Isu Boikot McD Perang Israel dan Palestin – Kau Faham Apa Yang Kau Boikot?

Isu boikot McD dan produk lain dari Amerika Syarikat ni sebenarnya isu dah lama. Namun ia akan muncul setiap kali konflik perang. Lepas perang, ramai akan lupakan tentang boikot ni.

Aku di pihak Palestin dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakkan kerajaan Israel yang kejam macam setan, tapi pada masa yang sama aku TIDAK setuju kita memboikot secara membuta tuli sehingga memecah belah masyarakat.

Kau faham tak apa yang sedang kau boikot sekarang ni?

Itula. Orang nak boikot, kau pun nak boikot.

Tapi kau tak tahu apa-apa. Tapi kau tiada ilmu dalam bab boikot.

Aku bukan nak merendahkan kau kata tiada ilmu. Bila kau boikot secara emosi dan membabi buta, boikot kau tu jadi boikot tiada ilmu.

Bila kau boikot secara emosi, membabi buta serta tiada ilmu, ia akan jadi sia-sia dan memudharatkan kepada orang lain yang tidak bersalah.

Dalam islam pun ada ajar cara boikot macam mana.

Sebab keegoan kau tinggi dan terlalu mengikut emosi, sampai mufti dah keluarkan kenyataan pun kena maki. Keperibadian tu tak melambangkan langsung sebagai penyokong Palestine.

boikot mcd

Isu Boikot McD Perang Israel dan Palestin – Kau Faham Apa Yang Kau Boikot?

Aku nak fokus satu syarikat yang orang tengah acah-acah gila boikot sekarang ni iaitu McD.

Bila aku baca komen masing-masing, jelaslah mereka tak faham apa yang mereka boikot sebenarnya. Memang aku senyum sinis lihat komen masing-masing.

Ada paling teruk tuduh McD ni adalah “Produk Israel”. Betapa dangkalnya bila tuduh sesuatu tanpa buat kajian.

Di sini aku cuma nak jelaskan dan sampaikan pandangan aku. Siapa yang cerdik, akan fikir. Siapa yang beremosi dan tak mahu fikir, mungkin cepat melenting.

McD adalah produk dari Amerika. Head Quarters (HQ) ataupun Ibu Pejabat McD terletak di Chicago, Amerika. Hanya itu satu-satunya HQ mereka.

Konsep perniagaan McD ni pula adalah jenis Franchise. Maksudnya, sesiapa sahaja boleh buka restoran McD asalkan ada modal yang cukup dan mereka yang buka restoran menggunakan nama McD dan logo McD, pemilik restoran tu akan kena bayar royalti kepada HQ McD yang terletak di Amerika.

Ya. Semua pemilik restoran McD dari seluruh dunia akan bayar pada HQ McD yang terletak di Amerika tu sebanyak 5% dari pendapatan setiap bulan.

Dan, setiap royalti yang dibayar pada HQ McD di Chicago secara tidak langsung ia akan menjadi pendapatan bagi kerajaan Amerika sebab HQ McD bayar cukai pada negara Amerika.

Yang menjadi isu sekarang ni adalah, kerajaan Amerika yang menyalurkan dana kepada Israel dari segi ketenteraan dan lain-lain lagi. Itu tidak dinafikan.

Jadi, yang perlu kita perangi dan kutuk adalah kerajaan Amerika. Kenapa kita perlu serang McD atau syarikat lain yang berpangkalan di Amerika?

HQ McD tidak pernah mengeluarkan kenyataan rasmi yang mereka sokong Israel atau bagi dana secara LANGSUNG kepada kerajaan Israel. Jika ada sila tunjukkan bukti. Kau tak boleh nak ikut emosi.

Tular di media sosial tempoh hari yang tidak kepastian kesahihahnnya, restoran McD di Israel sponsor makanan dan minuman kepada tentera Israel.

Jika benar, itu adalah tanggungjawab pemilik restoran McD di Israel.

Ia sama sekali tiada kaitan dengan HQ McD atau McD di Malaysia.

Lain pemilik McD, lain mereka cara pengurusan.

boikot mcd

Disebabkan guna nama sama, kita tak boleh nak judge sama rata. Restoran milik masing-masing. Hanya nama yang sama.

Apa yang aku perhatikan, punca utama majoriti orang Malaysia boikot adalah kerana mereka dakwa McD adalah produk Israel (jenis boikot main hentam) dan sebab kedua adalah royalti dibayar pada HQ McD berpangkalan di Amerika (jenis boikot cerdik sikit).

Ok.

Ada orang boikot McD sebab kata McD adalah produk Israel. Itu jelas sudah salah dan info 100% tidak benar. McD bukan produk Israel. Ia produk Amerika. Jadi, kau tak boleh jadikan alasan tu untuk kau boikot McD.

Jika ada orang boikot McD sebab royalti McD menjadi pendapatan kepada kerajaan Amerika, kenapa kau tak boikot semua sekali produk dari Amerika macam Facebook, Instagram, Microsoft, Whatsapp, YouTube, Google.

Semua syarikat yang aku sebut di atas ni, semuanya penyumbang pendapatan kepada kerajaan Amerika sebab setiap syarikat akan bayar cukai pendapatan pada kerajaan Amerika. Jangan kita nafikan benda tu.

Tapi, ada dalam satu komen hari tu, bila aku perli suruh boikot Facebook, Whatsapp, Instagram ramai pula yang mengelupur kepanasan dan kecam aku.

Ada yang bagi alasan, itu hanya satu-satu aplikasi yang kita guna. Tak boleh boikot.

Eh2.

Banyak pula alasan bila sesuatu tu ada KEPENTINGAN buat kau walaupun kau tahu produk tu produk Amerika dan ia jana pendapatan kepada kerajaan Amerika tak pula ko nak boikot.

Jangan kau bagi alasan jika kau nak boikot.

China dah reka web macam Google (Baidu) , dah reka macam Whatsapp (WeChat), dah reka macam Instagram (TikTok) dan dah reka macam YouTube (iqiyi).

Boleh guna platform dari China tu. Jangan banyak bagi alasan.

Dah kau nak boikot sangat sampai orang nak beli barang dari Amerika pun dah macam penjahat sekarang ni. Habis kau tuduh setiap beli barangan Amerika, satu peluru untuk rakyat Palastine. Jahat betul kenyataan pentaksub boikot ni.

Penutup.

Sebab isu boikot ni dah makin menjadi-jadi tanpa info yang betul, aku rasa nak bersuara juga.

Ada satu influencer ni kutuk gila babeng barangan dari US tapi dia nak promote barang dia sebenarnya. Kotor gila tektik macam ni. Dia suruh tukar Milo dengan produk yang dia hasilkan. Tapi masih guna dan promote kat Facebook (Produk Amerika).

Tak malu ke? Kau kutuk kaw-kaw produk Amerika sebab barang tu tak penting bagi kau. Tapi bila penting bagi kau, kau kata boleh guna pula.

What the fish?

Nak boikot? Silakan.

Tak nak boikot? Silakan.

Dua-dua tak salah sebab tu hak diri masing-masing.

Tapi, yang salahnya bila geng-geng taksub boikot ni buat orang lain rasa jadi macam penjenayah perang bila tak nak boikot barang dari Amerika.

Kau siapa nak label orang tak boikot ni penyokong Israel Zionist?

Apa? Kau ingat kat Amerika tu tak ada syarikat orang islam? Tak ada masjid? Tak ada orang islam? Syarikat orang islam kat Amerika pun kena bayar cukai perniagaan kat kerajaan Amerika. Habis tu kau nak salahkan company tu?

Kalau kau nak boikot, boikot syarikat yang terang-terang declare bantu Israel dan produk tu memang original dari Israel. Itu yang WAJIB kita boikot. Dalam islam memang ajar kita boikot produk macam tu.

Bukan asal barang dari Amerika je, kena boikot.

Faham?

Tapi kalau royalti jadi pendapatan kepada kerajaan Amerika dan Amerika salur dana pada Israel, kita tak boleh nak salahkan syarikat tu. Nak buat macam mana. Dah HQ berpangkalan di situ. SEMUA syarikat yang ada di US kena bayar cukai pada kerajaan US.

Bukan HQ McD saja yang jana pendapatan kepada kerajaan Amerika. Banyak lagi syarikat yang jana pendapatan pada kerajaan Amerika seperti Facebook, Google, Whatsapp, Instagram, Microsoft dan lain-lain lagi.

Kau boikot la semua tu kalau tu alasan kau untuk boikot McD. Faham?

Disebabkan boikot membuta tuli, kebanyakan orang rakyat kita Malaysia sendiri kehilangan kerja terutama warga OKU yang banyak kerja di McD. Rider fulltime pun kurang job.

boikot mcd

“Saya Izuan, saya seorang OKU berasal dari Kelantan. Saya bermula bekerja di Mcdonald’s pada awal tahun 2023 sepenuh masa demi menyara kelaurga. Bila berlaku boikot di Mcdonalds, saya amat terkesan. Bukan mudah untuk majikan lain terima orang OKU seperti saya. Saya berharap semoga boikot tidak berterusan dan saya boleh bekerja seperti biasa lagi. Kasihanilah kami jangan boikot kami”- katanya dengan menggunakan bahasa isyarat.

– Pekerja OKU McD

Bukan rakyat Israel yang hilang kerja. Anak melayu yang hilang kerja.

Syarikat McD Malaysia pun dah buat Press Conference yang mengatakan mereka tidak sokong Israel dan siap bagi sumbangan pada rakyat Palestine. Jangan salahkan bagi royalti. Itu memang dah jenis perniagaan.

Tidak cukup dengan tu, McD dah bayar berjuta-juta zakat setiap tahun untuk bantu rakyat Malaysia yang miskin.

boikot mcd

Yang terbaru, Mufti Penang dah keluarkan kenyataan tak perlu nak boikot McD. Tapi bila dah jadi pentaksub boikot, Mufti pun mereka sanggup maki.

Akhir kata, buang rokok dan vape dulu kat mulut tu baru sembang pasal boikot.

Faiz Alias – Blogger

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top