Pengalaman Temuduga Penolong Pegawai Perubatan

Kali ni aku nak share story sikit dengan korang semua pengalaman aku pergi temuduga sebagai Penolong Pegawai Perubatan.

Mungkin korang masuk ke sini sebab nak pergi temuduga sebagai Penolong Pegawai Perubatan kan? Atau mungkin korang nak tahu pengalaman bagaimana masa temuduga.

Baik.

Aku akan share dengan korang tentang pengalaman aku ni supaya korang serba sedikit dapat gambaran masa temuduga tu. Nanti boleh baca juga tips temuduga Penolong Pegawai Perubatan.

Sebelum tu aku beritahu sikit pasal kerjaya sebagai seorang Penolong Pegawai Perubatan sebab mungkin ramai yang tidak tahu pasal kerjaya ni. Masa isi jawatan korang main isi je kan? Asalkan bunyi “Perubatan” korang terus pilih.

pengalaman temuduga
Penolong Pegawai Perubatan

Jangan malu-malu nak mengaku. Sama juga dengan aku dulu pun.

Haha…

Kebanyakkan orang kampung akan panggil dressar. Kalau moden sikit Medical Assistant (MA). Tapi nama rasmi bagi jawatan ni adalah Penolong Pegawai Perubatan yang dikenali sebelum ni sebagai Pembantu Perubatan.

Korang kena faham kerjaya ni melalui namanya. Nama pun Penolong Pegawai Perubatan maksudnya kerja kita adalah menjadi “kaki dan tangan” bagi seorang Pegawai Perubatan.

Pegawai Perubatan tu siapa pula?

Pegawai Perubatan tu Doktor la. Jadi kerja ni kita akan bantu Doktor.

Untuk jawat jawatan ni, kita hanya perlu belajar dalam Diploma je. Kalau lepas qualify nanti ataupun sudah kerja, barulah korang boleh sambung Ijazah kalau korang berminat nak sambung.

Bagi aku kerja ni bagus siapa yang betul-betul minat dalam medikal sebab memang kita akan belajar hal-hal perubatan cuma ia tidak mendalam seperti doktor.

Antara skop kerja MA adalah menjahit luka-luka kecil, memberi rawatan awal, ketua bagi pasukan ambulan dan banyak lagi sebenarnya.

Baiklah, itu saja yang aku dapat huraikan mengenai Penolong Pegawai Perubatan ni. Kalau nak tahu lebih lanjut nanti aku akan huraikan pada tajuk yang lebih spesifik bagi jawatan ni.

Pengalaman Temuduga Penolong Pegawai Perubatan

pengalaman temuduga

Aku sebenarnya dah lupa dan dah tak perasan pun yang aku ni pernah isi jawatan ni suatu ketika dulu. Tiba-tiba aku dapat satu email yang aku ni dipanggil untuk temuduga sedangkan pada masa tu aku berada di semester 2 peringkat Ijazah.

Bila aku ingat balik. Barulah aku perasan yang aku pernah isi jawatan ni masa aku lepas habis SPM 2009 dan pada tahun 2013 barulah aku dipanggil untuk temuduga.

Jadi, memang aku tak ingat dah la yang aku dah pernah isi jawatan ni melalui SPA8 dulu. Lagipun, pada masa aku mohon tu, aku hanya ikut-ikut kawan je.

pengalaman temuduga

Kalau korang tengok gambar di atas ni, inilah email yang aku dapat dari pihak SPA untuk temuduga.

Kebetulan pada tarikh tersebut adalah tarikh peperiksaan akhir bagi semester 2. Namun aku gagahkan juga untuk mencuba nasib dan tinggal exam.

Tempat temuduga aku pada masa tu adalah di Makmal Kesihatan Awam Kota Baharu. Aku pula dari Tanah Merah. Jaraknya lebih kurang 40 kilometer dan mengambil masa lebih kurang 45 minit. Jadi, pada hari tersebut, aku terpaksa bangun awal pagi supaya sampai ke sana sebelum pukul 8 pagi.

pengalaman temuduga

Pada malam sebelum tu, jangan dicerita la. Aku memang buat persiapan habis kaw-kaw sebab inilah kali pertama pengalaman dan terakhir aku di temuduga.

Tapi nasiblah aku masa kat Matrikulasi dulu, aku dah pernah belajar cara-cara nak interview ni. So, tak ada lah jadi kekok sangat bila ni pertama kali aku dipanggil untuk temuduga.

Haaa…

Aku tak nak cerita tips temuduga di sini secara detail nanti panjang pula jadinya. Aku beritahu secara ringkas je. Untuk detail tips temuduga pasal ni korang boleh baca pada tips temuduga Penolong Pegawai Perubatan.

Antara persiapan dan pembacaan yang aku baca adalah;

  1. Hal mengenai negara (benda asas)
  2. Hal mengenai kesihatan/penyakit terkini
  3. Hal isu semasa
  4. Skop kerja MA

Yes, secara umum itu yang aku baca.

Lepas dalam sebulan lebih macam tu, aku terima pula email sekali lagi yang aku lulus dengan jayanya untuk termuduga tersebut.

pengalaman temuduga

Jadi, aku hanya perlu tunggu surat rasmi keluar untuk lapor diri sebagai pelajar Penolong Pembantu Perubatan dalam peringkat Diploma.

Inilah pengalaman aku dipanggil temuduga sebagai seorang Penolong Pegawai Perubatan.

Saja aku share cerita ni kat korang. Mungkin pengalaman aku ni korang boleh gambaran serba sedikit perjalanan dan proses temuduga tu.

Kalau ada nak tanya aku apa-apa pasal temuduga ni, boleh tinggalkan komen dibawah ni.

Di bawah ni aku ada sediakan satu video pasal kerjaya ni dan juga pengalaman aku masa temuduga. Boleh tengok di bawah.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

33 thoughts on “Pengalaman Temuduga Penolong Pegawai Perubatan”

Leave a Comment

Scroll to Top