013-9346624 (Whatsapp Only)
(Review) Bukit Keluang Beach Resort Berhantu?

(Review) Bukit Keluang Beach Resort Berhantu?

Ada yang nak tahu tentang Bukit Keluang Beach Resort samaada berbaloi ataupun tak? Jom baca apa yang nak kongsikan di sini sehingga habis sebab saya akan buat review pasal resort ni sejujur mungkin.

Sebut je Bukit Keluang pasti majoriti tahu akan kecantikan tempat ni tambah-tambah lagi kalau korang hiking Bukit Keluang ni nanti korang akan dapat lihat view yang sungguh cantik di atas sana.

Bagi penduduk Besut view yang cantik di atas Bukit Keluang ni sudah tidak asing lagi dah. Bagi korang yang luar dari Besut ataupun dari negeri lain, mesti korang akan teruja bila lihat pandangan yang sangat cantik dari atas Bukit Keluang ni.

Ramai yang datang di sini disebabkan dua benda. Nak hiking dan mandi pantai sebab pantai di sini agak cantik dan jernih.

Nak datang ke Bukit Keluang ni, jangan datang pada musim tengkujuh sebab bila korang datang pada musim tengkujuh, air pantai di sini agak keruh dan ombak agak besar.

Jadi, kalau nak datang ke sini dan nak lihat view yang cantik, datanglah pada musim bukan musim tengkujuh.

Baik.

Panjang lebar saya ceritakan pasal Bukit Keluang ni sebab di sini ada satu resort yang boleh korang cuba untuk bermalam.

Nama penuh resort tersebut adalah Bukit Keluang Beach Resort.

Jadi, dalam artikel ni saya akan kongsikan pada korang samaada berbaloi ke tak korang nak bermalam di sini.

(Review) Bukit Keluang Beach Resort Berhantu?

bukit keluang beach resort

Salah satu ciri-ciri yang saya pilih hotel ataupun resort adalah resort tersebut tidak terlalu sunyi dan juga tidak berhantu.

Sebelum saya tempah sini, saya dah buat survey. Tak ada pun yang kata resort ni berhantu. Disebabkan tu saya pun tempah la resort ni sebab setiap kali saya pergi melancong walaupun tempat sama saya akan pilih hotel yang berlainan semata-mata untuk buat review pada korang.

Jadi, macam mana pula dengan pengalaman saya bermalam di resort ni?

Betul-betul berhantu ke?

Jom lihat review ni.

#1: Suasana Persekitaran

Bukit Keluang Beach Resort ni terletak betul-betul tepi jalan arah nak menuju ke Bukit Keluang.

Jarak antara Bukit Keluang dengan resort ni lebih kurang 300 meter dan 500 meter ke pantai.

Ya memang agak dekat.

Tapi suasana malam di sini seolah-olah korang berada dalam hutan.

Korang boleh bayang tak kalau duduk dalam hutan macam mana?

Macam tulah bunyi suasana di sini pada waktu malam. Bunyi katak dan unggas tu ibarat kita sedang berkhelah dalam hutan.

bukit keluang beach resort

Gambar di atas ni adalah Bukit Keluang Beach Resort yang saya ambil pemandangan dengan drone.

Memang betul resort ni tepi jalan tapi jalan tersebut jarang dilalu menyebabkan suasana menjadi sunyi pada waktu malam.

Bagi saya benda ni tak ada masalah pun.

Saya ok je bunyi-bunyi macam tu seolah-olah kita berada dalam hutan.

Kalau korang tengok suasana dalam resort ni, memang mereka banyak letakkan pokok-pokok di sekeliling.

Sebab tu suasana malam tu ibarat korang bermalam dalam hutan.

Kebetulan pada masa saya pergi, chalet di sana tak banyak orang booking.

Yang ni saya tak pasti samaada resort ni memang tak ada orang atau kebetulan tiada orang booking.

Bila saya keluar je dari pintu chalet pada malam tu, agak seram juga la sebab sekeliling saya tiada orang tinggal di sana. Kalau ada pun chalet bahagian depan. Tu pun agak jauh dari orang.

#2: Suasana Dalam Chalet

Ok yang ni saya nak tekankan sebab ada beberapa perkara yang saya tidak puas hati.

Suasana dalam bilik ni saya tak ada komplain apa-apa pun sebab lain tempat lain cara dia punya suasana.

Suasana macam mana pun tak apa selagi beri keselesaan pada yang bayar mahal-mahal untuk bermalam di sini.

Jika korang tengok, dalam chalet di resort ni saya boleh katakan semua kelengkapan untuk bermalam tu ada.

TV, peti sejuk, cerek elektrik, gula paket, seterika, kopi paket semua ada. Tunggu korang rajin nak buat atau tak je.

Chalet ni dia tak guna kipas tapi korang boleh on aircond.

Cuaca panas berangin di Besut ni bila kena aircond siang hari, boleh buatkan korang rasa nak tidur lama.

bukit keluang beach resort

Bilik air dia pun ok la.

Walaupun tak nampak mewah, bagi saya asalkan boleh mandi dan tandas tak bermasalah dah cukup ok.

Di sini juga mereka ada sediakan water heater untuk korang mandi jika cuaca sejuk.

Ok bab kemudahan yang di dalam chalet ni saya tak nak pertikaikan. Asalkan boleh guna dan tak bermasalah saya go on je.

Tapi yang saya tak puas hati tentang resort ni adalah tahap kebersihan.

Maaf la ye jika ada staff yang baca ni.

First saya melangkah kaki masuk ke dalam chalet ni saya rasa kaki saya ni berpasir. Bukan sikit. Banyak juga rasa berpasir terutama bahagian tepi dinding.

Kalau colek jari tepi dinding tu boleh dikatakan agak banyak juga la pasir yang akan lekat di jari.

Kami bayar chalet ni mahal-mahal bukan nak rasa berpasir bila pijak.

Tolonglah jaga yang ni.

Lepas tu, bab cadar, selimut saya tak pasti samaada mereka tukar baru atau tak.

Harap-harap mereka tukar barulah sebab bau selimut cadar tu macam duduk hotel "free" sedangkan saya bayar duduk di sini bukan murah.

Selain tu juga, chalet yang saya duduk tu ada katil yang dah mulai reput.

Lepas tu peralatan elektrik ada soket yang tercabut dan sebagainya. Kalau tak kena gaya anak sentuh boleh terkena elektrik shock.

Bila kes macam ni terjadi, saya dapat buat kesimpulan bahawa staff di sini tidak menjaga fasiliti dengan baik dan tidak ambil tahu barang mana yang rosak dan sebagainya.

#3: Kemudahan Resort

Di resort ni memang tempat untuk adakah pelbagai jenis aktiviti. Itu apa yang saya perhatikanlah.

Contoh aktiviti yang boleh buat di sini adalah hari keluarga, BBQ, majlis kahwin, meeting, sukaneka dan sebagainya.

Sebab tu di sini ada macam macam jenis tempat. Meeting room, hall, restoran, kolam renang, tempat untuk BBQ, kawasan lapang untuk sukaneka dan sebagainya.

Kalau korang nak buat family day, saya boleh rekemenkan pada korang untuk bermalam di sini sebab semua kemudahan ada disediakan.

Bukan family day saja, apa-apa event sekalipun ada disediakan di sini.

Jadi senang la kalau nak buat apa-apa aktiviti bersama dengan keluarga.

Untuk kolam renang, hanya ada kolam renang budak-budak je. Tak ada kolam renang untuk orang dewasa. Lagipun kolam renang ni kecil sangat saiznya tak sepadan dengan kapasiti budak-budak yang ada.

Masalah di kolam renang pula, bila saya tengok air kolam renang agak keruh airnya. Tak jernih macam kolam renang yang dijaga dan selalu dibersihkan.

Yang ni pun saya tak pasti samaada kolam renang di sini diselenggara dengan baik ataupun tidak sebab kalau ikut dari pemerhatian saya kolam mandi budak-budak di sini tidak dijaga dengan baik.

Kalau tak kenapa keruh kan?

Maksud saya keruh di sini bukanlah keruh macam air berselut.

Ibarat macam ni.

Segelas air masak kemudian korang titis 2-3 titisan air susu kemudian kacau.

Macam tulah keruhnya air kolam di sini.

Kalau korang nak makan di sini jangan risau sebab mereka ada restoran sendiri.

Nama restoran mereka adalah Restoran D' Kolam sebab restoran mereka ni berdekatan dengan kolam renang budak-budak.

Andaikata tak nak makan di restoran mereka, korang boleh pergi ke Pantai Bukit Keluang untuk makan sebab di sana banyak juga gerai makanan yang dibuka.

Makanan pun sedap dan harga agak berbaloi.

#4: Tempat Menarik Disekitar

Di sekitar Bukit Keluang Beach Resort ni, tempat menarik hanya dua benda tu jela iaitu Bukit Keluang dan juga pantai Bukit Keluang.

Seperti yang saya ceritakan awal-awal tadi, pantai di sini agak jernih airnya dan jika korang hiking atas Bukit Keluang, korang akan dapat lihat view yang sangat cantik.

#5: Harga

Sekarang kita masuk bab harga pula.

Bab harga ni saya agak kurang berpuas hati.

Ok harga bermalam di sini untuk satu malam adalah sebanyak RM179 yang saya booking melalui laman web Agoda.

Jika nak diikutkan, harga sebenar adalah RM173 jika korang tempah secara walk in.

Tapi jika korang tempah melalui website ia boleh dapat dengan harga yang lebih murah sikit.

Benda ni saya sebenarnya saya dah kongsikan macam mana cara nak dapatkan harga hotel murah melalui laman web Agoda.

Ok berbalik pada harga resort ni tadi.

Sebenarnya saya tak kisah sangat RM173 tu jika semua yang disediakan tu berpuas hati.

Jadi, dengan komplen yang saya buat di atas ni dengan bayaran RM173 bagi saya harga ni sangat tidak berbaloi. Dengan apa yang saya dapat, saya letak dalam sekitar RM100-RM120 sahaja jika keadaan macam ni.

Satu lagi.

Saya ingatkan dengan bayaran sebanyak tu dapat la sarapan percuma.

Tidak.

Tiada sarapan percuma disediakan.

Nak sarapan pergi beli makanan sendiri.

Di sini agak mengecewakan sikit.

Penutup

Kesimpulan yang saya boleh buat di sini, resort ni sebenarnya boleh je untuk korang buat bermalam tapi bab harga tu saya agak kurang setuju dengan bayaran sebanyak tu tapi hasil tak seberapa.

Kemudian, jika korang tanya berhantu ke Bukit Keluang Beach Resort ni?

Ikut pengalaman saya, tak ada apa-apa benda mistik yang terjadi pun. Cuma pada waktu malam masa saya duduk tu agak seram sebab tiada orang disekeliling. Walaupun dia pasang lampu, tapi lampu tu malap dan chalet disekitar gelap membuatkan rasa lebih seram.

Tapi alhamdulillah saya tak ada jumpa apa-apa yang pelik pun walaupun saya bawa sekali anak saya yang berumur 1 tahun lebih.

Jika korang nak tengok review saya dalam bentuk video, boleh la tengok di bawah ni.

Lepas tengok nanti, jangan lupa subscribe ya. 🙂

Tanjung Demong Beach Resort Review – Apa Yang Menarik?

Tanjung Demong Beach Resort Review – Apa Yang Menarik?

Tanjung Demong Beach Resort Review - Apa Yang Menarik? Kepada korang yang nak bercuti di Bukit Keluang, antara resort yang boleh pilih adalah Tanjung Demong Resort sebab ia dekat dengan Bukit Keluang dan juga banyak kemudahan yang ada.

Sebenarnya banyak je resort yang ada di sini kita boleh pilih. Tapi dalam artikel kali ni aku hanya nak fokus pada Tanjung Demong Resort. Mana tahu kot ada yang berminat nak bermalam di sini.

Tanjung Demong Beach Resort Review - Apa Yang Menarik?

tanjung demong beach resort review

Apa Yang Menarik?

Ok first sekali aku nak bagi tahu sepintas lalu apa yang menarik di sini.

Apa yang menarik kat sini sebenarnya?

Resort Tanjung Demong ni berada lebih kurang 2 kilometer dari Bukit Keluang. Kalau korang first time datang sini, kawasannya agak di pendalaman sikit. Tapi kalau korang guna Waze atau Google Maps jumpa je Resort Tanjung Demong ni.

Ok aku mula dari dalam bilik resort ni.

Dalam bilik di resort ni, bagi aku 4/5 bintang sebab ianya lengkap dengan semua kemudahan yang ada untuk korang bermalam kat sana.

tanjung demong beach resort review

Kat sini juga ia guna penghawa dingin yang boleh dilaras suhunya. Jadi ianya sangat selesa kalau korang tidur di sini.

tanjung demong beach resort review

Kat sini aku rasa semuanya katil double. Jadi kalau korang datang bersama family tu, boleh je gabungkan katil tu.

Nanti nak balik kemaskan semula.

Kalau rasa boring malam-malam, boleh je layan TV. TV kat sini ok la terang sebab ada sesetengah tempat tu ada je TV tapi skrin banyak "nyamuk". Sekadar hiasan je.

Harga

Pasal harga ni, masa musim cuti sekolah memang melambung naiknya.

Masa aku pergi ni harganya dalam RM169 untuk semalaman termasuk dengan cukai.

Tapi kalau korang datang pada hari biasa iaitu bukan musim cuti, harganya boleh dapat jauh lebih murah.

Kalau tanya aku, berbaloi ke tak dengan harga macam ni?

Bagi aku tak berbaloi sebab dekat sekitar Tanjung Demong ni tak ada tempat yang menarik pun untuk jalan-jalan di sekitarnya melainkan korang pergi ke Bukit Keluang yang terletak tak sampai 2 kilometer.

Nak kata bilik menghadap pantai pun tak juga. Semua bilik tak. So tak ada view pantai atau apa-apa yang menarik di sini melainkan untuk bermalam saja.

Lagipun pantai dekat Tanjung Demong ni tak semenarik di pantai Bukit Keluang.

Aktiviti Sekitar

Kalau aktiviti kat luar pula, korang boleh main air kolam bersama-sama dengan anak korang sebab ia bahagi kepada dua. Ada kolam untuk dewasa dan kolam untuk kanak-kanak.

Itu je.

Kolam di sini agak besar.

Korang boleh lihat sendiri dengan mata korang tu.

Ni pula bahagian atas aku ambil gambar dengan Drone.

Selain tu di sini ada pantai yang berdekatan.

Kalau korang nak santai-santai dengan famili pada waktu petang, boleh la tuju ke pantai ni.

Tapi rasanya pantai ni tak boleh nak mandi.

Cukup sekadar ambil angin petang je sambil kutip kulit siput tepi pantai.

Kemudahan

Kalau melancong ni, kemudahan yang kita utamakan adalah tempat makan. Susah atau senang nak cari tempat makan ni? Kalau melancong perut lapar dan tak ada tempat makan best, boleh spoil mood melancong.

Tempat makan kat sini banyak ke?

Ye ada banyak gerai.

Tapi di sekitar Bukit Keluang la.

Kalau bab nak makan jalan jauh sikit ok je bagi aku.

Korang jangan risau. Harga makanan kat sini pun agak berpatutan.

Lokasi

Jika korang nak pergi ke sini, boleh la guna Waze atau Google Maps.

Tanjung Demong Beach Resort
25, Jalan Bukit Keluang, Tanjung Demong,
22200 Kampung Raja, Terengganu

Untuk ketahui info lebih lanjut mengenai Tanjung Demong Beach Resort ni, boleh pergi ke laman website mereka dbr.com.my.

Info Tambahan

Berikut adalah info tambahan yang perlu korang tahu jika ingin bermalam di sini.

  • Harga promosi tidak sah digunakan masa cuti sekolah dan cuti umum.
  • Tempahan akan disimpan sehingga pukul 6.00 pm kecuali deposit telah dibayar.
  • Kadar bilik termasuk makan pagi untuk 2pax setiap bilik.
  • Check-in selepas pukul 2.00 pm dan Check-out sebelum pukul 12 tgh.
  • Bilik muat untuk 4 orang dewasa sahaja.

Sebelum balik tu, jangan lupa untuk bergambar dulu sebagai kenangan.

Jadi, bagi korang resort ni ok ke tak untuk korang bermalam?

Kalau korang nak tengok dalam versi video, boleh la tengok di bawah ni.

Penutup

Secara keseluruhannya, bagi aku resort ni ok dan aku akan bagi rating 4/5 sekiranya harga untuk bermalam di sini antara RM70-RM100. Tapi disebabkan harga di sini bagi aku amat mahal dan tak ada breakfast masa tu atas alasan Covid-19, so aku bagi rating 2/5 sahaja.

Rating aku bagi rendah tak bermakna aku tak repeat balik sini. Jika aku rasa nak bermalam di Bukit Keluang mungkin aku akan pergi lagi ke sini.

Lagipun aku bagi rating rendah sebab harga mahal, tak ada breakfast dan juga tak ada tempat menarik untuk jalan-jalan di sekitarnya melainkan pantai je.

Pin It on Pinterest