Nak tips temuduga Penolong Pegawai Perubatan? Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kepada korang yang terpilih dalam temuduga untuk jawatan Penolong Pegawai Perubatan. Bukan mudah ok.
Ingat! Ini baru temuduga. Belum tahu lagi lulus ataupun tidak. Tapi kaki korang dah selangkah dalam memasuki sebagai penjawat awam.
Tapi korang kena tahu bila dah terpilih dalam temuduga ni bermaksud korang ni memang dah layak menjawat jawatan ni tapi terpaksa dahulu lalui proses tapisan dengan temuduga.
Jadi di sini, dalam proses temuduga nilah korang perlu buat sebaik mungkin agar korang lulus dalam temuduga ni dan seterusnya dapat menjawat jawatan MA ni.
Tapi sebelum tu, korang boleh baca terlebih dahulu pengalaman aku temuduga untuk jawatan Penolong Pegawai Perubatan ni supaya korang dapat gambaran daripada pengalaman aku tersebut.
Sebelum kita pergi kepada tips temuduga, di sini aku nak ceritakan serba sedikit mengenai jawatan Penolong Pegawai Perubatan ni sebab masih ramai yang tak tahu pasal skop kerjaya dan yang paling sadis tak pernah tahu pun wujudnya jawatan ni.
Untuk jawatan ni ada banyak gelaran. Antaranya adalah dressar, Medical Asistant (MA), Hospital Asistant (HA), dan pembantu perubatan. Namun, nama rasmi sebenar adalah Penolong Pegawai Perubatan atau ringkasannya adalah MA.
Skop kerja sebagai MA ni bergantung di mana ia bekerja. Untuk pengetahuan korang, MA ni ada banyak tempat posting dan ia bukan merangkumi klinik dan hospital saja.
Sebagai contoh aku ambil klinik 1 Malaysia di mana akan ada maksimum 2 orang MA yang akan bertugas di sini namun doktor tidak ada di sini.
Jadi, MA yang menjaga klinik 1 Malaysia ni akan berperanan utuk merawat pesakit dan mengurus segala hal-hal klinik termasuk ubat-ubatan.
Contoh lagi aku ambil di penjara. Untuk pengetahun korang, di penjara akan ada satu klinik untuk banduan. Jadi yang merawat pesakit di klinik penjara adalah kerja seorang Penolong Pegawai Perubatan. Namun di penjara kini sudah ada doktor dan Penolong Pegawai Farmasi untuk mengurangkan beban MA.
Contoh terakhir adalah di dewan bedah dimana kalau korang bertugas di dewan bedah, MA lah yang akan jadi pembantu paling kanan bagi pihak doktor. Korang perlu hafal semua jenis item yang ada kat dewan bedah tu sebab nanti MA lah yang akan assist doktor semasa pembedahan.
Berat ke kerja Penolong Pegawai Perubatan ni?
Jadi itulah kerja korang nanti kalau dah lulus dalam temuduga tu.
Tips Temuduga Penolong Pegawai Perubatan
Sebenarnya tips temuduga yang bakal aku kongsikan ni bukan saja boleh digunakan untuk jawatan ni saja tapi apa-apa saja temuduga yang korang hadiri biasanya format temuduga tu lebih kurang je.
Tapi untuk tips temuduga ni aku cuma khususkan pada jawatan Penolong Pegawai Perubatan sebab aku dah pernah ada pengalaman ni dan lulus dengan jayanya.
Apa tips temuduga aku sehingga lulus dengan jayanya walaupun ni adalah kali pertama aku ditemuduga?
Tips #1 Persediaan Awal Sebelum Hari Temuduga
Untuk berjaya dalam temuduga ni, korang perlu awal dalam semua benda. Pada malam sebelum temuduga tu, korang perlu sediakan dokumen dan alat tulis untuk temuduga.
Alat tulis juga perlu sebab nanti akan ada beberapa soalan yang perlu jawab dengan menulis. Tapi sekarang ni aku tak pasti masih ada lagi ke tak soalan bertulis tu sebab masa aku tahun 2013 memang ada.
Dokumen tu korang kena letak tempat yang mudah nampak. Contohnya atas meja ruang tamu dan sebagainya. Jangan cuba selit celah-celah buku di rak sebab nanti bila korang nak ambil keesokkan pagi takut lupa.
Bila jadi hal macam ni korang akan gelabah dan emosi ni sangat tak bagus utuk korang yang nak pergi temuduga nanti.
Tips #2 Persediaan Mental
Untuk persediaan mental di sini maksudnya korang perlu bersedia dengan bakal soalan yang ditanya.
Jadi sini aku nak beritahu sikit apa yang korang perlu baca sebab ini antara soalan yang ditanya dalam temuduga tu nanti.
- Baca mengenai hal negara kita secara asas seperti siapa Perdana Menteri Malaysia yang ketiga, rukun negara dan sebagainya.
- Perlu tahu dan ambil cakna mengenai penyakit yang terbaru yang melanda Malaysia atau mungkin dunia sekarang ni serta kena tahu juga cara-cara nak mencegah dan mengubatinya.
- Baca skop dan tugas sebagai Penolong Pegawai Perubatan. Pada awal artikel ni aku ada berikan sedikit skop-skop dan pengenalan tentang jawatan ni. Korang boleh rujuk balik di atas.
- Baca serba sedikit rawatan asas pertolongan kecemasan. Tapi yang ni korang jangan risau kalau tak dapat jawab pun. Kalau dapat jawab lagi bagus dan berpeluang besar untuk lulus nanti.
Antara soalan lain yang ditanya mugkin mengenai biodata korang.
Jadi, untuk persediaan mental itu saja yang korang perlu buat.
Tips #3 Tiba Awal di Tempat Temuduga
Jarak rumah korang dengan tempat temuduga tu berapa kilometer jauhnya?
Kalau memang jauh, sila rancang untuk pergi dengan lebih awal sebab korang mesti kena tiba di tempat temuduga sebelum dari masa yang telah ditetapkan.
Korang fikirlah sendiri apa kesan jika kita tiba lewat di tempat temuduga. Tambahan lagi yang jenis darah gemuruh memang akan rasa tak senang duduk jika belum sampai di tempat temuduga dari masa yang diberitahu.
Jadi, sila rancang sebaik mungkin untuk tiba dengan lebih awal di tempat temuduga.
Kalau sampai awal dan jumpa member tak kenal tu sembang je sampai nama korang dipanggil untuk masuk bilik. Cara ni boleh buat korang lagi rilek.
Rilek je. Yang ni bukan exam.
Tips #4 Cara Pemakaian
Ini antara faktor atau penyumbang besar untuk korang lulus temuduga tu nanti.
Apa yang dilihat masa temuduga adalah cara pemakaian.
Masa temuduga tu, korang jangan la buat selekeh. Kalau korang memang selekeh pun sebelum ni, buat la berlakon sikit supaya pada hari tu nampak kemas dan smart.
Rambut kena sikat rapi, baju hendaklah baju kameja lengan panjang bergosok. Tak perlu kot atau lebih-lebih kecuali korang nak temuduga kerja korporat.
Kalaulah panel temuduga tu tengok cara pemakaian korang lekeh, awal-awal lagi mereka boleh bayang macam mana bila korang berkerja nanti.
Tips #5 Adab dan Percakapan
Ya. Benda ni jadi faktor korang lulus ataupun tidak.
Masa nama korang dipanggil masuk, sila ketik pintu terlebih dahulu. Berdiri sekejap depan pintu dan lihat panel sepintas lalu. Lihat mereka beragama apa. Kalau semua islam, bagi salam je. Kalau tak pasti bagi salam dan ucap selamat pagi atau petang dan terus duduk di atas kerusi yang dah disediakan. Jangan ambil masa yang lama di sini. Tak perlu tunggu mereka pelawa untuk duduk. Duduk je terus. Sebelum tu bagi dulu semua dokumen pada mereka.
Dari segi percakapan, korang cakap je apa-apa walaupun benda tu tak pasti betul ke tak. Sebenarnya sesi temuduga ni juga sebenarnya mereka nak tengok cara korang bercakap tu samaada jenis pendiam tak mahu cakap atau sebaliknya.
Jadi, itulah tips temuduga yang aku boleh kongsikan pada korang atas pengalaman aku sendiri.
Sebenarnya kalau korang nak tahu tips temuduga dengan lebih lanjut, boleh cuba dapatkan panduan kerja kerjaan ni sebab dalam tu korang akan dapat lebih banyak info berkaitan dengan temuduga untuk jawat dalam kerja kerajaan.
Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!
Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.
Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.