Cara Daftar Akaun Umobile Online| Penggunaan umobile dalam kalangan masyarakat di Malaysia pada hari ini semakin rancak apabila umobile telah menawarkan servis unlimited plan pada pakej mereka. Siapa yang tak suka unlimited kan? Baru puas nak layan movie dalam fon.

Secara peribadinya, aku lihat umobile setakat ini adalah servis telco yang terbaik. Boleh baca kelebihan umobile yang pernah aku huraikan sebelum ini.

Jika korang menggunakan umobile sebagai servis telco, korang mesti kena ada akaun umobile yang berdaftar secara online. Dengan akaun ini korang boleh buat macam-macam termasuk bayar bil umobile secara online, tebus point dan bermacam-macam lagi.

Cara Daftar Akaun Umobile

So, macam mana nak daftar akaun umobile secara online ni?

Ikut saja tutorial yang aku sediakan di bawah ini.

[step1] Layari website Umobile.

Pada halaman hadapan, kita akan lihat seperti gambar rajah di atas. Lihat pada bahagian First Time Login dan klik pada click here to retrieve your pin.

[step2] Bila sudah klik pada link tersebut, korang akan terus pergi ke halaman ini.

Masukkan nombor fon korang, dan klik butang Submit. Pastikan Select Type adalah personal.

[step3] Lepas klik butang Submit tadi, korang akan terima satu email seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.

Sila semak email. Tajuk dalam email adalah First Time Login.

[step4] Dalam email tadi pihak umobile akan membekalkan kita nombor PIN. Sila pergi ke halaman utama umobile tadi untuk login.

Nombor pin ini adalah untuk korang masuk ke dalam akaun umobile untuk pertama kali. Korang boleh buat pilihan samaada nak ubah nombor pin ini atau kekalkan.

Siap!

Itu saja macam mana cara nak daftar akaun umobile secara online.

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.