Macam mana cara nak dapatkan semula resit Maybank melalui Maybank2u? Kadang-kadang kita dah print resit transaksi yang telah kita buat tapi mungkin hilang, terpadam ataupun lupa nak download resit kita dah logout akaun Maybank2u kita.
Kalau yang baru membeli secara online, mesti panik sebab macam mana nak tunjuk bukti pembelian kita tu nanti pada seller. Kalau cakap dengan mulut macam tu je tanpa resit kan dikatakan tipu pula.
Baca juga: Cara Dapatkan Semula Resit CIMB Clicks
Yang jenis buat bayaran dekat ATM pula, mungkin jatuh atau tercicir dari poket sedangkan resit pembayaran tu penting sebagai bukti kita dah bayar.
Jadi dalam tutorial ni saya akan tunjukkan cara maca mana nak print semula resit Maybank yang pernah kita buat transaksi sebelum ni.
Cara Dapatkan Semula dan Print Resit Maybank
Dalam tutorial ni saya tunjukkan melalui dua cara iaitu melalui smartfon korang dan juga melalui laman web Maybank2u.
Sebenarnya langkah kedua-duanya sama saja tapi demi memudahkan korang saya tunjukkan juga.
Cara Print Resit Maybank Melalui Laptop
Langkah 1 Layari laman web Maybank2u dan terus login.
Langkah 2 Lepas dah login, nanti klik pada Savings Account-i.
Sebenarnya pada bahagian ni korang kena pilih akaun mana yang korang buat pembayaran tersebut.
Jika lihat di sini saya ada dua jenis akaun iaitu MAE dan juga Savings Account-i. Disebabkan saya buat pembayaran guna Savings Account-i so saya klik pada Savings Account-i.
Harap korang faham apa yang saya jelaskan.
Langkah 3 Kemudian scroll ke bawah sikit, dan klik pada All Transaction History.
Langkah 4 Nanti dia akan keluar beberapa pilihan lagi. Kita klik pada M2U Transaction.
Langkah 5 Seterusnya di sini kita akan pilih pembayaran yang kita buat dan untuk print semual resit tersebut, kita klik pada icon download seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.
Langkah 5 Nanti sistem Maybank akan generate resit dalam bentuk PDF. Di sini kita boleh download dan barulah boleh print semula resit tersebut.
Jika tak nak print pun boleh la screenshot je.
Cara Print Resit Maybank Melalui Smartfon
Jadi macam mana pula nak dapatkan semula resit Maybank melalui smartfon kita?
First sekali saya nak beritahu kita TAK BOLEH nak buat atau dapatkan semula resit ni melalui applikasi Maybank samaada di Android atau iOS.
Untuk dapatkan semula resit Maybank tersebut, korang perlu login akaun Maybank2u seperti biasa melalui app Google Chrome.
Caranya, buka app Google Chrome dan pergi ke website Maybank2u ยป Login ke akaun Maybank2u.
Kemudian ikut saja step by step macam cara di atas sebab ia sama 100%.
Bezanya cuma saiz screen saja.
Jadi no point saya nak ulang tutorial sama.
Ikut saja di atas. ๐
Jika korang nak lebih jelas dan detail mengenai benda ni, boleh je tengok video saya di bawah ni atau pergi je ke Channel YouTube blogfaiz sebab di sana saya banyak buat perkongsian menarik seperti ini.
Tips Selamat Simpan Resit Maybank
Di sini saya nak berikan beberapa tips supaya resit pembayaran yang korang buat tidak hilang dan boleh bertahan dengan lebih lama.
- Ambil gambar resit dengan telefon supaya jika benar-benar hilang kita masih ada backup.
- Simpan dalam beg plastik yang muat dengan saiz resit supaya dakwat atas resit tidak mudah hilang.
- Kalau jenis buat pembayaran di ATM, ambil resit dan letak terus dalam dompet.
- Kalau jenis buat pembayaran secara online pula, terus print resit tersebut.
Penutup
Dalam tutorial ni saya dah beritahu secara detail macam mana untuk kita dapatkan semula resit transaksi Maybank2u kita dan print resit tersebut.
Tak susah pun jika kita tahu caranya.
Semoga bermanfaat.
Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!
Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.
Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.
Terima kasih atas perkongsian, sangat berguna ๐
Sama2โฆsemoga bermanfaat
Terima kasih banyak2 atas info berguna ini.
sama2…semoga bermanfaat ๐
Kalau bahagian hujung tdk muncul gambar utk download.bagaimana utk mendapat kan resit itu.
guna phone ke guna laptop? mesti kena ada tu..kalau tak ada tu something wrong
Great blog post! I just registered with Maybank2u and it was so easy!