013-9346624 (Whatsapp Only)
Jangan Bagi Gift Live TikTok Pada Rakyat “Palestine”

Jangan Bagi Gift Live TikTok Pada Rakyat “Palestine”

Penah tak masa korang scroll tiktok, pastu korang tertengok, ada live tiktok yang kononnya mereka ni adalah rakyat Palestin.

Tak cukup tu, mereka pancing pula background mereka, dengan gantung bendera malaysia dan juga indonesia. Pastu tu, mereka duk ratiblah nama malaysia indonesia ni dengan harapan kita semua ni akan bagi gift masa live mereka.

Rasa-rasa apa yang pelik kat sini sebenarnya?

Ok. Ni just pendapat aku lah.

Korang tahu kan, yang Gaza dah pun disekat, segala kemudahan termasuk bekalan letrik, dan air oleh pihak berkuasa Israel. Senang kata, segala kemudahan yang ada kat sana dah pun lumpuh hampir 100%.

Tapi penah tak korang fikir macam mana saudara kita kat sana, masih lagi boleh buat live TikTok, semata-mata untuk dapatkan sumbangan gift, daripada orang ramai yang tonton live mereka.

Persoalannya, dari mana mereka dapat sumber letrik, untuk caj telefon dan guna data internet? Kalau korang perasan juga, ada beberapa orang daripada mereka ni, yang buat live lebih 4 ke 5 jam sehari.

Jadi, korang tak rasa ke benda ni pelik?

Apa yang aku musykil mungkin ada orang yang cuba, menyamar jadi rakyat Palestine, dan cuba ambil kesempatan atas kesesengsaraan saudara kita kat sana.

Ok, andai kata korang cakap benda ni betul lah, habis tu, korang boleh fikir tak, duit gift yang mereka dapat tu, kat bank mana mereka nak berurusan sebab semua bangunan kat sana dah pun kena bom? Macam mana mereka nak withdraw duit tu, sedangkan sistem perbankkan kat sana dah pun lumpuh. Bukan bank je dah lumpuh, ekonomi, sekolah, hospital semuanya dah lumpuh.

Sebenarnya, raut wajah orang orang arab timur tengah, dia ni lebih kurang je dengan rakyat palestine. So, kalau mana-mana orang arab timur tengah yang buat live pun kita memang tak perasan benda ni, sebab muka mereka ni semua memang lebih kurang sama je.

Jadi, berhati-hatilah. Video ni bukan aku nak menghasut supaya korang jangan bagi gift masa mereka buat live, tapi lebih kepada berjaga-jaga, supaya duit yang kita sumbang tu, tak jatuh pada tangan pihak yang cuba ambil kesempatan.
Kalau nak bagi, bagi betul2 pada rakyat palestine.

Sama-sama kita fikir. Apa pula pendapat korang?

Isu Boikot McD Perang Israel dan Palestin – Kau Faham Apa Yang Kau Boikot?

Isu Boikot McD Perang Israel dan Palestin – Kau Faham Apa Yang Kau Boikot?

Isu boikot McD dan produk lain dari Amerika Syarikat ni sebenarnya isu dah lama. Namun ia akan muncul setiap kali konflik perang. Lepas perang, ramai akan lupakan tentang boikot ni.

Aku di pihak Palestin dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakkan kerajaan Israel yang kejam macam setan, tapi pada masa yang sama aku TIDAK setuju kita memboikot secara membuta tuli sehingga memecah belah masyarakat.

Kau faham tak apa yang sedang kau boikot sekarang ni?

Itula. Orang nak boikot, kau pun nak boikot.

Tapi kau tak tahu apa-apa. Tapi kau tiada ilmu dalam bab boikot.

Aku bukan nak merendahkan kau kata tiada ilmu. Bila kau boikot secara emosi dan membabi buta, boikot kau tu jadi boikot tiada ilmu.

Bila kau boikot secara emosi, membabi buta serta tiada ilmu, ia akan jadi sia-sia dan memudharatkan kepada orang lain yang tidak bersalah.

Dalam islam pun ada ajar cara boikot macam mana.

Sebab keegoan kau tinggi dan terlalu mengikut emosi, sampai mufti dah keluarkan kenyataan pun kena maki. Keperibadian tu tak melambangkan langsung sebagai penyokong Palestine.

boikot mcd

Isu Boikot McD Perang Israel dan Palestin - Kau Faham Apa Yang Kau Boikot?

Aku nak fokus satu syarikat yang orang tengah acah-acah gila boikot sekarang ni iaitu McD.

Bila aku baca komen masing-masing, jelaslah mereka tak faham apa yang mereka boikot sebenarnya. Memang aku senyum sinis lihat komen masing-masing.

Ada paling teruk tuduh McD ni adalah “Produk Israel”. Betapa dangkalnya bila tuduh sesuatu tanpa buat kajian.

Di sini aku cuma nak jelaskan dan sampaikan pandangan aku. Siapa yang cerdik, akan fikir. Siapa yang beremosi dan tak mahu fikir, mungkin cepat melenting.

McD adalah produk dari Amerika. Head Quarters (HQ) ataupun Ibu Pejabat McD terletak di Chicago, Amerika. Hanya itu satu-satunya HQ mereka.

Konsep perniagaan McD ni pula adalah jenis Franchise. Maksudnya, sesiapa sahaja boleh buka restoran McD asalkan ada modal yang cukup dan mereka yang buka restoran menggunakan nama McD dan logo McD, pemilik restoran tu akan kena bayar royalti kepada HQ McD yang terletak di Amerika.

Ya. Semua pemilik restoran McD dari seluruh dunia akan bayar pada HQ McD yang terletak di Amerika tu sebanyak 5% dari pendapatan setiap bulan.

Dan, setiap royalti yang dibayar pada HQ McD di Chicago secara tidak langsung ia akan menjadi pendapatan bagi kerajaan Amerika sebab HQ McD bayar cukai pada negara Amerika.

Yang menjadi isu sekarang ni adalah, kerajaan Amerika yang menyalurkan dana kepada Israel dari segi ketenteraan dan lain-lain lagi. Itu tidak dinafikan.

Jadi, yang perlu kita perangi dan kutuk adalah kerajaan Amerika. Kenapa kita perlu serang McD atau syarikat lain yang berpangkalan di Amerika?

HQ McD tidak pernah mengeluarkan kenyataan rasmi yang mereka sokong Israel atau bagi dana secara LANGSUNG kepada kerajaan Israel. Jika ada sila tunjukkan bukti. Kau tak boleh nak ikut emosi.

Tular di media sosial tempoh hari yang tidak kepastian kesahihahnnya, restoran McD di Israel sponsor makanan dan minuman kepada tentera Israel.

Jika benar, itu adalah tanggungjawab pemilik restoran McD di Israel.

Ia sama sekali tiada kaitan dengan HQ McD atau McD di Malaysia.

Lain pemilik McD, lain mereka cara pengurusan.

boikot mcd

Disebabkan guna nama sama, kita tak boleh nak judge sama rata. Restoran milik masing-masing. Hanya nama yang sama.

Apa yang aku perhatikan, punca utama majoriti orang Malaysia boikot adalah kerana mereka dakwa McD adalah produk Israel (jenis boikot main hentam) dan sebab kedua adalah royalti dibayar pada HQ McD berpangkalan di Amerika (jenis boikot cerdik sikit).

Ok.

Ada orang boikot McD sebab kata McD adalah produk Israel. Itu jelas sudah salah dan info 100% tidak benar. McD bukan produk Israel. Ia produk Amerika. Jadi, kau tak boleh jadikan alasan tu untuk kau boikot McD.

Jika ada orang boikot McD sebab royalti McD menjadi pendapatan kepada kerajaan Amerika, kenapa kau tak boikot semua sekali produk dari Amerika macam Facebook, Instagram, Microsoft, Whatsapp, YouTube, Google.

Semua syarikat yang aku sebut di atas ni, semuanya penyumbang pendapatan kepada kerajaan Amerika sebab setiap syarikat akan bayar cukai pendapatan pada kerajaan Amerika. Jangan kita nafikan benda tu.

Tapi, ada dalam satu komen hari tu, bila aku perli suruh boikot Facebook, Whatsapp, Instagram ramai pula yang mengelupur kepanasan dan kecam aku.

Ada yang bagi alasan, itu hanya satu-satu aplikasi yang kita guna. Tak boleh boikot.

Eh2.

Banyak pula alasan bila sesuatu tu ada KEPENTINGAN buat kau walaupun kau tahu produk tu produk Amerika dan ia jana pendapatan kepada kerajaan Amerika tak pula ko nak boikot.

Jangan kau bagi alasan jika kau nak boikot.

China dah reka web macam Google (Baidu) , dah reka macam Whatsapp (WeChat), dah reka macam Instagram (TikTok) dan dah reka macam YouTube (iqiyi).

Boleh guna platform dari China tu. Jangan banyak bagi alasan.

Dah kau nak boikot sangat sampai orang nak beli barang dari Amerika pun dah macam penjahat sekarang ni. Habis kau tuduh setiap beli barangan Amerika, satu peluru untuk rakyat Palastine. Jahat betul kenyataan pentaksub boikot ni.

Penutup.

Sebab isu boikot ni dah makin menjadi-jadi tanpa info yang betul, aku rasa nak bersuara juga.

Ada satu influencer ni kutuk gila babeng barangan dari US tapi dia nak promote barang dia sebenarnya. Kotor gila tektik macam ni. Dia suruh tukar Milo dengan produk yang dia hasilkan. Tapi masih guna dan promote kat Facebook (Produk Amerika).

Tak malu ke? Kau kutuk kaw-kaw produk Amerika sebab barang tu tak penting bagi kau. Tapi bila penting bagi kau, kau kata boleh guna pula.

What the fish?

Nak boikot? Silakan.

Tak nak boikot? Silakan.

Dua-dua tak salah sebab tu hak diri masing-masing.

Tapi, yang salahnya bila geng-geng taksub boikot ni buat orang lain rasa jadi macam penjenayah perang bila tak nak boikot barang dari Amerika.

Kau siapa nak label orang tak boikot ni penyokong Israel Zionist?

Apa? Kau ingat kat Amerika tu tak ada syarikat orang islam? Tak ada masjid? Tak ada orang islam? Syarikat orang islam kat Amerika pun kena bayar cukai perniagaan kat kerajaan Amerika. Habis tu kau nak salahkan company tu?

Kalau kau nak boikot, boikot syarikat yang terang-terang declare bantu Israel dan produk tu memang original dari Israel. Itu yang WAJIB kita boikot. Dalam islam memang ajar kita boikot produk macam tu.

Bukan asal barang dari Amerika je, kena boikot.

Faham?

Tapi kalau royalti jadi pendapatan kepada kerajaan Amerika dan Amerika salur dana pada Israel, kita tak boleh nak salahkan syarikat tu. Nak buat macam mana. Dah HQ berpangkalan di situ. SEMUA syarikat yang ada di US kena bayar cukai pada kerajaan US.

Bukan HQ McD saja yang jana pendapatan kepada kerajaan Amerika. Banyak lagi syarikat yang jana pendapatan pada kerajaan Amerika seperti Facebook, Google, Whatsapp, Instagram, Microsoft dan lain-lain lagi.

Kau boikot la semua tu kalau tu alasan kau untuk boikot McD. Faham?

Disebabkan boikot membuta tuli, kebanyakan orang rakyat kita Malaysia sendiri kehilangan kerja terutama warga OKU yang banyak kerja di McD. Rider fulltime pun kurang job.

“Saya Izuan, saya seorang OKU berasal dari Kelantan. Saya bermula bekerja di Mcdonald’s pada awal tahun 2023 sepenuh masa demi menyara kelaurga. Bila berlaku boikot di Mcdonalds, saya amat terkesan. Bukan mudah untuk majikan lain terima orang OKU seperti saya. Saya berharap semoga boikot tidak berterusan dan saya boleh bekerja seperti biasa lagi. Kasihanilah kami jangan boikot kami”- katanya dengan menggunakan bahasa isyarat.

- Pekerja OKU McD

Bukan rakyat Israel yang hilang kerja. Anak melayu yang hilang kerja.

Syarikat McD Malaysia pun dah buat Press Conference yang mengatakan mereka tidak sokong Israel dan siap bagi sumbangan pada rakyat Palestine. Jangan salahkan bagi royalti. Itu memang dah jenis perniagaan.

Tidak cukup dengan tu, McD dah bayar berjuta-juta zakat setiap tahun untuk bantu rakyat Malaysia yang miskin.

Yang terbaru, Mufti Penang dah keluarkan kenyataan tak perlu nak boikot McD. Tapi bila dah jadi pentaksub boikot, Mufti pun mereka sanggup maki.

Akhir kata, buang rokok dan vape dulu kat mulut tu baru sembang pasal boikot.

Faiz Alias - Blogger

Pin It on Pinterest