog dan web aku dalam satu hari saja.
Dan berita paling sedih untuk aku terima, kedua-dua blog aku FaizAlias.com dan ahmadFaiz.com tu tidak dapat diselamatkan. Apa yang boleh aku buat hanyalah redha saja. Korang boleh pergi baca pengalaman ngeri bila blog aku digodam.
Sejak dari tu, aku start dari zero balik tentang blogging. Berbekal ilmu-ilmu blogging yang telah aku cedok selama ni aku bina semula legasi aku. Aku buang semua web dan blog aku yang tidak mendatangkan hasil. Aku telah benar-benar go back from zero.
Yang tinggal hanyalah beberapa blog dan website saja.
So, itulah serba sedikit kisah aku tentang blog-blog lama aku yang terkubur begitu saja. Kalau korang pernah kenal aku sebelum ni sebagai seorang penulis di blog FaizAlias.com dan ahmadFaiz.com, mungkin itulah jawapan yang korang ingin tahu.
Ahh...
Lupakan kisah tu. Sekarang ni aku sudahpun create blog dan juga channel YouTube "Blog Faiz". Jika korang masih belum lagi subscribe pada channel aku tu, boleh la subscribe sekarang. Tapi lihatlah dulu video-video yang aku hasilkan. Jika korang rasa menarik, subscribe, jika tidak menarik, berikan aku komen-komen yang membina untuk aku terus berkarya.
Pengalaman Ngeri Website Aku di Serang Malware | Blog dan website adalah salah satu sumber pendapatan aku. Kalau terjadi apa-apa pada blog aku ni memang aku akan hilang sebahagian besar punca pendapatan aku. Sebab tu aku cuba untuk menjaga semua web aku dengan baik.
Namun pada 11/10/2019, server yang aku langgan menempatkan 23 website aku terkena serangan Malware. Aku tak pasti malware ni datang dari mana. Sebab dalam blog dan web aku, aku tak pernah guna produk nulled atau yang di download percuma dari internet.
Ya, kalau korang nak tahu juga, malware ni boleh masuk melalui apa-apa saja software/plugin yang kita download dari internet secara percuma. Tak semua tapi kebanyakkan.
Server aku disekat kononnya membahayakan pengguna lain
So, bila korang dah download secara percuma dan pasang dalam web korang, virus malware tadi akan mula menyelinap masuk dan dapatkan korang punya info login web.
Bahaya weh!
Pengalaman Ngeri Website Aku di Hack
Nak dijadikan cerita, sebahagian web aku dipenalti oleh Google satu per satu kerana malware yang ada dalam web aku tu mencuba untuk mencuri data kredit daripada pengguna. Tak silap aku pengguna dari Perancis.
Sedangkan aku tak buat ni semua. Aku dah mula panik sebab yang terkena malware tu salah satu blog aku yang dapat hasilkan pendapatan.
Fikiran aku mula buntu. Aku dah rasa seram sejuk. Takkan blog yang aku bina selama ini akan terkubur macam tu je. Aku dah mula tawakal. Apa nak jadi berserah pada Allah. Yakin je dengan rezeki.
So, langkah selamat paling awal aku buat adalah dapatkan hosting baru dan pindah kesemua web yang masih selamat. Namun aku bersyukur kerana blog aku yang ada iklan adsense tidak terkena serangan malware. Aku pindah cepat-cepat ke sini sebelum virus jahat tu menyerang lagi beberapa web aku.
Jadinya, ada web aku yang sudah total lost dan ada yang terselamat. Aku redha dan aku ambil keputusan untuk start dari Zero balik. Lagipun website dan blog aku yang ada sebelum ni aku tidak dapat fokus kesemuanya. Daripada web aku kesemua 23 hanya tinggal 5 sahaja yang aku ingin fokus dan bina dari awal termasuklah blog ni.
Aku tak tahu kenapa aku tiba-tiba aku menjadi tenang lepas aku ambil keputusan nak fokus pada 5 web saja berbanding 23 web sebelum ini selepas terkena serangan malware.
Mungkin inilah hikmahnya.
Kepada yang suntik malware dan hack web aku ni, sudah-sudahlah buat kerja yang tak berfaedah ni. Kesian orang lain. Kadang-kadang ni jelah sumber pendapatan nak buat survive kat atas muka bumi ni.
Sebenarnya web aku kena hack sudah dua kali. Semuanya server yang aku langgan dari luar negara.
Jadi sekarang, aku telah ambil keputusan untuk melanggan server dalam negara saja. So server pilihan aku sekarang ni adalah dari NetKL. Lagipun aku rasa ia lebih laju berbanding server VPS yang aku langgan dulu.
Kesimpulan dan pengajaran yang korang boleh dapat dari kisah aku ni, janganlah sesekali download plugin percuma dari internet kerana kebanyakkan plugin percuma atau theme WordPress yang percuma dari internet sudah disuntik virus Malware untuk mencuri data-data kita. Yang kedua pula, langgan dan guna saja server dari Malaysia seperti NetKL, exabyte dan ada beberapa lagi.
Ok gaiss...Sebelum aku akhiri cerita dan pengalaman aku ni, mari subscribe channel YouTube aku ni. Jika korang ada juga channel YouTube korang, mention dalam ruangan komen di bawah. Jangan spam link pula. 😀