013-9346624 (Whatsapp Only)
Kerana Vaksin Covid 19 Kita Berpecah Belah

Kerana Vaksin Covid 19 Kita Berpecah Belah

Kali ni rasa terpanggil pula nak tulis sedikit coretan mengenai isu, SOP dan vaksin Covid 19 setelah berlaku beberapa perkara yang tidak sepatutnya berlaku depan mata aku.

Ya. Benda yang berlaku depan mata aku ni buatkan aku rasa membuak-buak nak marah pada masa tu juga.

Tapi sabar.

Aku diajar bersikap profesional dan aku nak luahkan melalui penulisan ni.

Sebelum aku lanjutkan coretan yang merapu tapi penuh untuk korang berfikir secara rasional, di sini aku nafikan yang aku ni geng antivaksin.

Siapa kata aku ni antivaksin? Aku tak terpengaruh pun dengan antivaksin tegar. Mentol boleh menyala, besi boleh melekat, 5g, 8g activate.

Itu semua mengarut!

Aku ulang sekali lagi, itu semua mengarut! Aku pun anti yang jenis antivaksin merapu macam ni. Nak jadi antivaksin pun biarlah berilmu sikit. Bukan main bedal je share benda mengarut.

Sia-sia la aku belajar perubatan kalau aku antivaksin.

Tapi terus terang aku beritahu di sini, aku hanya skeptikal dengan vaksin Covid 19 je.

Ada la beberapa sebab tu. Tapi tak semestinya aku tolak terus vaksin covid 19 ni.

Ok, cukup situ je korang perlu tahu.

Kang cerita lebih-lebih lain jadinya.

Baik.

Sekarang kita dah tak panggil lagi dah Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) tapi kita dah dikenali pula sebagai PPN iaitu Pelan Pemulihan Negara.

Tak kisah la nama apa pun.

Mereka nak tukar setiap hari pun aku peduli apa. Dah memang kucar kacir dari dulu lagi.

Pelan Pemulihan Negara ni ada empat fasa dan setahu aku kebanyakkan negeri sekarang ni dah masuk ke fasa 2-3.

Contohnya negeri Kelantan dah masuk ke fasa-2 semasa artikel ni ditulis.

Dalam fasa kedua ni banyak SOP yang bagi pandangan aku begitu mengarut. Itu bahasa paling lembut. Bahasa paling kasar biar aku sorang je tahu.

Antaranya yang paling mengarut bagi aku adalah sesiapa nak masuk pasar raya, berkhelah ataupun aktiviti di tempat awam sekarang ni, wajib lengkap vaksin dua dose terlebih dahulu.

Dulu sebelum ada vaksin boleh pula ke tempat awam walaupun tak lengkap vaksin.

Bukan ke dulu vaksin ni satu pilihan sendiri bukan paksaan.

Tapi sekarang ni dah jadi paksaan secara halus.

Kedai gunting rambut di Kelantan pun dah ada amalkan wajib vaksin dua dos dulu barulah boleh masuk.

Dasar-dasar macam ni yang membuatkan aku benci pada vaksin covid-19 kerana membeza-bezakan kelebihan antara yang dah vaksin dan yang belum vaksin.

Elok-elok aku terima dengan baik vaksin Covid-19 ni tapi sekarang buat aku jadi benci sebab benda-benda macam ni.

Kecewa Dengan SOP

Ni cerita berlaku depan mata aku sendiri yang aku rasa sangat kecewa dengan SOP sekarang ni.

Masa aku nak masuk dalam sebuah pasar raya di Kelantan ni, ada la seorang pekerja di sana jadi tukang semak telefon setiap pelanggan untuk tengok MySejahtera samaada dah divaksin atau belum.

Sorang demi sorang dia semak. Dahla bazir masa sebab nak beratur lagi.

Tiba giliran pakcik ni bila nak semak phone, phone dia terlupa bawa.

Apa lagi.

Terus disekat dari masuk pasar raya sebab mereka nak juga tengok Mysejahtera.

Walaupun dah diterangkan oleh pakcik tu dia dah terima dua dos vaksin, tetap juga tak boleh masuk.

Tak ke benda ni dilihat satu kebodohan dalam masayarakat kita?

Aku faham perasaan pakcik tu.

Kita tak tahu dia datang dari mana. Benda keperluan penting apa dia nak beli pada waktu tu.

Disebabkan aku nak menyebelahi pakcik tu, aku pun turut angkat kaki juga tak masuk dalam pasar raya tu sebab darah aku rasa menyirap je time tu.

Kemudian, esokkan aku try pergi ke pasar raya yang sama dan cuba berlakon aku tertinggal fon. Sebabnya aku ada satu soalan nak tanya dekat tukang semak phone tu.

Tiba giliran aku, aku cakap phone tertinggal kat rumah tengah cas. Phone habis bateri.

Terus dia cakap kat aku tak boleh masuk.

Terus aku tanya dia satu soalan.

Kalau yang miskin tiada smartfon? Tak boleh masuk la?

Jawabnya ringkas “Ya”

Maksudnya di sini siapa nak masuk pasar raya sekarang ni wajib ada smartfon. Korang yang miskin tak ada smartfon tu kena beli satu smartfon sebab nanti tak boleh nak masuk pasar raya.

Phone tertinggal kat rumah ataupun phone habis bateri, korang juga tak boleh nak masuk pasar raya.

SOP apa benda ni?

Mana la wahai pemimpin-pemimpinku yang cerdik pandai.

Time belum ada vaksin tak pun nak sekat macam ni. Time dah ada vaksin nak sekat pula dan hanya benarkan lengkap vaksin saja boleh masuk.

Kenapa sesuatu SOP semakin menekan rakyat dan buat paksaan secara halus untuk ambil vaksin Covid-19 ni.

Nak kata ikut SOP, kes tak turun-turun juga tempoh hari.

Makin meningkat ada la.

Raya puasa, raya haji tahun ni semua tak balik tempoh hari. Kubur pun tak boleh ziarah.

Kes meningkat juga.

Kalau diberi peluang balik beraya tempoh hari mesti mereka salahkan sebab balik kampung.

So, apa lagi alasan nak diberi bila kes meningkat macam ni?

Vaksin Covid 19

Kerajaan Malaysia menyasarkan sebanyak 80% untuk rakyat Malaysia divaksin. Tapi sampai sekarang aku belum dapat info tepat samaada 80% ni hanya orang dewasa berumur 21 tahun dan keatas sahaja atau termasuk dengan semua kanak-kanak.

Jika ada sesiapa yang tahu tentang info pasal ni, nanti tolong share di ruangan komen di bawah.

Ya aku memang menyahut seruan kerajaan ni.

Namun, pada masa yang sama aku juga menyambut dengan baik dan menerima pandangan secara terbuka kepada mereka yang tidak mahu ambil vaksin Covid-19 ni.

Maksudnya di sini, aku bersifat terbuka. Siapa nak ambil, silakan. Siapa yang tak nak ambil pun silakan.

Tapi apa yang aku sedihnya, yang dah ambil vaksin dengan lengkap menganjing pada yang belum divaksin dan sebagainya.

Korang mendabik dada kononnya dah divaksin bebas kesana sini. Dine in, masuk pasar raya, boleh tengok wayang.

Lepas kerajaan umum boleh keluar, masing-masing keluar macam kambing terlepas kandang.

Tu je ke tujuan korang ambil vaksin?

Kalau korang tunjuk sombong macam tu lepas vaksin, Allah nak tarik sesuatu tu kejap je. Mana tahu yang tak divaksin ni lagi kebal Covid dari yang dah divaksin.

Mana sifat hormat menghormati sesama kita?

Disebabkan pandangan berbeza tentang vaksin Covid-19 kita semua jadi bodoh dan berpecah belah.

Korang tahu tak berapa ramai yang daftar vaksin covid tapi tak boleh nak ambil vaksin sebab masalah faktor kesihatan, tapi SOP yang dibuat menghukum semua yang belum divaksin sehingga menyukarkan seseorang untuk buat urusan-urusan penting.

Adil ke macam ni?

Cuba tanya pada mereka yang daftar vaksin tapi belum layak nak cucuk vaksin.

Tapi bila nak pergi mana-mana tak boleh. Disekat.

Sedih dengan keadaan sekarang.

Aku harap benda ni bersifat sementara dan tidak terbawa-bawa bila Covid-19 ni diumumkan sebagai Endemik nanti.

Mereka tak nak ambil vaksin itu hak mereka.

Hormat.

Mungkin ada sebab tersendiri mereka tak nak vaksin.

Mungkin dah ada antara ahli keluarga yang kena efek teruk lepas vaksin sampai ada yang meninggal.

Takkan kita still nak paksa orang tu untuk divaksin.

Malaysia Nak Kejar Apa Sebenarnya?

Betapa bangganya Malaysia bila pernah jadi antara penerima vaksin harian tertinggi di dunia.

Serius aku tak faham apa faedah sebenarnya nak banggakan benda-benda macam ni.

Perlu ke dapat pengiktirafan benda-benda macam ni time pandemik ni?

Time pandemik macam ni tak perlu nak iktiraf apa-apa kot.

Ni bukan pertandingan.

Dulu pun Malaysia pernah di iktiraf oleh WHO antara negara terbaik yang berjaya mengawal Covid. Ramainya yang rasa bangga masa tu. Mendabik dada dan membandingkan dengan negara Indonesia yang mana kes makin meningkat masa tu di Indonesia.

Disebabkan korang mendabik dada time tu, negara kita diserang kembali Covid-19.

Sorang tu pula siap dapat anugerah lagi konon-kononnya berjaya mengawal Covid-19 di Malaysia.

Serius aku tak faham apa yang nak dibanggakan sangat dan pengiktirafan ketika musim pandemik ni. Kita sama-sama berganding bahu.

Kalau benda ni dikatakan sama-sama berganding bahu, sepatutnya tiada membezakan antara sesiapa, tiada siapa yang perlu dapat anugerah kononnya berjaya mengawal Covid sebab benda ni kita saling berkerjasama.

Seolah-olah mengawal pandemik ni jadi satu pertandingan pula.

Sekarang Malaysia antara terburuk yang mengawal covid.

Tak ke kita rasa malu?

Adakah berjaya mengawal covid dan juga vaksinasi tertinggi dianggap satu pertandingan yang perlu dibanggakan dan perlu diiktiraf time Pandemik ni?

Ada sesiapa boleh jawab?

Bagi aku semua ni Useless…

Cadangan Aku

Mesti korang bosan kan aku ni asyik komplen je tak habis-habis.

Ya. Aku komplen pada SOP dan tindakkan yang kurang waras je.

Setakat pakai mask dan scan Mysejahtera aku boleh terima lagi.

Tapi bab sampai nak masuk pasar raya kena cek Mysejahtera sorang-sorang, ni adalah satu tindakkan yang paling bodoh aku pernah tengok.

Kenapa?

Nak tengok dah vaksin ke belum?

Kalau tak ambil vaksin senang nak halau.

So, apa cadangan aku?

Sekarang ni kita dah ada vaksin Covid-19.

Jadi buat apa lagi kita nak sekat seperti belum ada vaksin?

Kata vaksin ni adalah satu ikhtiar untuk keluar.

Jika tak sampai bila nak habis benda ni kalau dah ada ikhtiar pun korang still macam ni.

Bila disebuat ikhtiar dengan benda lain masing-masing sombong tak nak dengar. Nak juga ikhtiar dengan vaksin saja.

Heran sungguh aku.

Sepatutnya, kerajaan patut sahut seruan kedua-dua ikhtiar ni iaitu dengan vaksin dan juga secara tradisional ataupun mengamalkan makanan-makanan sunnah. Lain la kalau vaksin ni boleh halang 100%. Tak dijangkiti atau menjangkiti.

Tapi kalau still boleh terkena dan boleh berjangkit, apa kata kita terima pakai ikhtiar lain juga secara tradisional dan juga amalkan pemakanan sunnah.

Jangan bodoh sombong kita ni walaupun kita berlatar belakang perubatan.

Baik. Ini cadangan dan pandangan aku dari seorang yang pernah jaga pesakit covid, yang pernah cucuk vaksin covid pada orang, yang pernah buat swab test pada orang dan juga yang pernah bancuh sendiri vaksin covid-19.

Ini pandangan aku.

  1. Swab hanya yang bergejala sahaja sebab bila satu kampung dikutip ataupun satu daerah kena swab tanpa ada gejala, tu bermakna kerja gila. Majoriti dah vaksin kan?
  2. Jangan membezakan antara dah vaksin atau belum sedangkan yang dah vaksin pun boleh dijangkiti dan juga boleh menyebarkan virus. Cuma individu yang dah divaksin boleh kurangkan risiko teruk Covid-19 menurut WHO. Tapi perlu ingat, penerima vaksin yang dah lengkap vaksin pun still ada kematian bila positif Covid.
  3. Vaksin adalah pilihan bukannya paksaan sebab setiap pemikiran kita semua tak sama. Yang ada background medical boleh la fikir tenang vaksin. Bagi mereka yang educate benda lain macam guru, mungkin mereka persoal macam-macam. Mereka pun ada buat kajian melalui pembacaan berita-berita luar negara. Tiada kesudahan juga jika memaksa. Jadikan vaksin ni satu pilihan dan tiada membezakan antara yang sudah dicucuk atau belum
  4. Sekarang dah masuk dua tahun Covid-19. Sudah tiba masanya untuk pihak kerajaan beri pilihan sendiri pada rakyaat untuk menentukan kesihatan masing-masing.
  5. Sampai bila nak habis benda ni? Jadi aku menyokong penuh langkah kerajaan nak umumkan Covid-19 sebagai Endemik dan ini adalah satu tindakkan bijak supaya kita dapat kembali pada dunia normal.

Point Penting

Dalam panjang lebar aku tulis ni, ini point penting yang aku nak beritahu sebenarnya.

  1. Yang mana dah vaksin tu, tak perlu nak mendabik dada dan menganjing pada yang tak nak cucuk. Tak semua yang tak nak cucuk ni jenis antivaksin sebab dari pemerhatian aku yang bukan antivaksin tapi tak nak cucuk vaksin Covid sebab mereka lebih banyak membaca, mengkaji data negara lain dan sebagainya berbanding dengan korang yang jenis angguk kepala saja. Dos ketiga pun jalan tanpa bantahan.
  2. SOP semak Mysejahtera sebelum masuk dalam Mall adalah satu SOP yang paling tidak masuk akal. Andaikata seseorang tu jenis tak mampu nak beli smartfon yang boleh download Mysejahtera, takkan nak sekat juga masuk dalam pasar raya walaupun dah divaksin? Korang tak terfikir ke benda ni mengarut? Aku harap benda ni bersifat sementara.
  3. Doktor-doktor dan kakitangan KKM, jangan sombong dan gelak bila ada orang lain bersuara untuk berikhtiar dengan kaedah lain terutama yang mencadangkan dengan mengamalkan pemakanan sunnah. Setakat ni aku belum tengok dari page rasmi KKM menyentuh pemakanan sunnah untuk meningkatkan sistem immune dalam badan. Hebat sangat ke sampai kita ketepikan pemakanan sunnah ni?
  4. Perlu ke berlumba-lumba jadi negara terbaik dalam mengawal covid, negara paling banyak pemberian vaksin harian dan sebagainya? Ada sorang tu pula siap dapat anugerah konon-kononnya berjaya mengawal Covid. Disebabkan pengiktirafan tu dulu kita semua jadi leka, sombong, mendabik dada sehingga meletus gelombang kedua Covid. Aku nampak benda ni jadi macam satu perlumbaan pula untuk dapat pengiktirafan. Nak dapat pengiktirafan apa ni sebenarnya time covid ni? Kita masing-masing berganding bahu sama-sama mengawal Covid. Tak perlu nak bandingkan sesiapa. Siapa yang susah bantu.
Aku, PKP dan Covid-19 (Part 2)

Aku, PKP dan Covid-19 (Part 2)

Aku sebenarnya malas dah nak ulas dan ceritakan pasal Covid-19 ni. Tapi tu la. Lagi aku buat senyap dan tak luah apa yang aku nak luah, sakit hati tu membuak-buak.

Dulu aku pernah up status di Facebook yang aku suruh belajar hidup dengan covid ni. Tapi ramai gila yang kecam aku. So, sebab aku malas nak bertekak dan sampaikan hujah-hujah aku sendiri, aku hide dulu status tu. Sampai waktu nanti, bila kebenaran dah tiba barulah aku buka balik status tu.

Kita sama-sama saksikan, samaada benar apa yang aku beritahu bahawa kita terpaksa belajar hidup dengan covid ni atau tak.

Ko nak tunggu sampai kes 0?

Boleh pergi mimpi.

Ok gais.

Kita ni dari awal tahun 2021 lagi rasanya PKP ni bermula. Lepas tu dalam bulan 3 ada kelonggaran sikit. Tu pun hanya rentas daerah saja. Kalau siapa nak rentas negeri pula, kena mohon di balai polis untuk rentas negeri.

Aku fikirkan tahun 2021 ni ada sinar baru untuk bergerak bebas. Tapi, lagi teruk dari tahun 2020.

Geng.

Kita ni dah mula tak boleh rentas negeri sejak awal tahun lagi.

Korang boleh bayang tak kes sehari-hari sekarang dah jadi berapa?

Terkini yang terbaru 11k, 12k dan 13k.

Kebodohan apa PKP kali ni?

Kalau dah PKP ni tak menjadi, so buat apa ko nak teruskan PKP?

PKP dah tak releven dah.

Aku tak faham dengan menteri yang ada sekarang ni.

Apa yang mereka fikir sebenarnya?

Apa misi mereka?

Apa agenda mereka?

Adakah dengan benda ni semua mereka dapat melengah-lengahkan masa untuk terus dan kekal berkuasa?

Berapa ramai yang mental disebabkan PKP?

Berapa ramai yang bunuh diri disebabkan PKP?

Berapa ramai yang bercerai berai disebabkan PKP?

Korang yang perut sentiasa kenyang takkan fikir semua benda ni melainkan korang ada sifat empati dalam diri terhadap orang yang terkesan dengan PKP.

Kes yang meningkat naik aku tak kata itu jumlah yang tipu.

Mungkin jumlah tu benar berdasarkan jumlah yang di swab. Tapi, apa faedah sekarang ni sampai orang yang tak ada gejala pun ko nak buat swab?

Kalau dulu ya la. Masa awal-awal covid. Sekarang ni dah hampir dua tahun dah. Ko still nak swab yang tidak bergejala?

Berapa lama yang ko hadapi pandemik ni?

Bukan sehari dua. Dah hampir dua tahun.

Ko tengok stadium masa musim EURO hari tu. Penuh gila orang. Bukan setakat penuh. Yang tak pakai mask pun ada. Aku dah cek statistik yang divaksin setiap negara. Nak kata mereka capai vaksin penuh pun tak juga.

Cara ko nak semak statistik yang dah divaksin berapa orang, boleh taip di Google Chrome “xxxxx vaccination rate”. XXXX tu korang gantikan dengan negara mana yang ko nak tengok. Kalau Malaysia, taip Malaysia.

Malaysia ni gila swab ke apa?

Menteri-menteri yang ada.

Jika ko nak tahu jumlah kes sebenar hari tu berapa, ko kena swab semua rakyat Malaysia ni 33 juta barulah ko tahu jumlah sebenar hari tu ada berapa orang positif.

Tapi ko mampu tak nak buat swab 33 juta tu?

Kalau tak mampu, jangan buat swab secara rambang macam di Selangor sekarang ni.

Faham maksud aku kan?

Ni duk kira kes sehari-sehari.

Tu yang dah swab.

Ko belum kira yang tidak diswab atau terlepas swab.

Jadi kiraan jumlah sehari yang kita duk kira selama ni adalah tidak tepat sebab nak tahu jumlah yang tepat sebenar kena swab semua rakyat malaysia 33 juta pada hari tu. Esok lusa baru keluar result dan itulah jumlah sebenar yang positif pada hari tu.

Ntah berapa kali dah aku ulang yang ni. Aku harap korang faham apa yang aku nak sampaikan.

Pembaca-pembaca sekalian.

Untuk info korang, aku pun salah seorang frontliner di bawah KKM.

Aku pernah buat swab. Aku pernah jaga orang positif covid.

Bukan pernah la. Tapi masih sampai sekarang.

Di sini aku nak ceritakan tentang pengalaman aku buat swab.

Dulu awal-awal pandemik melanda dulu, prosedur swab boleh dikatakan sangat menjaga SOP. Glove ditukar setiap kali swab orang lain. Lepas Tukar glove, sanitize pula glove tu.

Kalau aku tanya sekarang ni, berapa ramai yang betul-betul menjaga SOP swab sekarang ni seperti dulu?

Aku malas nak hurai panjang bab ni.

Cukup sampai situ.

Aku bukan nak pertikai SOP swab sekarang ni. Cumanya, jangkitan silang mudah berlaku dan buat swab secara besar-besaran ni aku rasa dah tak relevan lagi dah.

Lagi ko korek, lagi “mengamuk” la virus tu.

Jika korang yang pernah buat swab, mungkin korang faham apa maksud aku.

Kemudian. Aku ni pun dah jaga lebih beribu orang dah yang positif covid.

Apa kejadahnya bila aku tanya setiap yang aku jaga tidak ada apa-apa sakit pun. Sedangkan positif covid. Lagi aku nak percaya Covid-19 ni sangat “bahaya”?

Serius aku kecewa dengan pengurusan covid.

Sekarang ni kalau nak ikutkan, herd immunity atau imuniti kelompok kita dah pun capai. Bukan kena kira yang divaksin saja, tapi yang pernah positif pun kita kena campur kira sebab yang mana dah vaksin dan pernah kena covid, dalam badan mereka dah pun terbina antibodi untuk covid-19 tu.

Betulkan aku jika aku silap.

Tapi aku rasa tak silap dah.

Jika korang belajar ilmu perubatan, mana-mana kuman atau virus yang belum pernah menyerang dalam badan seseorang dan tiba-tiba kena serang, secara tak langsung dalam badan kita ni akan terbina antibodi untuk virus atau kuman tersebut.

So, apa lagi yang kita nak takutkan?

Korang boleh fikir tak apa yang Malaysia nak kejar sebenarnya sekarang ni?

Isu vaksin pula.

Kenapa yang dah complete dua dose vaksin, yang still positif pun kena pergi ke PKRC?

Sepatutnya yang dah complete dua dose, tak perlulah untuk pergi ke PKRC. Kuarantin je di rumah sendiri. Lagi ko nak kumpul ramai-ramai yang positif dalam satu dewan.

Sampai bila nak habis orang dekat PKRC tu kalau yang dah cukup dua dose pun still kena pergi ke pusat kuarantin kalau positif Covid.

Ada akal tak?

Apa yang ko nak takut kalau dah cukup 2 dose?

Serius aku tak faham. Ni salah satu jadi punca orang tak mahu ambil vaksin.

Dengan tinggal anak bini kat rumah. Suami pergi ke PKRC untuk kuarantin. Sedangkan suami dah complete dua dose.

Dan satu lagi aku nak pertikai.

Sepatutnya yang dah cukup dose vaksin ni, tak perlulah untuk di swab test lagi jika tak bergejala.

Bukan nak kata aku ni bijak buat tu ni. Cuma, korang boleh fikir sendiri banyak benda yang pelik-pelik. Arahan pelik-pelik.

Aku harap apa yang dibuat ni bukanlah demi kepentingan politik atau individu.

Mungkin korang setuju atau tak setuju dengan apa yang aku tulis ni.

Aku rasa sampai sini dulu luahan dan pendapat aku mengenai PKP dan Covid-19 ni.

Pin It on Pinterest