013-9346624 (Whatsapp Only)

Apa Itu Dropship? Penerangan Lengkap

by | Tutorial & Umum

Apa itu Dropship sebenarnya? | Dalam era digital yang serba moden ini, ramai individu berminat untuk menceburi bidang perniagaan atas talian. Namun, tidak semua mempunyai modal yang besar untuk memulakan sesuatu perniagaan.

Di sinilah wujudnya konsep dropship, iaitu satu model perniagaan yang tidak memerlukan simpanan stok atau penghantaran produk secara fizikal oleh penjual sendiri.

Jadi dalam artikel ini akan menghuraikan dengan lengkap dan terperinci tentang apa itu dropship, bagaimana ia berfungsi, kelebihan dan kekurangannya, serta langkah-langkah untuk mula berniaga secara dropship.

Apa itu Dropship dan Konsep Bisnes Dropship?

Apa itu Dropship
Apa itu Dropship dan Konsep Bisnes Dropship?

Dropship ni dalam bahasa mudah satu model bisnes yang mana kita tak perlu memegang produk dan uruskan penghantaran. Semuanya dilakukan oleh pembekal kita.

Tugas kita hanyalah tukang promosi saja dan bila ada jualan berlaku, kita akan hubungi pembekal kita tersebut untuk dihantar pada client kita.

Bagaimana Model Dropship Berfungsi?

Untuk memahami apa itu dropship dengan lebih mendalam, mari kita lihat bagaimana proses dropship dijalankan secara ringkas tetapi teratur:

  1. Penjual Memilih Produk Daripada Pembekal – Langkah pertama ialah memilih produk yang ingin dijual. Penjual akan berurusan dengan pembekal yang menyediakan servis dropship dan mengambil produk daripada katalog mereka.
  2. Penjual Mempromosikan Produk – Produk yang dipilih akan dimuat naik ke platform jualan seperti Shopee, Lazada, TikTok Shop, atau laman web e-dagang sendiri. Penjual perlu menetapkan harga jualan dan menarik perhatian pelanggan melalui promosi.
  3. Pelanggan Membuat Pembelian – Apabila pelanggan membuat tempahan, penjual akan menerima pembayaran dan maklumat pesanan.
  4. Penjual Menyampaikan Maklumat Kepada Pembekal – Penjual akan memaklumkan pesanan tersebut kepada pembekal dan membayar harga kos produk (biasanya lebih rendah berbanding harga jual).
  5. Pembekal Menghantar Produk Terus Kepada Pelanggan – Pembekal akan membungkus dan menghantar produk terus kepada pelanggan atas nama penjual. Pelanggan tidak tahu bahawa produk dihantar oleh pihak ketiga.

Di bawah ni saya sediakan gambar macam mana model dropship ni berlaku.

apa itu dropship
Contoh sistem dropship dalam bisnes

So, saya harap bila korang tengok gambar di atas ni akan fahamlah dengan mudah macam mana sistem dropship ni berlaku.

Secara ringkasnya flow dropship ni macam ni.

  1. Kita cari pembekal sebagai bekalan barang kita nak jual. Deal dengan mereka kata nak jadi dropship.
  2. Lepas dah dapat pembekal barang yang kita nak jual, kita list barang tersebut dalam marketplace seperti Shoppe atau Lazada. Nak post di group-group Facebook pun boleh tak ada masalah. Tapi kita sebagai penjual hendaklah sentiasa menjaga etika ketika promosi.
  3. Jika ada rezeki kita dan jualan berlaku, kita hubungi pembekal kita tu untuk hantar pada customer. Pastikan pembekal hantar barang pada client atas nama kita sendiri.

Jadi, itulah flow macam mana bisnes model dropship ni berlaku dan kepada yang tidak mempunyai modal yang mencukupi bolehlah mula dengan bisnes model dropship ni.

Cara Kira Keuntungan Bisnes Dropship

Mesti masih samar-samar kan macam mana nak kira keuntungan dari bisnes dropship ni?

Ok di sini saya akan terangkan secara detail pada korang macam mana nak kira keuntungan.

Baik saya andaikan di sini korang menjual baju dan pembekal baju pun dah jumpa.

Jadi, sebelum nak ambil pembekal tersebut sebagai sumber bekal barangan kita, cuba deal dengan mereka dahulu berapa harga minimum yang boleh mereka bagi kita jika kita nak jadi dropship mereka.

Andaikata harga yang mereka boleh bagi untuk sehelai baju adalah RM15. Bila kita buat promosi atau letak di mana-mana kedai ecommerce, kita markupkan harga siap-siap.

Sebagai contoh kita buat harga RM23 untuk baju tersebut.

Sedangkan harga baju tu dengan pembekal kita dapat RM15.

Jadi secara tak langsung di sini kita dah boleh kira untuk berapa yang kita dapat.

RM23 (harga jualan) – RM15 (harga modal) = RM8 (untung)

Jadi, keuntungan yang kita dapat adalah sebanyak RM8.

Untuk kira kos penghantaran tu korang pandai-pandai la sendiri nak hidup.

Kalau bagi free shipping pun still dapat untung dalam RM2-3 ringgit.

Jadi la kan dari tak dapat langsung.

Tips Mencari Pembekal Dropship

Walaupun model bisnes ni boleh dibuat tanpa modal, kita kena tetap berhati-hati untuk mencari pembekal dropship.

Jadi di sini saya nak kongsikan sedikit pengalaman saya macam mana nak cari pembekal dropship yang boleh dipercayai.

  1. Carilah pembekal barang yang mempunyai website sendiri. Bukannya jenis buat bisnes semata-mata bergantung pada Whatsapp dan Instagram saja.
  2. Mempunyai sistem dropship yang lancar dan memudahkan urusan kita. Seperti contoh mereka bagi kita guide step by step macam mana nak order dengan mereka sehingga berjaya hantar barang pada customer.
  3. Bukan barang pre-order. Jangan sesekali pilih pembekal dropship yang jual barang secara pre-order. Sakit kepala nanti korang nak manage.
  4. Pilih pembekal yang mudah di bawa bincang. Sebab tu sebelum deal dengan mereka, cuba sembang dulu yang kita ni minat nak bekerjasama dengan mereka. Kita tukang promote tanpa barang dan mereka uruskan jualan. Biasanya kita boleh tahu orang tu senang dibawa bincang atau tak.
  5. Elakkan memilih pembekal yang minta yuran bayaran yang tinggi untuk jadi Dropshipper mereka. Kebanyakkan yang minta macam-macam yuran ni adalah scammer.

Apa yang saya beritahu di atas ni cumalah satu panduan saja dan tak semestinya anda perlu ikut semua.

Cukup ini saja tips yang perlu anda ambil semasa nak memilih pembekal ataupun supplier supaya lebih berwaspada. Bukannya tak boleh langsung.

Ada lagi nak tambah tips, nanti boleh tolong tinggalkan komen di bawah ni.

Cara Cari Pembekal Barang Dropship

Sekarang kita masuk pula pada topik macam mana dan kat mana nak cari dropship ni.

Sebenarnya ada banyak tempat yang kita boleh cari Dropship ni.

Antaranya adalah;

#1. Shopee

Untuk mencari pembekal barang dropship di Shopee senang je.

Buka laman web Shopee dan taip perkataan Dropship di search Shopee.

apa itu dropship

Nanti sistem Shopee akan senaraikan semua pembekal yang menawarkan khidmat Dropship bagi barang mereka.

Di sini saya tengok ada bermacam-macam produk yang korang pilih untuk mula menjual.

Pilih yang mana korang berkenan nak jual dan contact seller tersebut.

#2. Majalah.com

Saya masih ingat lagi sebelum kewujudan Shopee dan juga Lazada, Majalah.com adalah salah satu tempat yang boleh dikatakan tempat orang beriklan macam-macam di sini.

Dulu orang banyak lepak di website-website dan forum.

Sejak kemunculan media sosial ni, ramai pula yang beriklan di media sosial.

Secara jujurnya, Majalah.com adalah tempat mula-mula di mana saya mencari pembekal barangan dropship ni pada tahun 2012 yang lalu. Masa tu jubah abaya dan rayban sangat popular di Malaysia. So, itu adalah pertama bisnes dropship saya.

apa itu dropship

Masa saya join jadi dropshipper Rayban, saya telah dikenakan yuran sebanyak RM100. Tapi yuran tersebut sebagai tanda kita serius nak promote barang mereka.

Cari je pembekal di sini.

Ada banyak pembekal yang menawarkan untuk buat sistem dropship untuk barang mereka.

#3. Facebook

Ya.

Sedar tak sedar Facebook ni bukan saja tempat kita beraktiviti sosial tapi juga boleh dapat manfaat seperti cari pembekal barang dropship di sana.

Taip je dekat search dengan perkataan “Agen dropship diperlukan” nanti akan keluarlah semua benda yang berkaitan dengan dropship tadi.

apa itu dropship

Jika korang tengok di atas ni, ada banyak pembekal yang manawarkan untuk buat model bisnes dropship ni.

Selain dari Shopee, Majalah.com dan Facebook, berikut adalah antara platform dan pembekal dropship popular di Malaysia:

  • Shopee & Lazada – Platform e-dagang terkenal dengan pelbagai penjual dropship.
  • EasyStore / SiteGiant – Digunakan untuk membina laman web e-dagang sendiri dan integrasi dengan pembekal dropship.
  • Printcious / Printful / POD – Untuk dropship produk cetakan khas (print on demand).
  • Pusat Borong / Kumoten / Youbeli – Antara platform pembekal tempatan yang menawarkan sistem dropship.

Kelebihan dan Kekurangan Bisnes Dropship

Kelebihan Perniagaan Dropship

Salah satu sebab utama mengapa ramai orang ingin mengetahui apa itu dropship adalah kerana model ini mempunyai banyak kelebihan berbanding perniagaan tradisional. Berikut merupakan beberapa kelebihan utama:

KelebihanHuraian
Modal Permulaan RendahAnda tidak perlu beli stok secara borong. Cukup sekadar modal untuk pemasaran dan yuran platform (jika ada).
Tiada Keperluan StokAnda tidak perlu menyimpan sebarang produk. Semua dikendalikan oleh pembekal.
Risiko Kerugian RendahRisiko ditanggung rendah kerana tiada pelaburan besar dalam inventori.
Mudah DiuruskanAnda boleh menguruskan perniagaan dari rumah dengan hanya memerlukan komputer dan sambungan internet.
Pelbagai Pilihan ProdukAnda boleh menjual pelbagai jenis produk tanpa perlu bimbang tentang penyimpanan.

Kekurangan dan Cabaran Dalam Dropship

Walaupun kelihatan mudah dan menjimatkan kos, terdapat beberapa kekurangan dan cabaran yang perlu dihadapi dalam perniagaan dropship:

KekuranganHuraian
Margin Untung RendahDisebabkan persaingan yang tinggi, harga jual mungkin perlu diturunkan dan memberi margin keuntungan yang kecil.
Isu Stok dan KetersediaanAnda tidak dapat mengawal stok pembekal. Kadang-kadang stok habis tanpa notis.
Kualiti Produk Tidak Dapat DipastikanAnda tidak melihat produk secara fizikal sebelum dihantar, jadi kualiti produk mungkin tidak menepati jangkaan pelanggan.
Kawalan Penghantaran TerhadJika berlaku kelewatan penghantaran atau kerosakan produk, pelanggan akan menyalahkan anda sebagai penjual.
Persaingan Sangat TinggiRamai penjual menjual produk yang sama, menjadikan persaingan sengit terutamanya di platform e-dagang.

30 Senarai Pembekal Barangan Dropship

Di bawah ni saya sediakan senarai siap-siap untuk korang pilih mana satu pembekal dropship yang korang suka.

  1. https://www.kimon.my
  2. https://www.pamawa.net
  3. https://www.aqeela-muslimah.com/dropship-agent-service
  4. http://www.moonabaya.com/dropship
  5. http://www.handbagwholesale.my
  6. http://dropshipmurah.com.my
  7. https://sokano.com.my
  8. http://savevalue2u.com.my

Buat masa sekarang ni ini saja dulu yang dapat list.

Saya akan update dan tambah dari semasa ke semasa jika terjumpa pembekal dropship.

Siapa Yang Sesuai Jalankan Bisnes Dropship?

Model dropship sangat sesuai untuk pelbagai golongan seperti:

  • Pelajar IPT yang ingin menjana pendapatan sampingan
  • Suri rumah yang ingin berniaga dari rumah
  • Pekerja sepenuh masa yang ingin memulakan bisnes secara sambilan
  • Usahawan baru yang ingin mengurangkan risiko kerugian

Dengan syarat anda rajin mempelajari teknik pemasaran, memahami keperluan pelanggan, dan bersikap jujur, bisnes dropship boleh menjadi sangat menguntungkan walaupun dimulakan tanpa modal besar.

Langkah-Langkah Untuk Memulakan Perniagaan Dropship

Bagi anda yang sudah memahami apa itu dropship dan ingin memulakan perniagaan sendiri, berikut ialah langkah-langkah asas yang boleh diikuti:

  1. Pilih Niche Produk – Fokus kepada satu jenis kategori seperti produk bayi, fesyen wanita, aksesori kereta, atau produk kesihatan. Niche yang tepat membantu anda sasarkan pasaran dengan lebih berkesan.
  2. Cari Pembekal Dropship Yang Boleh Dipercayai – Pilih pembekal yang mempunyai reputasi baik, penghantaran cepat, dan kualiti produk yang konsisten. Boleh buat kajian terlebih dahulu melalui ulasan atau testimoni.
  3. Bina Platform Jualan – Anda boleh bermula dengan platform sedia ada seperti Shopee dan Lazada, atau bina laman web sendiri untuk kawalan penuh.
  4. Buat Gambar dan Penerangan Produk Yang Menarik – Gambar berkualiti dan penerangan yang lengkap akan meningkatkan kepercayaan pelanggan dan menarik lebih banyak jualan.
  5. Laksanakan Strategi Pemasaran Digital – Gunakan media sosial seperti Facebook, TikTok, dan Instagram untuk menarik trafik. Iklan berbayar juga boleh membantu mempercepatkan jualan.
  6. Urus Jualan dan Perkhidmatan Pelanggan Secara Profesional – Sentiasa balas mesej pelanggan dengan cepat dan bantu selesaikan sebarang isu yang timbul walaupun anda tidak pegang produk tersebut.

Penutup

Sebagai penutup, apa itu dropship bukan sekadar konsep perniagaan tanpa modal, tetapi ia memerlukan komitmen, strategi, dan pemilihan pembekal yang betul untuk berjaya. Walaupun ia menawarkan banyak kelebihan seperti modal rendah dan tiada keperluan simpan stok, terdapat juga cabaran yang perlu dihadapi seperti kawalan kualiti dan margin untung kecil. Namun, dengan pendekatan yang betul, dropship mampu menjadi pintu masuk terbaik untuk anda memulakan perniagaan atas talian yang menjana pendapatan lumayan.

Jika anda ingin menjana pendapatan sampingan atau memulakan perniagaan tanpa risiko besar, model dropship adalah pilihan yang wajar untuk dipertimbangkan. Mulakan langkah pertama anda hari ini, dan belajar dari pengalaman untuk terus berkembang sebagai usahawan dalam dunia digital.

Akhir sekali, cadangan saya jika sesiapa nak mula berniaga boleh la cuba berniaga tanpa modal di Shopee.

Soalan Lazim Mengenai Apa Itu Dropship

Apa maksud dropship secara ringkas?

Dropship adalah model perniagaan di mana kita tak perlukan modal dan simpan stok. Join perniagaan dropship biasanya percuma dan jika ada pun yurun komitment saja tanda kita serius nak buat bisnes dengan owner produk tersebut.

Bila ada orang order barang melalui kita, kita contact dropshipper untuk hantarkan barang pada client pula. Client perlu bayar pada kita dahulu dan kita ambil siap-siap untung sebelum kita bayar pada dropshipper untuk uruskan penghantaran barang pada client.

Untuk penerangan lanjut mengenai dropship ni boleh rujuk artikel di atas ni di mana saya dah terangkan secara panjang lebar mengenai bisnes dropship ni.

Di mana nak cari pembekal atau dropshipper?

Banyak website yang boleh korang cari pembekal atau dropshipper ni. Antaranya adalah di Majalah.com, group dropship di Facebook, Shopee.com dan banyak lagi.

Rujuk artikel di atas untuk penerangan lanjut.

Berbaloi ke buat bisnes dropship ni?

Bagi mereka yang zero modal ataupun baru nak bermula bisnes, bisnes dropship ni sangatlah menguntungkan. Jadi ia berbaloi untuk korang cuba tanpa ada risiko apa-apa.

Di mana nak belajar tentang Dropship ni?

Untuk belajar tentang dropship secara khusus saya belum jumpa. Jika korang nak belajar sikit-sikit dan fahami asas dropship ni, boleh follow blogfaiz.com.

Macam mana kira keuntungan bisnes dropship ni?

Senang je. Ok macam ni. Katakan korang nak jual tudung dan korang cari pembekal yang jual tudung. Jika dah jumpa, deal dengan mereka kata boleh ke nak buat bisnes dropship dengan mereka. Jika boleh, tanya berapa harga boleh korang dapat.

Katakan korang dapat satu tudung hanya RM10 saja. Jika ada pembeli melalui korang, korang boleh markup harga sehingga RM25 sehelai samaada dah termasuk shipping atau belum.

Kalau dah termasuk shipping pun korang dah untung banyak dah tu.

Caranya, client bank in RM25 pada korang, kemudian korang bank in pula pada pembekal tadi sebanyak RM10. Jadi untung korang dapat adalah RM15.

Rujukan

  1. Apa itu Dropshipping? Definisi, Proses, Faedah dan Kelemahan – simpleglobal.com/ms
  2. Maksud Dropship Dan 6 Tips Dropship Terbaik Untuk Beginner – usahawan.tudungsicomel.com

Jom jana income sampingan dengan Shopee bersama saya. Saya akan kongsikan cara jana income dengan affiliate Shopee. Gunakan code "3TFXAP9" jika anda baru mendaftar.

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter.

follow me

Kategori

|

Sponsored

|

Arkib Post

Iklan

error: Kandungan ini dilindungi!!

Pin It on Pinterest