Kelebihan Umobile – Syarikat Telco Terbaik Untuk Handphone Peribadi | Kali ni aku saja nak tulis satu artikel tentang pandangan aku yang mana satu syarikat telco terbaik yang mesti korang miliki.
Sebenarnya lain orang lain pandangannya sebab penggunaan kita tidak sama. Contohnya ada orang suka guna Celcom sebab banyak reward yang dapat setiap minggu, ada orang suka guna Digi sebab setiap ceruk kampung masih lagi ada line, ada orang Umobile sebab nak live streaming yang memerlukan data unlimited, ada yang suka guna maxis sebab internetnya laju dan sebagainya.
Jadinya, tak ada mana-mana servis telco yang tidak bagus. Cuma ia bergantung kepada cara penggunaan kita masing-masing.
Secara peribadinya, aku lebih suka guna Umobile. Nanti aku ceritakan dengan lebih lanjut kenapa aku suka Umobile.
Kelebihan – Umobile Syarikat Telco Terbaik Untuk Handphone Peribadi
Kenapa aku kata Umobile adalah syarikat telco terbaik untuk kegunaan handphone korang?
Ini sebabnya.
1 – Data Unlimited
Aku telah mencuba hampir semua telco dan tiada satupun yang aku rasa sesuai untuk kegunaan aku sehinggalah aku mencuba Umobile dan aku jatuh hati padanya.
Antara plan Umobile terawal yang aku subscribe adalah plan postpaid u28. Memang betul data internet hanyalah 3gb sahaja. Macam mahal kan?Tetapi lepas 3gb penggunaan, ia masih lagi boleh gunakan termasuk tengok YouTube, Whatsapp, Facebook dan sebagainya. Cuma ia tidak selaju ketika data masih ada.
Tidak seperti telco yang lain. Jika datanya sudah habis digunakan, kita perlu langgan baru sebelum internet dihidupkan kembali.
2 – Internet Laju
Yang ni aku tahu. Umobile tak laju di semua tempat. Tapi ianya sangat laju jika korang berada di kawasan bandar atau di tepi bandar.
Bagi aku setakat ni Umobile masih lagi pilihan aku samaada untuk buat hotspot laptop atau kegunaan di telefon.
3 – Mesra Media Sosial
Telco mana yang tak kenakan data bila guna Whatsapp, Youtube, Facebook dan sebagainya?
Jawapanya adalah Umobile.
Sekarang ni media sosial mesti ada di setiap telefon pintar masing-masing. Tipu la jika tak ada. Kan sifat manusia ni suka berhibur. Jadi media sosial nilah akan memberikan hiburan.
Selain itu, jika korang suka berjalan jauh dan suka guna waze, korang jangan risau sebab waze pun mereka tak makan data.
Wow! Biar betul Umobile ni?
Tetapi korang kena juga lihat plan. Lain plan lain dia punya ciri-ciri.
4 – p99 Pakej Paling Power
Sekarang ni kalau korang nak tahu aku pakai pakej ni la. p99 ni adalah postpaid dan korang akan dikenakan bayaran bulanan RM99.
Semua kelebihan pada pakej p99 ni ada. Kalau korang pergi ke mana-mana atau pun banyak guna data jangan risau. Korang takkan dicas lebih kerana pakej ni adalah Unlimited data untuk semua benda.
Cuma agak sedih sikit ianya hanya sah untuk digunakan telefon sahaja. Hanya untuk telefon sahaja unlimited data untuk semua benda.
Untuk hotspot, ia juga sediakan untuk korang jika nak guna internet dengan laptop. Hotspot yang dibekalkan hanyalah 30gb sahaja setiap bulan. Kekuranganya pula, kalau korang tak habis guna 30gb ni dia tak boleh carry forward seperti Celcom. Ianya akan burn macam tu saja.
Macam aku guna plan ni sebab aku banyak pakai data dan juga hotspot untuk kegunaan masa aku buat kerja dengan laptop.
5 – Cover Internet Untuk 36 Buah Negara
Yang ni paling cool. Korang pergi mana-mana pun masih boleh lagi guna internet diorang. So tak perlu nak tukar-tukar telco lain semata-mata nak guna internet.
Antara negera yang Umobile cover adalah seperti berikut.
Australia
Austria
Bangladesh
Brunei
Cambodia
Canada
China
Denmark
Egypt
France
Hong Kong
India
Indonesia
Ireland
Italy
Japan
Laos
Latvia
Lithuania
Myanmar
Netherlands
Pakistan
Philippines
Poland
Russia
Saudi Arabia
Singapore
South Korea
Sri Lanka
Sweden
Taiwan
Thailand
UK
Ukraine
USA
Vietnam
Ok itu sajalah perkongsian aku tentang Umobile ni. Ingat kata aku ni. Aku tak kondem telco lain ok. Telco lain pun ada baiknya. Cuma sekarang ni hanya Umobile yang terbaik dengan kehendak aku.
Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!
Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.
Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter.
0 Comments