Apa itu Dropship sebenarnya? Masih ramai yang tidak tahu istilah dropship ni walaupun model bisnes ni dah popular sejak beberapa tahun dulu di Malaysia.
Rilek.
Saya dulu pun tak tahu juga maksud dropship ni pada 10 tahun lalu (2012).
Maklumlah masa tu baru lepas habis belajar dan cuba berjinak-jinak nak buat bisnes online. Disebabkan tak ada modal pada masa tu, saya pun cuba cari di Google cara buat bisnes online tanpa modal.
Boom!
Terus saya jumpa istilah dropship ni.
Baik.
Dalam artikel ni saya akan terangkan secara detail apa itu dropship, kat mana nak buat bisnes dropship ni dan juga saya akan dedahkan beberapa senarai Dropshipper sebagai pembekal barang.
Apa itu Dropship dan Konsep Bisnes Dropship?
Dropship ni dalam bahasa mudah satu model bisnes yang mana kita tak perlu memegang produk dan uruskan penghantaran. Semuanya dilakukan oleh pembekal kita.
Tugas kita hanyalah tukang promosi saja dan bila ada jualan berlaku, kita akan hubungi pembekal kita tersebut untuk dihantar pada client kita.
Di bawah ni saya sediakan gambar macam mana model dropship ni berlaku.
So, saya harap bila korang tengok gambar di atas ni akan fahamlah dengan mudah macam mana sistem dropship ni berlaku.
Secara ringkasnya flow dropship ni macam ni.
- Kita cari pembekal sebagai bekalan barang kita nak jual. Deal dengan mereka kata nak jadi dropship.
- Lepas dah dapat pembekal barang yang kita nak jual, kita list barang tersebut dalam marketplace seperti Shoppe atau Lazada. Nak post di group-group Facebook pun boleh tak ada masalah. Tapi kita sebagai penjual hendaklah sentiasa menjaga etika ketika promosi.
- Jika ada rezeki kita dan jualan berlaku, kita hubungi pembekal kita tu untuk hantar pada customer. Pastikan pembekal hantar barang pada client atas nama kita sendiri.
Jadi, itulah flow macam mana bisnes model dropship ni berlaku dan kepada yang tidak mempunyai modal yang mencukupi bolehlah mula dengan bisnes model dropship ni.
Cara Kira Keuntungan Bisnes Dropship
Mesti masih samar-samar kan macam mana nak kira keuntungan dari bisnes dropship ni?
Ok di sini saya akan terangkan secara detail pada korang macam mana nak kira keuntungan.
Baik saya andaikan di sini korang menjual baju dan pembekal baju pun dah jumpa.
Jadi, sebelum nak ambil pembekal tersebut sebagai sumber bekal barangan kita, cuba deal dengan mereka dahulu berapa harga minimum yang boleh mereka bagi kita jika kita nak jadi dropship mereka.
Andaikata harga yang mereka boleh bagi untuk sehelai baju adalah RM15. Bila kita buat promosi atau letak di mana-mana kedai ecommerce, kita markupkan harga siap-siap.
Sebagai contoh kita buat harga RM23 untuk baju tersebut.
Sedangkan harga baju tu dengan pembekal kita dapat RM15.
Jadi secara tak langsung di sini kita dah boleh kira untuk berapa yang kita dapat.
RM23 (harga jualan) – RM15 (harga modal) = RM8 (untung)
Jadi, keuntungan yang kita dapat adalah sebanyak RM8.
Untuk kira kos penghantaran tu korang pandai-pandai la sendiri nak hidup.
Kalau bagi free shipping pun still dapat untung dalam RM2-3 ringgit.
Jadi la kan dari tak dapat langsung.
Tips Mencari Pembekal Dropship
Walaupun model bisnes ni boleh dibuat tanpa modal, kita kena tetap berhati-hati untuk mencari pembekal dropship.
Jadi di sini saya nak kongsikan sedikit pengalaman saya macam mana nak cari pembekal dropship yang boleh dipercayai.
- Carilah pembekal barang yang mempunyai website sendiri. Bukannya jenis buat bisnes semata-mata bergantung pada Whatsapp dan Instagram saja.
- Mempunyai sistem dropship yang lancar dan memudahkan urusan kita. Seperti contoh mereka bagi kita guide step by step macam mana nak order dengan mereka sehingga berjaya hantar barang pada customer.
- Bukan barang pre-order. Jangan sesekali pilih pembekal dropship yang jual barang secara pre-order. Sakit kepala nanti korang nak manage.
- Pilih pembekal yang mudah di bawa bincang. Sebab tu sebelum deal dengan mereka, cuba sembang dulu yang kita ni minat nak bekerjasama dengan mereka. Kita tukang promote tanpa barang dan mereka uruskan jualan. Biasanya kita boleh tahu orang tu senang dibawa bincang atau tak.
- Elakkan memilih pembekal yang minta yuran bayaran yang tinggi untuk jadi Dropshipper mereka. Kebanyakkan yang minta macam-macam yuran ni adalah scammer.
Apa yang saya beritahu di atas ni cumalah satu panduan saja dan tak smestinya korang perlu ikut semua.
Cukup ini saja tips yang perlu korang ambil semasa nak memilih pembekal ataupun supplier supaya lebih berwaspada. Bukannya tak boleh langsung.
Ada lagi nak tambah tips, nanti boleh tolong tinggalkan komen di bawah ni.
Cara Cari Pembekal Barang Dropship
Sekarang kita masuk pula pada topik macam mana dan kat mana nak cari dropship ni.
Sebenarnya ada banyak tempat yang kita boleh cari Dropship ni.
Antaranya adalah;
#1. Shopee
Untuk mencari pembekal barang dropship di Shopee senang je.
Buka laman web Shopee dan taip perkataan Dropship di search Shopee.
Nanti sistem Shopee akan senaraikan semua pembekal yang menawarkan khidmat Dropship bagi barang mereka.
Di sini saya tengok ada bermacam-macam produk yang korang pilih untuk mula menjual.
Pilih yang mana korang berkenan nak jual dan contact seller tersebut.
#2. Majalah.com
Saya masih ingat lagi sebelum kewujudan Shopee dan juga Lazada, Majalah.com adalah salah satu tempat yang boleh dikatakan tempat orang beriklan macam-macam di sini.
Dulu orang banyak lepak di website-website dan forum.
Sejak kemunculan media sosial ni, ramai pula yang beriklan di media sosial.
Secara jujurnya, Majalah.com adalah tempat mula-mula di mana saya mencari pembekal barangan dropship ni pada tahun 2012 yang lalu. Masa tu jubah abaya dan rayban sangat popular di Malaysia. So, itu adalah pertama bisnes dropship saya.
Masa saya join jadi dropshipper Rayban, saya telah dikenakan yuran sebanyak RM100. Tapi yuran tersebut sebagai tanda kita serius nak promote barang mereka.
Cari je pembekal di sini.
Ada banyak pembekal yang menawarkan untuk buat sistem dropship untuk barang mereka.
#3. Facebook
Ya.
Sedar tak sedar Facebook ni bukan saja tempat kita beraktiviti sosial tapi juga boleh dapat manfaat seperti cari pembekal barang dropship di sana.
Taip je dekat search dengan perkataan “Agen dropship diperlukan” nanti akan keluarlah semua benda yang berkaitan dengan dropship tadi.
Jika korang tengok di atas ni, ada banyak pembekal yang manawarkan untuk buat model bisnes dropship ni.
Kelebihan dan Kekurangan Bisnes Dropship
Di sini saya nak beritahu pula apa kelebihan dan kekurangan bisnes dropship ni.
Kelebihan Dropship
- Tak perlu simpan stok ataupun tak perlu modal
- Tak perlu pening nak uruskan penghantaran barang
- Tak perlu nak sibuk top up barang jika habis
- Keuntungan atas angin
Kekurangan Dropship
- Risiko kena tipu dengan pembekal dan boleh jatuh reputasi kita.
- Kita tidak tahu kualiti barang tersebut.
- Sukar untuk berikan after sales service dan juga support.
- Susah nak buat promosi. Sebagai contoh nak beri freegift pada client.
- Pelanggan yang kita cari senang-senang dicuri oleh pembekal.
30 Senarai Pembekal Barangan Dropship
Di bawah ni saya sediakan senarai siap-siap untuk korang pilih mana satu pembekal dropship yang korang suka.
- https://www.kimon.my
- https://www.pamawa.net
- https://www.aqeela-muslimah.com/dropship-agent-service
- http://www.moonabaya.com/dropship
- http://www.handbagwholesale.my
- http://dropshipmurah.com.my
- https://sokano.com.my
- http://savevalue2u.com.my
Buat masa sekarang ni ini saja dulu yang dapat list.
Saya akan update dan tambah dari semasa ke semasa jika terjumpa pembekal dropship.
Soalan Lazim Mengenai Bisnes Dropship
Apa maksud dropship secara ringkas?
Dropship adalah model perniagaan di mana kita tak perlukan modal dan simpan stok. Join perniagaan dropship biasanya percuma dan jika ada pun yurun komitment saja tanda kita serius nak buat bisnes dengan owner produk tersebut.
Bila ada orang order barang melalui kita, kita contact dropshipper untuk hantarkan barang pada client pula. Client perlu bayar pada kita dahulu dan kita ambil siap-siap untung sebelum kita bayar pada dropshipper untuk uruskan penghantaran barang pada client.
Untuk penerangan lanjut mengenai dropship ni boleh rujuk artikel di atas ni di mana saya dah terangkan secara panjang lebar mengenai bisnes dropship ni.
Di mana nak cari pembekal atau dropshipper?
Banyak website yang boleh korang cari pembekal atau dropshipper ni. Antaranya adalah di Majalah.com, group dropship di Facebook, Shopee.com dan banyak lagi.
Rujuk artikel di atas untuk penerangan lanjut.
Berbaloi ke buat bisnes dropship ni?
Bagi mereka yang zero modal ataupun baru nak bermula bisnes, bisnes dropship ni sangatlah menguntungkan. Jadi ia berbaloi untuk korang cuba tanpa ada risiko apa-apa.
Di mana nak belajar tentang Dropship ni?
Untuk belajar tentang dropship secara khusus saya belum jumpa. Jika korang nak belajar sikit-sikit dan fahami asas dropship ni, boleh follow blogfaiz.com.
Macam mana kira keuntungan bisnes dropship ni?
Senang je. Ok macam ni. Katakan korang nak jual tudung dan korang cari pembekal yang jual tudung. Jika dah jumpa, deal dengan mereka kata boleh ke nak buat bisnes dropship dengan mereka. Jika boleh, tanya berapa harga boleh korang dapat.
Katakan korang dapat satu tudung hanya RM10 saja. Jika ada pembeli melalui korang, korang boleh markup harga sehingga RM25 sehelai samaada dah termasuk shipping atau belum.
Kalau dah termasuk shipping pun korang dah untung banyak dah tu.
Caranya, client bank in RM25 pada korang, kemudian korang bank in pula pada pembekal tadi sebanyak RM10. Jadi untung korang dapat adalah RM15.
Penutup
Dalam artikel ni saya dah beritahu secara detail apa maksud dropship dan macam mana model jenis ni berjalan.
Selain dari tu juga, saya sediakan pada korang siap-siap senarai pembekal bawang Dropship supaya lepas ni tak perlu pening-pening lagi dah nak cari kat mana.
Cadangan saya, jika sesiapa nak mula berniaga boleh la cuba berniaga tanpa modal di Shopee.
Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!
Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.
Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.
bagus perkongsian ni tuan Faiz. moga dijadikan rujukan untuk mereka yang nak mula bisnes dropship
rujukan terbaik untuk belajar dropship