Cara Jual Barang di Shopee Tanpa Modal

Macam mana cara jual barang di Shopee tanpa modal? Dulu kita selalu buat salah tanggapan bahawa jika kita nak berniaga kita memerlukan modal yang besar barulah boleh berniaga.

Sebenarnya tanggapan korang tu sama sekali tidak benar sebab pada zaman sekarang ni dah ramai orang buat bisnes tanpa modal pun.

Kalau saya nak senaraikan banyak benda perkara yang kita boleh buat tanpa modal.

Kejap.

Nak kata tak guna modal langsung tu tipu la. Tapi yang paling tepat adalah kita boleh gunakan apa-apa saja barang yang ada disekeliling kita ataupun kemahiran untuk mula jana pendapatan tanpa modal.

Ok.

Sebenarnya topik menjual barang tanpa modal ni sangat luas.

Artikel kali ni saya nak fokuskan macam mana cara jual barang di Shopee tanpa modal.

Konsep Meniaga Tanpa Modal

cara jual barang di shopee tanpa modal

Ok sebelum kita pergi dengan lebih lanjut macam mana nak menjual barang di Shopee tanpa modal, di sini saya nak beritahu dahulu macam mana konsep berniaga tanpa modal ni.

Seperti yang saya beritahu awal-awal tadi, tipu la kan jika saya kata tak perlukan modal langsung.

Dalam bisnes ni bermacam-macam modal kita kena kira.

Masa pun antara modal juga yang perlu kita diambil kira sebab nak cari sesuatu idea bisnes dengan apa yang kita minat dan juga sejauh mana barang tu boleh pergi mengambil masa yang agak lama untuk kita kaji.

Maksud saya di sini tanpa memerlukan modal adalah, kita tak perlu nak simpan stok, kita tak perlu nak borong barang banyak-banyak simpan dekat rumah dan sebagainya. Kalau kenakan modal pun mungkin dalam RM100. Tu pun mungkin fee dari supplier la sebab mereka nak kita serius jika nak bekerjasama dengan mereka.

So, harap korang faham apa maksud saya berniaga tanpa modal di sini.

Antara yang paling popular berniaga tanpa modal ni adalah jenis Dropship.

Apa itu Dropship?

Dropship adalah satu jenis kaedah berniaga tanpa simpan stok sendiri. Semuanya diuruskan oleh supplier ataupun pembekal. Tugas kita sebagai seorang bisnes, hanya buat promosi saja barang tersebut dan bila ada jualan, kita akan menghubungi supplier kita tersebut untuk hantar pada client yang telah buat pembayaran.

Ok di bawah ni saya sediakan step by step macam mana flow Dropship ni berlaku dari customer buat pembayaran sehingga barang tersebut selamat sampai pada customer.

Flow dia macam ni.

  1. Kita promote barang di Shopee.
  2. Pembeli buat tempahan di kedai Shopee kita.
  3. Kita hubungi pembekal untuk hantar barang pada pembeli.
  4. Pembekal hantar barang pada pembeli.
  5. Barang selamat sampai pada pembeli.

Faham kan flow dropship ni macam mana?

Kalau korang nak gambaran lebih jelas lagi, boleh la tengok gambar di bawah ni.

cara jual barang di shopee tanpa modal,cara jual barang di shopee

Cara Kira Keuntungan

Jadi macam mana pula kita nak kira keuntungan daripada Dropship ni?

Ok bila kita list barang tadi, kita sebenarnya dah markup harga siap-siap.

Sebagai contoh, korang menjual Baju A dengan harga RM25 di Shopee.

Tapi dengan harga pembekal korang hanya dapat RM18 saja.

Jadi, bila pembeli dan buat bayaran RM25 kemudian kita bank in pula pada pembekal kita untuk hantar pada pembeli tersebut dengan harga RM18.

So, di sini kita dah dapat keuntungan sebanyak RM7 ringgit sahaja.

Nanti mesti korang tanya macam mana pula harga kos shipping?

Yang tu korang pandai-pandai la nak markup harga untuk tanggung kos shipping tu.’

Takkan semua saya nak ceritakan di sini kan?

Di sini saya hanya nak berikan penjelasan konsep dropship dan macam mana nak kira keuntungan.

Cara Jual Barang di Shopee Tanpa Modal

Ok sekarang mari kita masuk ke topik utama kita iaitu macam mana cara nak menjual barang di Shopee tanpa modal pun atau lebih tepat lagi modal rendah.

Dalam bahagian ni saya akan pecahkan kepada beberapa bahagian.

#1. Pembekal Dropship

Soalan pertama, kat mana nak cari pembekal dropship ni?

Ok sebenarnya nak cari pembekal dropship ni tak susah pun. Yang susah nak cari pembekal dropship dengan barang yang kita nak jual tu yang susah.

Untuk cari pembekal barang yang korang ingin jual tu, kena usaha lebih sikit la nak cari.

Di sini saya akan bagi guide macam mana nak cari pembekal yang boleh kita jual di Shopee tanpa pegang stok.

#1.1 – Supplier Dropship di Shopee

Ya. Untuk cari pembekal barang Dropship ni korang tak perlu nak fikir jauh. Cari je pembekal yang ada kat Shopee.

Caranya, pergi ke bahagian search di Shopee dan taip DROPSHIP.

Nanti dia akan keluar semua senarai pembekal Dropship.

Korang hanya pilih nak pembekal yang mana 1.

#1.2 – Supplier di Majalah.com

Ramai dah lupakan Majalah.com sedangkan website ni sangat popular satu ketika dulu untuk mencari pelbagai peluang pekerjaan dan juga pembekal dropship.

Secara jujurnya pada awal saya terlibat dalam bisnes dropship, saya jumpa pembekal dropship di Majalah.com.

Dalam ni banyak pembekal dropship yang korang boleh cari antaranya jual baju, tudung, barang bundle dan sebagainya.

#1.3 – Supplier di Facebook

Ramai yang tidak perasan di Facebook juga kita boleh cari pembekal dropship ni dengan mudah.

Ada banyak group pembekal barangan dropship ni.

Korang boleh search di Facebook dengan menaip ““agen dropship diperlukan”.

Lihat juga » Panduan Lengkap Bisnes Shopee.

Nanti dia akan semua senarai group yang berkaitan seperti di bawah.

cara jual barang di shopee tanpa modal,cara jual barang di shopee

#1.4 – Dropship Dari Website Jualan

Banyak je website jualan di luar sana yang menawarkan dan membuka peluang bisnes dropship bagi mereka yang berminat.

Biasanya dropship dari website jualan ni sistemnya lebih tersusun dan lebih friendly dan kebanyakkan mereka akan mengenakan fee ataupun sedikit yuran tanda kita serius untuk bekerjasama dengan mereka.

Kalau korang cari supplier yang tak ada website ni biasanya sistem tak tersusun dan lebih menggunakan Whatsapp.

Sebenarnya bergantung penuh pada Whatsapp ni bisnes agak tidak sistematik.

Berikut merupakan website yang menawarkan sistem dropship untuk bisnes mereka.

  1. https://www.pamawa.net
  2. https://www.aqeela-muslimah.com/dropship-agent-service
  3. http://www.moonabaya.com/dropship
  4. http://www.handbagwholesale.my
  5. http://dropshipmurah.com.my
  6. https://sokano.com.my
  7. http://savevalue2u.com.my

Kalau nak cari lebih banyak lagi Google je.

Mesti ada banyak lagi pemilik bisnes yang menawarkan sistem dropship ni.

Tapi pesan saya di sini sentiasa berwaspada takut ada orang ambil kesempatan.

#2. Masukkan Barang Dalam Shopee

Sekarang kita dah dapat pembekal dan tiba masanya untuk kita masukkan barang dalam kedai Shopee kita.

Di sini saya sudah anggap korang semua sudah ada akaun Seller di Shopee. Jika belum lagi daftar sebagai akaun seller, sila lihat tutorial saya sebelum ni macam mana nak daftar akaun di Shopee sebab akaun buyer dan Seller ni sama saja cuma untuk jadi akaun seller ada la beberapa sikit settings yang perlu dibuat.

Lepas dah daftar nanti klik pada link Seller Center.

Kemudian, masukkan barang di kedai Shopee dengan senarai barang yang telah kita dapat dari pembekal dropship.

#3. Cara Uruskan Penghantaran

Setiap pembelian secara auto sistem Shopee akan create satu slip yang dipanggil sebagai Airway Bill (AWB) iaitu satu resit untuk kita hantar bersama barang kepada client.

Contoh AWb adalah seperti di bawah.

cara jual barang di shopee tanpa modal,cara jual barang di shopee

Apa yang perlu korang buat adalah, lepas pembelia dah buat bayaran korang contact supplier dan bank in pula pada supplier dengan harga modal. Untung simpan siap-siap.

Kemudian hantar borang AWB ni pada supplier korang untuk mereka lekatkan sekali pada kotak penghantaran pada client kita.

Itu saja.

Sebab tu sebelum deal dengan pembekal beritahu dulu elok-elok dan bincang boleh ke mereka buat semua benda ni.

Tapi kalau mereka memang buat dropship tak jadi masalah pada mereka.

Ciri-Ciri Dan Barang Sesuai Untuk Dropship

Bukan semua barang ok kita boleh buat dropship ni sebab kalau korang main hentam je barang yang nak di dropship ni akan menyusahkan diri sendiri.

Kalau nak main hentam juga silakan. Cuma ni adalah guide secara personal dan pandangan saya sendiri.

Jom kita tengok dulu barang apa yang sesuai dan tak sesuai untuk buat dropship ni.

  1. Barang tersebut hendaklah ready stock bukanya jenis pre-order. Kalau korang buat dropship barang pre order ni buat sakit kepala je. Yang uruskan order tu supplier kita. jadi kita tak tahu masa bila barang tersebut betul-betul available untuk dihantar pada customer.
  2. Jangan buat dropship dengan makanan yang jenis mudah basi seperti sambal.
  3. Pastikan barang tersebut dah mendapat permintaan di pasaran. Walaupun kita tak rugi apa-apa mencuba yang baru, tapi alangkah lebih baik kita elak dari membazir masa. Nak cuba? Silakan. Tak salah pun jika korang nak tahu sesuatu market tersebut.
  4. Bagi mereka yang nak bermula bisnes dropship saya cadangkan buat bisnes dropship pakaian seperti tudung dan sebagainya sebab pakaian antara barang yang mudah terjual.

Penutup

Dalam tutorial ni korang dah belajar cara macam mana nak buat bisnes tanpa modal di Shopee ataupun guna modal paling minimum. Harap korang faham apa itu bisnes secara dropship supaya korang senang nak buat bisnes nanti.

Selain tu juga, saya ada beritahu beberapa cara untuk cari dropship dan juga senarai dropship supaya korang boleh segera mula berniaga di Shopee ni tanpa modal.

Akhir sekali saya cadangkan kepada sesiapa nak belajar buat bisnes di Shopee tanpa modal kena dapatkan panduan lengkap bisnes Shopee.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

2 thoughts on “Cara Jual Barang di Shopee Tanpa Modal”

Leave a Comment

Scroll to Top