
Cara Daftar Akaun Umobile Online
Cara Daftar Akaun Umobile Online| Penggunaan umobile dalam kalangan masyarakat di Malaysia pada hari ini semakin rancak apabila umobile telah menawarkan servis unlimited plan pada pakej mereka. Siapa yang tak suka unlimited kan? Baru puas nak layan movie dalam fon.
Secara peribadinya, aku lihat umobile setakat ini adalah servis telco yang terbaik. Boleh baca kelebihan umobile yang pernah aku huraikan sebelum ini.
Jika korang menggunakan umobile sebagai servis telco, korang mesti kena ada akaun umobile yang berdaftar secara online. Dengan akaun ini korang boleh buat macam-macam termasuk bayar bil umobile secara online, tebus point dan bermacam-macam lagi.
Cara Daftar Akaun Umobile
So, macam mana nak daftar akaun umobile secara online ni?
Ikut saja tutorial yang aku sediakan di bawah ini.
Langkah 1 Layari website Umobile.

Pada halaman hadapan, kita akan lihat seperti gambar rajah di atas. Lihat pada bahagian First Time Login dan klik pada click here to retrieve your pin.
Langkah 2 Bila sudah klik pada link tersebut, korang akan terus pergi ke halaman ini.

Masukkan nombor fon korang, dan klik butang Submit. Pastikan Select Type adalah personal.
Langkah 3 Lepas klik butang Submit tadi, korang akan terima satu email seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.

Sila semak email. Tajuk dalam email adalah First Time Login.
Langkah 4 Dalam email tadi pihak umobile akan membekalkan kita nombor PIN. Sila pergi ke halaman utama umobile tadi untuk login.

Nombor pin ini adalah untuk korang masuk ke dalam akaun umobile untuk pertama kali. Korang boleh buat pilihan samaada nak ubah nombor pin ini atau kekalkan.
Siap!
Itu saja macam mana cara nak daftar akaun umobile secara online.