Pengalaman Booking Hotel Murah Dengan Agoda.com

Pengalaman Booking Hotel Murah Dengan Agoda.com | Kalau dulu nak pergi mana-mana perlu cari hotel dulu baru boleh buat tempahan. Kalau hotel tu penuh terpaksalah pergi cari hotel lain.

Sekarang ni tak perlu macam tu dah. Kalau kita nak pergi ke mana-mana boleh booking hotel dengan mudah bila-bila masa sahaja. Kalau nak booking sebulan sebelumnya pun boleh. Tak ada masalah.

Kali ni aku nak ceritakan sikit tentang pengalaman aku bagaimana nak booking hotel murah.

Pengalaman Booking Hotel Murah Dengan Agoda.com

Berdasarkan pengalaman aku sendiri, kalau kita nak cari dan booking hotel murah, kita kena compare dengan beberapa buah website yang menawarkan harga yang paling cun.

So di sini aku senaraikan beberapa buah laman web untuk memudahkan korang buat perbandingan.

  1. Traveloka
  2. Trivago
  3. Hotels.com
  4. Booking.com
  5. Agoda

Kalau ditanya laman web mana paling terbaik, aku tak dapat berikan jawapan sebab semua atas ni laman web terbaik untuk korang booking hotel.

Apa yang penting korang kena compare harga di antara kelima-lima website ni. Jika korang dapat deal paling murah so itulah yang terbaik buat masa itu.

Ok.

Pengalaman aku pula dapat booking hotel murah di Langkawi dengan Agoda. Pada masa aku aku dapat diskaun 25%. Kalau nak ikutkan hotel katil double ni boleh capai RM200 lebih terutama di kawasan pelancongan seperti Langkawi.

booking hotel murah

Tanpa fikir panjang buat terus payment lagipun perancangan aku ni dua hari sebelum checkin hotel.

So hotel katil double bed saja yang ada. Single bed sudah penuh.

booking hotel murah

Korang rasa RM159.00 untuk 4 hari 3 malam di kawasan pelancongan mahal ke murah? Bagi aku ia sudah tersangat murah.

So aku harap lepas ni kalau korang nak booking hotel tu sila buat perbandingan dulu diantara kelima-lima website yang aku kongsikan di atas ni. Itu saja tipsnya.

Kalau korang malas nak compare korang akan rugi sebab hotel yang sama bilik yang sama mungkin akan dapat dengan harga lebih murah lagi di lain website.

Itu saja tips aku kali ni nak kongsikan bagaimana nak booking hotel murah.

Sebelum aku akhiri artikel ini, satu lagi tips penting korang kena tahu iaitu jangan sesekali tempah hotel secara walk-in sebab secara walk-in korang langsung tidak akan dapat diskaun macam yang ditawarkan dalam website.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top