Mungkin korang masuk ke sini sebab nak pergi temuduga sebagai Penolong Pegawai Perubatan kan? Atau mungkin korang nak tahu pengalaman bagaimana masa temuduga.
Baik.
Aku akan share dengan korang tentang pengalaman aku ni supaya korang serba sedikit dapat gambaran masa temuduga tu. Nanti boleh baca juga tips temuduga Penolong Pegawai Perubatan.
Sebelum tu aku beritahu sikit pasal kerjaya sebagai seorang Penolong Pegawai Perubatan sebab mungkin ramai yang tidak tahu pasal kerjaya ni. Masa isi jawatan korang main isi je kan? Asalkan bunyi "Perubatan" korang terus pilih.
Penolong Pegawai Perubatan
Jangan malu-malu nak mengaku. Sama juga dengan aku dulu pun.
Haha...
Kebanyakkan orang kampung akan panggil dressar. Kalau moden sikit Medical Assistant (MA). Tapi nama rasmi bagi jawatan ni adalah Penolong Pegawai Perubatan yang dikenali sebelum ni sebagai Pembantu Perubatan.
Korang kena faham kerjaya ni melalui namanya. Nama pun Penolong Pegawai Perubatan maksudnya kerja kita adalah menjadi "kaki dan tangan" bagi seorang Pegawai Perubatan.
Pegawai Perubatan tu siapa pula?
Pegawai Perubatan tu Doktor la. Jadi kerja ni kita akan bantu Doktor.
Untuk jawat jawatan ni, kita hanya perlu belajar dalam Diploma je. Kalau lepas qualify nanti ataupun sudah kerja, barulah korang boleh sambung Ijazah kalau korang berminat nak sambung.
Bagi aku kerja ni bagus siapa yang betul-betul minat dalam medikal sebab memang kita akan belajar hal-hal perubatan cuma ia tidak mendalam seperti doktor.
Antara skop kerja MA adalah menjahit luka-luka kecil, memberi rawatan awal, ketua bagi pasukan ambulan dan banyak lagi sebenarnya.
Baiklah, itu saja yang aku dapat huraikan mengenai Penolong Pegawai Perubatan ni. Kalau nak tahu lebih lanjut nanti aku akan huraikan pada tajuk yang lebih spesifik bagi jawatan ni.
Pengalaman Temuduga Penolong Pegawai Perubatan
Aku sebenarnya dah lupa dan dah tak perasan pun yang aku ni pernah isi jawatan ni suatu ketika dulu. Tiba-tiba aku dapat satu email yang aku ni dipanggil untuk temuduga sedangkan pada masa tu aku berada di semester 2 peringkat Ijazah.
Bila aku ingat balik. Barulah aku perasan yang aku pernah isi jawatan ni masa aku lepas habis SPM 2009 dan pada tahun 2013 barulah aku dipanggil untuk temuduga.
Jadi, memang aku tak ingat dah la yang aku dah pernah isi jawatan ni melalui SPA8 dulu. Lagipun, pada masa aku mohon tu, aku hanya ikut-ikut kawan je.
Kalau korang tengok gambar di atas ni, inilah email yang aku dapat dari pihak SPA untuk temuduga.
Kebetulan pada tarikh tersebut adalah tarikh peperiksaan akhir bagi semester 2. Namun aku gagahkan juga untuk mencuba nasib dan tinggal exam.
Tempat temuduga aku pada masa tu adalah di Makmal Kesihatan Awam Kota Baharu. Aku pula dari Tanah Merah. Jaraknya lebih kurang 40 kilometer dan mengambil masa lebih kurang 45 minit. Jadi, pada hari tersebut, aku terpaksa bangun awal pagi supaya sampai ke sana sebelum pukul 8 pagi.
Pada malam sebelum tu, jangan dicerita la. Aku memang buat persiapan habis kaw-kaw sebab inilah kali pertama pengalaman dan terakhir aku di temuduga.
Tapi nasiblah aku masa kat Matrikulasi dulu, aku dah pernah belajar cara-cara nak interview ni. So, tak ada lah jadi kekok sangat bila ni pertama kali aku dipanggil untuk temuduga.
Haaa...
Aku tak nak cerita tips temuduga di sini secara detail nanti panjang pula jadinya. Aku beritahu secara ringkas je. Untuk detail tips temuduga pasal ni korang boleh baca pada tips temuduga Penolong Pegawai Perubatan.
Antara persiapan dan pembacaan yang aku baca adalah;
Hal mengenai negara (benda asas)
Hal mengenai kesihatan/penyakit terkini
Hal isu semasa
Skop kerja MA
Yes, secara umum itu yang aku baca.
Lepas dalam sebulan lebih macam tu, aku terima pula email sekali lagi yang aku lulus dengan jayanya untuk termuduga tersebut.
Jadi, aku hanya perlu tunggu surat rasmi keluar untuk lapor diri sebagai pelajar Penolong Pembantu Perubatan dalam peringkat Diploma.
Inilah pengalaman aku dipanggil temuduga sebagai seorang Penolong Pegawai Perubatan.
Saja aku share cerita ni kat korang. Mungkin pengalaman aku ni korang boleh gambaran serba sedikit perjalanan dan proses temuduga tu.
Kalau ada nak tanya aku apa-apa pasal temuduga ni, boleh tinggalkan komen dibawah ni.
Di bawah ni aku ada sediakan satu video pasal kerjaya ni dan juga pengalaman aku masa temuduga. Boleh tengok di bawah.
Nak tips temuduga Penolong Pegawai Perubatan? Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kepada korang yang terpilih dalam temuduga untuk jawatan Penolong Pegawai Perubatan. Bukan mudah ok.
Ingat! Ini baru temuduga. Belum tahu lagi lulus ataupun tidak. Tapi kaki korang dah selangkah dalam memasuki sebagai penjawat awam.
Klik Untuk Lihat Isi Kandungan
Pengenalan Ringkas Tentang Penolong Pegawai Perubatan
Penolong Pegawai Perubatan (PPP), juga dikenali sebagai Medical Assistant (MA), memainkan peranan penting dalam menyokong doktor dan memastikan perkhidmatan kesihatan di hospital dan klinik berjalan lancar. Mereka terlibat dalam pelbagai tugas klinikal seperti membuat pemeriksaan awal terhadap pesakit, memberikan rawatan kecemasan, serta menjalankan prosedur tertentu di bawah pemantauan pegawai perubatan.
Temuduga bagi jawatan ini biasanya dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan memerlukan calon menunjukkan pengetahuan mendalam, kemahiran komunikasi yang baik serta etika kerja yang tinggi.
Tapi korang kena tahu bila dah terpilih dalam temuduga ni bermaksud korang ni memang dah layak menjawat jawatan ni tapi terpaksa dahulu lalui proses tapisan dengan temuduga.
Jadi di sini, dalam proses temuduga nilah korang perlu buat sebaik mungkin agar korang lulus dalam temuduga ni dan seterusnya dapat menjawat jawatan MA ni.
Sebelum kita pergi kepada tips temuduga, di sini aku nak ceritakan serba sedikit mengenai jawatan Penolong Pegawai Perubatan ni sebab masih ramai yang tak tahu pasal skop kerjaya dan yang paling sadis tak pernah tahu pun wujudnya jawatan ni.
Untuk jawatan ni ada banyak gelaran. Antaranya adalah dressar, Medical Asistant (MA), Hospital Asistant (HA), dan pembantu perubatan. Namun, nama rasmi sebenar adalah Penolong Pegawai Perubatan atau ringkasannya adalah MA.
Skop kerja sebagai MA ni bergantung di mana ia bekerja. Untuk pengetahuan korang, MA ni ada banyak tempat posting dan ia bukan merangkumi klinik dan hospital saja.
Sebagai contoh aku ambil klinik 1 Malaysia di mana akan ada maksimum 2 orang MA yang akan bertugas di sini namun doktor tidak ada di sini.
Jadi, MA yang menjaga klinik 1 Malaysia ni akan berperanan utuk merawat pesakit dan mengurus segala hal-hal klinik termasuk ubat-ubatan.
Contoh lagi aku ambil di penjara. Untuk pengetahun korang, di penjara akan ada satu klinik untuk banduan. Jadi yang merawat pesakit di klinik penjara adalah kerja seorang Penolong Pegawai Perubatan. Namun di penjara kini sudah ada doktor dan Penolong Pegawai Farmasi untuk mengurangkan beban MA.
Contoh terakhir adalah di dewan bedah dimana kalau korang bertugas di dewan bedah, MA lah yang akan jadi pembantu paling kanan bagi pihak doktor. Korang perlu hafal semua jenis item yang ada kat dewan bedah tu sebab nanti MA lah yang akan assist doktor semasa pembedahan.
Berat ke kerja Penolong Pegawai Perubatan ni?
Jadi itulah kerja korang nanti kalau dah lulus dalam temuduga tu.
Tips Temuduga Penolong Pegawai Perubatan
Sebenarnya tips temuduga yang bakal aku kongsikan ni bukan saja boleh digunakan untuk jawatan ni saja tapi apa-apa saja temuduga yang korang hadiri biasanya format temuduga tu lebih kurang je.
Tapi untuk tips temuduga ni aku cuma khususkan pada jawatan Penolong Pegawai Perubatan sebab aku dah pernah ada pengalaman ni dan lulus dengan jayanya.
Apa tips temuduga aku sehingga lulus dengan jayanya walaupun ni adalah kali pertama aku ditemuduga?
1. Persediaan Awal Sebelum Hari Temuduga
Untuk berjaya dalam temuduga ni, korang perlu awal dalam semua benda. Pada malam sebelum temuduga tu, korang perlu sediakan dokumen dan alat tulis untuk temuduga.
Alat tulis juga perlu sebab nanti akan ada beberapa soalan yang perlu jawab dengan menulis. Tapi sekarang ni aku tak pasti masih ada lagi ke tak soalan bertulis tu sebab masa aku tahun 2013 memang ada.
Dokumen tu korang kena letak tempat yang mudah nampak. Contohnya atas meja ruang tamu dan sebagainya. Jangan cuba selit celah-celah buku di rak sebab nanti bila korang nak ambil keesokkan pagi takut lupa.
Bila jadi hal macam ni korang akan gelabah dan emosi ni sangat tak bagus untuk korang yang nak pergi temuduga nanti.
2. Persediaan Mental
Untuk persediaan mental di sini maksudnya korang perlu bersedia dengan bakal soalan yang ditanya.
Jadi sini aku nak beritahu sikit apa yang korang perlu baca sebab ini antara soalan yang ditanya dalam temuduga tu nanti.
Baca mengenai hal negara kita secara asas seperti siapa Perdana Menteri Malaysia yang ketiga, rukun negara dan sebagainya.
Perlu tahu dan ambil cakna mengenai penyakit yang terbaru yang melanda Malaysia atau mungkin dunia sekarang ni serta kena tahu juga cara-cara nak mencegah dan mengubatinya.
Baca skop dan tugas sebagai Penolong Pegawai Perubatan. Pada awal artikel ni aku ada berikan sedikit skop-skop dan pengenalan tentang jawatan ni. Korang boleh rujuk balik di atas.
Baca serba sedikit rawatan asas pertolongan kecemasan. Tapi yang ni korang jangan risau kalau tak dapat jawab pun. Kalau dapat jawab lagi bagus dan berpeluang besar untuk lulus nanti.
Antara soalan lain yang ditanya mugkin mengenai biodata korang.
Jadi, untuk persediaan mental itu saja yang korang perlu buat.
3. Tiba Awal di Tempat Temuduga
Jarak rumah korang dengan tempat temuduga tu berapa kilometer jauhnya?
Kalau memang jauh, sila rancang untuk pergi dengan lebih awal sebab korang mesti kena tiba di tempat temuduga sebelum dari masa yang telah ditetapkan.
Korang fikirlah sendiri apa kesan jika kita tiba lewat di tempat temuduga. Tambahan lagi yang jenis darah gemuruh memang akan rasa tak senang duduk jika belum sampai di tempat temuduga dari masa yang diberitahu.
Jadi, sila rancang sebaik mungkin untuk tiba dengan lebih awal di tempat temuduga.
Kalau sampai awal dan jumpa member tak kenal tu sembang je sampai nama korang dipanggil untuk masuk bilik. Cara ni boleh buat korang lagi rilek.
Rilek je. Yang ni bukan exam.
4. Cara Pemakaian
Ini antara faktor atau penyumbang besar untuk korang lulus temuduga tu nanti.
Apa yang dilihat masa temuduga adalah cara pemakaian.
Masa temuduga tu, korang jangan la buat selekeh. Kalau korang memang selekeh pun sebelum ni, buat la berlakon sikit supaya pada hari tu nampak kemas dan smart.
Rambut kena sikat rapi, baju hendaklah baju kameja lengan panjang bergosok. Tak perlu kot atau lebih-lebih kecuali korang nak temuduga kerja korporat.
Kalaulah panel temuduga tu tengok cara pemakaian korang lekeh, awal-awal lagi mereka boleh bayang macam mana bila korang berkerja nanti.
5. Adab dan Percakapan
Ya. Benda ni juga boleh jadi faktor korang lulus ataupun tidak.
Masa nama korang dipanggil masuk, sila ketuk pintu terlebih dahulu. Berdiri sekejap depan pintu dan lihat panel sepintas lalu. Lihat mereka beragama apa. Kalau semua islam, bagi salam je. Kalau tak pasti bagi salam dan ucap selamat pagi atau petang dan terus duduk di atas kerusi yang dah disediakan. Jangan ambil masa yang lama di sini. Tak perlu tunggu mereka pelawa untuk duduk. Duduk je terus. Sebelum tu bagi dulu semua dokumen pada mereka.
Dari segi percakapan, korang cakap je apa-apa walaupun benda tu tak pasti betul ke tak. Sebenarnya sesi temuduga ni juga sebenarnya mereka nak tengok cara korang bercakap tu samaada jenis pendiam tak mahu cakap atau sebaliknya.
Jadi, itulah tips temuduga yang aku boleh kongsikan pada korang atas pengalaman aku sendiri.
Sebenarnya kalau korang nak tahu tips temuduga dengan lebih lanjut, boleh cuba dapatkan panduan kerja kerjaan ni sebab dalam tu korang akan dapat lebih banyak info berkaitan dengan temuduga untuk jawat dalam kerja kerajaan.
6. Sediakan Resume yang Kemas dan Fokus
Walaupun resume mungkin tidak dibincangkan secara terperinci semasa temuduga, tetapi ia tetap memberi kesan pertama kepada penemuduga. Pastikan resume anda:
Ringkas tetapi padat (1 hingga 2 muka surat)
Mengandungi maklumat pendidikan, pengalaman kerja dan pencapaian
Disusun dengan format yang mudah dibaca
Tiada kesalahan ejaan dan tatabahasa
7. Akhiri Temuduga Dengan Terima Kasih
Akhiri sesi temuduga dengan ucapan terima kasih dan tunjukkan semangat ingin berkhidmat. Contoh ayat:
“Terima kasih atas peluang ini. Saya berharap dapat menjadi sebahagian daripada pasukan perubatan yang berdedikasi dan menyumbang kepada kesejahteraan rakyat Malaysia.”
Ucapan akhir yang positif meninggalkan kesan yang baik kepada panel penemuduga.
Penutup
Melalui persediaan rapi, pengetahuan yang kukuh dan sikap yang positif, korang berpeluang cerah untuk berjaya dalam temuduga sebagai Penolong Pegawai Perubatan. Gunakan setiap tips dalam artikel ini sebagai panduan menyeluruh. Ingatlah bahawa kerjaya ini bukan sahaja menawarkan peluang pekerjaan, tetapi juga ruang untuk memberi khidmat kepada masyarakat secara langsung.
Soalan Lazim (FAQ) Berkaitan Tips Temuduga Penolong Pegawai Perubatan
Adakah pengalaman klinikal diperlukan untuk temuduga Penolong Pegawai Perubatan?
Tidak wajib, tetapi pengalaman klinikal atau latihan industri boleh menjadi kelebihan besar.
Apakah pakaian yang sesuai semasa menghadiri temuduga PPP?
Pakaian formal yang kemas seperti kemeja bertali leher untuk lelaki dan baju kurung untuk wanita.
Adakah temuduga dijalankan secara individu atau berkumpulan?
Kebiasaannya secara individu bersama panel penemuduga, tetapi boleh juga disusuli dengan ujian bertulis atau amali.
Perlu ke saya tahu tentang sistem kesihatan Malaysia?
Ya, sangat digalakkan untuk menunjukkan anda peka terhadap isu kesihatan awam.
Bagaimana hendak menjawab jika ditanya tentang kekuatan dan kelemahan diri?
Sebut kekuatan yang berkaitan dengan kerjaya kesihatan seperti sabar, cepat belajar, dan berdisiplin. Kelemahan pula boleh dinyatakan secara positif, contohnya: “Saya seorang perfectionist, tetapi kini saya belajar mengurus masa dengan lebih baik.”
Adakah terdapat ujian bertulis sebelum temuduga Penolong Pegawai Perubatan?
Ya, dalam sesetengah kes, calon perlu menjalani ujian bertulis terlebih dahulu, terutamanya berkaitan pengetahuan am, etika perubatan, dan asas anatomi atau fisiologi.
Apakah soalan yang berkaitan dengan etika kerja yang mungkin ditanya?
Contoh soalan: “Bagaimana anda menangani situasi jika rakan sekerja melakukan kesilapan perubatan?” atau “Apakah tindakan anda jika pesakit tidak mematuhi arahan rawatan?”
Adakah soalan dalam temuduga akan dalam Bahasa Inggeris?
Kebiasaannya temuduga dijalankan dalam Bahasa Melayu, tetapi panel juga boleh bertanyakan dalam Bahasa Inggeris bagi menilai tahap kefahaman dan penguasaan bahasa anda dalam situasi profesional.
Perlu ke saya hafal nama menteri kesihatan atau isu semasa?
Walaupun tidak wajib, tetapi pengetahuan tentang menteri kesihatan semasa, dasar kesihatan kerajaan, atau berita kesihatan terkini boleh menunjukkan anda seorang calon yang prihatin dan bermaklumat.
Adakah pengalaman sebagai sukarelawan dalam NGO kesihatan membantu?
Ya, pengalaman sebagai sukarelawan sangat digalakkan kerana ia menunjukkan anda mempunyai semangat khidmat masyarakat dan pendedahan awal terhadap dunia kesihatan.
Apa perlu dibuat jika tidak tahu menjawab soalan semasa temuduga?
Tenangkan diri dan jangan panik. Anda boleh menjawab dengan jujur seperti: “Saya mohon maaf, saya kurang pasti tentang perkara itu, tetapi saya sangat berminat untuk belajar lebih lanjut jika diberi peluang.”
Bolehkah saya bertanya soalan kepada panel semasa temuduga?
Ya, pada penghujung temuduga biasanya panel akan bertanya sama ada anda mempunyai sebarang soalan. Gunakan peluang ini untuk bertanya soalan yang menunjukkan minat dan kesungguhan anda, seperti struktur latihan, peluang kenaikan pangkat, atau sokongan profesional yang disediakan.
Apakah kesilapan biasa yang perlu dielakkan semasa temuduga?
Datang lewat ke temuduga, tidak membawa dokumen penting, menjawab terlalu pendek atau terlalu panjang, tidak membuat eye contact, gagal menunjukkan minat terhadap jawatan
Jika gagal temuduga, adakah boleh mohon semula?
Ya, anda boleh memohon semula pada sesi pengambilan seterusnya. Gunakan pengalaman temuduga pertama sebagai panduan untuk memperbaiki kelemahan.
Perlukah saya menyatakan lokasi penempatan yang saya inginkan semasa temuduga?
Jika ditanya, anda boleh menyatakan lokasi pilihan dengan sopan, tetapi perlu nyatakan bahawa anda juga bersedia berkhidmat di mana-mana lokasi yang ditetapkan.