Kali Ni Aku Terpaksa Privatekan. Ini Sebabnya…

Petang tadi sebelum berbuka puasa aku ada up satu status mengenai covid lepas aku tengok angka yang semakin menaik sekarang ni.

covid malaysia

Tapi aku terpaksa privatekan dulu buat masa ni sebab aku takut ramai yang salah faham dan tersinggung dengan kenyataan aku ni. So, aku nak jelaskan dengan lebih detail apa yang aku tulis tadi dalam blog peribadi aku ni. Jadi, sila baca dengan hati terbuka, minda yang tenang.

Apa yang aku tulis sebenarnya adalah untuk sampaikan pandangan aku sebab aku tengok benda ni lama-lama jadi kemusykilan pada diri aku.

Banyak benda yang leak. Arahan pengurusan covid yang berubah-ubah. Kejap itu, kejap ini. Kejap boleh, kejap tak boleh. Kenyataan yang dikatakan palsu tiba-tiba jadi kenyataan yang benar. Sebagai contoh consent vaksin covid. Pihak KKM pernah memalsukan satu borang consent covid yang viral di media sosial. Selang beberapa hari, borang yang sama dikatakan palsu itu adalah borang yang benar.

Takpelah. Mungkin ada miss communication antara staff-staff KKM (sepatutnya benda ni tak terjadi). Tapi ingat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Itu satu hal.

Pernah ingat lagi tak satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham dimana data tahun lepas telah dikumpulkan dan dimasukkan dalam data tahun ni.

So, bila benda-benda ni terjadi, maka hilanglah kepercayaan rakyat Malaysia walaupun dari pihak Kementerian Kesihatan sendiri.

Ok baiklah. Aku nak fokus pada status yang aku up di Facebook ni yang mana rata-rata ramai tersinggung dengan kenyataan aku ni. Seolah-olah aku ni tidak menghargai penat lelah mereka yang berjuang untuk covid ni.

Yela.

Majoritinya semua friends aku di Facebook adalah petugas-petugas kesihatan.

Ok di sini aku tunjukkan status aku tersebut.

covid malaysia

Brader-brader dan sistur-sistur sekalian.

Untuk pengetahuan korang, aku pun sebahagian daripada korang.

Aku kerja dan hanya rehat hari jumaat. Sabtu sampai Khamis akan kerja untuk swab test. Itu kalau aku rajin la. Kalau aku dah tak larat sangat aku akan ambil cuti. Aku bukan buat swab test je, tapi yang positif covid pun aku jaga juga. So aku rasa “cukup” pengalaman aku untuk sampaikan pandangan aku. Bukannya fakta. Ok?

Dalam status aku ni, aku bukan nak singgung mana-mana perasaan frontliner terutama sekali kawan-kawan aku yang kebanyakkan kerja kat Hospital.

Ya, aku tahu korang letih. Aku pun letih.

Kita sama-sama letih dalam situasi sekarang ni.

Cuba fahami ayat dalam status aku tersebut.

Bukankah ia benar?

Andai kata jika kita buat semua swab test seluruh rakyat Malaysia pada hari tersebut, confem kes melonjak pada angka yang sangat menggerunkan. Mungkin ratus ribu. Mungkin sampai angka juta-juta. Atau mungkin lebih.

Contoh macam di Perlis.

Sekarang ni pada hari ni kita lihat Perlis sudah angka “0”. Paling banyak pun angka 2 atau 3. So, rakyat Perlis sekarang korang yakin ke covid di Perlis hanya main angka tu je?

Berapa swab test yang diadakan di Perlis setiap hari?

Dan dalam status aku tersebut aku beritahu, andaikata jika dibuat swab test pada semua rakyat Perlis TANPA seorang pun dikecualikan, korang rasa ada tak dalam ribu-ribu yang lekat positif? Paling tak pun ratus-ratus.

Ya. Korang kena percaya fakta ni.

Korang pernah fikir tak, berapa ramai yang positif di luar sana tapi “terlepas pandang” swab test menyebabkan mereka hidup dan bercampur gaul dengan orang lain tanpa kuarantin. Tiada gejala, tiada simptom sikit pun. Korang pun tak kisah bertepuk-tampar sebab tak tahu pun dia positif covid. Siap boleh kongsi air botol minum lagi.

So, kalau macam tu apa guna swab test? Yang kantoi kena swab test tu sebabnya bila dah sorang dikesan positif, so, yang mana pernah contact rapat akan dicari dan wajib dikenakan swab test.

Sedangkan berapa ramai kat luar sana positif tapi masih boleh bebas bergaul dengan orang lain. Mungkin korang yang sedang baca sekarang ni ada covid dalam badan tapi disebabkan korang tak dikenakan swab test, so korang bebas bergaul dengan bebas tanpa kuarantin.

Takkan korang tak pernah baca isu swab test yang false positif/false negative. Maksudnya bila di swab test keputusan adalah positif tapi pada hakikatnya tiada pun covid dalam badan dan sebaliknya.

So?

Sampai bila kita nak hadap semua benda ni? Peratus kematian sebab covid sangat rendah (bagi sesiapa percaya mati sebab covid).

Takkan sampai satu tahap nanti bila negara dah kucar-kacir disebabkan Covid baru kita nak ignore semua ni. Kita perlu sedar dari awal. Takkan 10 tahun covid tak hilang kita masih nak hidup macam ni?

Sebab tu kesimpulan aku buat dalam status tu, tak perlu lagi dah buat swab test dan belajarlah kita hidup dengan Covid.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top