Ini kisah aku dengan blog.
Setelah aku berkecimpung hampir enam tahun dalam blogging ni, lebih kurang 36 blog dan website personal yang telah aku hasilkan. Korang nak tahu apa jadi? Nah, hanya 5 daripada 36 blog tu yang aku berjaya. Yang lain semuanya kelaut.
Antara blog yang terawal aku bangunkan adalah blog FaizAlias.com. Kemudian, setahun selepas tu aku bangunkan pula domain ahmadFaiz.com. Sebenarnya bila gabung kedua-dua blog ni aku berjaya menghasilkan 4 angka sebulan (tidak konsisten sebab ada juga 3 angka sebulan).
Namun sayang kedua-duanya aku tidak boleh meletakkan iklan adsense sebab ada beberapa konflik sebelum tu.
Serius aku frust gila time tu sebab tak dapat nak letak iklan adsense pada blog personal aku tu. Walaupun aku anggap blog tu berjaya, tapi aku tiada mode nak berblogging bila tiada adsense. So lama kelamaan aku tidak lagi aktif dalam blog tersebut.
Mana Perginya Blog Aku Yang Lama?
Disebabkan benda tu, aku ambil inisiatif untuk bangunkan blog aku yang baru iaitu blog yang korang sedang baca sekarang ni. Blog ni aku bangunkan pada awal Julai 2018 untuk aku apply adsense. Dan alhamdulillah, adsense aku berjaya di apply menggunakan blog ni.
So, semenjak hari tu aku mula bersemangat semula untuk berblogging. Semangat dan jiwa blogging aku kembali semula.
Dipendekkan cerita, pada awal Oktober tahun 2019, hampir kesemua web aku digodam oleh manusia yang tidak berhati perut. Aku hampir-hampir kehilangan semua blog dan web aku dalam satu hari saja.
Dan berita paling sedih untuk aku terima, kedua-dua blog aku FaizAlias.com dan ahmadFaiz.com tu tidak dapat diselamatkan. Apa yang boleh aku buat hanyalah redha saja. Korang boleh pergi baca pengalaman ngeri bila blog aku digodam.
Sejak dari tu, aku start dari zero balik tentang blogging. Berbekal ilmu-ilmu blogging yang telah aku cedok selama ni aku bina semula legasi aku. Aku buang semua web dan blog aku yang tidak mendatangkan hasil. Aku telah benar-benar go back from zero.
Yang tinggal hanyalah beberapa blog dan website saja.
So, itulah serba sedikit kisah aku tentang blog-blog lama aku yang terkubur begitu saja. Kalau korang pernah kenal aku sebelum ni sebagai seorang penulis di blog FaizAlias.com dan ahmadFaiz.com, mungkin itulah jawapan yang korang ingin tahu.
Ahh…
Lupakan kisah tu. Sekarang ni aku sudahpun create blog dan juga channel YouTube “Blog Faiz“. Jika korang masih belum lagi subscribe pada channel aku tu, boleh la subscribe sekarang. Tapi lihatlah dulu video-video yang aku hasilkan. Jika korang rasa menarik, subscribe, jika tidak menarik, berikan aku komen-komen yang membina untuk aku terus berkarya.
Salam kejayaan semua.
Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!
Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.
Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.
Oh! begitu ceritanya.
Baru tahu ni patutlah tak boleh nak thru
ermm…mcm tu la ceritanya 😀