Apa itu maksud loss of use? Loss of use juga dikenali sebagai CART yang membawa maksud pampasan yang diberikan oleh pihak insurans kepada kita ketika kereta kita masih dalam bengkel. Namun, bukan semua kereta yang terlibat dalam kemalangan boleh claim CART ni. Kereta yang boleh claim hanya kereta yang ditentukan oleh polis bahawa kereta tersebut tidak bersalah dalam kemalangan. Makna kata ianya atas keputusan polis mengatakan pihak ketiga yang bersalah.
Pampasan yang yang dapat adalah mengikut CC kereta. Berikut adalah pampasan yang dapat mengikut CC.
- CC bawah 1.0 > RM30
- CC 1.5 – 2.0 > RM40
- CC atas 2.0 > RM50
Tapi korang jangan salah faham. Bilangan hari juga bergantung pada adjuster yang membuat report kerosakkan kereta korang yang dianggarkan berapa hari boleh siap. Bukannya berapa lama kereta korang tersidai dalam bengkel.
Namun, masalah yang biasa terjadi dimana kereta korang sudah berada dibengkel begitu lama tetapi hanya dapat claim cuma beberapa hari sahaja. Kenapa jadi macam tu?
Antara alasannya adalah kelewatan membaiki disebabkan menunggu spare part atau menunggu giliran di bengkel untuk dibaiki. Pihak insuran biasanya akan melihat report adjuster untuk proses tawaran CART tersebut. Maksimum jumlah hari yang boleh pihak insuran tawarkan hanyalah 30hari sahaja di mana maksimum hari tu adalah jika kereta korang mengalami total loss.
Jadi, itulah maksud Loos of Use.
Baru-baru ni masa aku scroll di Facebook, terjumpalah satu artikel yang bagi aku sangat berguna dan bermanfaat untuk kita jadikan rujukan berkaitan dengan Loss of Use ni.
Apa yang jadi masalah pada akak ni, boleh dikatakan ia telah ditipu oleh pihak insurans di mana pampasan CART yang dapat tak berbaloi langsung dengan kerosakkan kenderaan yang dialaminya dan juga jumlah hari untuk membaiki kereta akak ni.
So, aku nak share di sini apa yang akak tulis di Facebook beliau. Sama-sama kita jadikan rujukan ni untuk kemudahan urusan kita dikemudian hari.
Loss of use – Please Know Your Rights
Nota Kaki
1. Post ini panjang
2. Bakal menyakitkan hati syarikat takaful/insurans
3. Pengalaman sendiri
Assalamualaikum semua.
Hari ini saya nak kongsikan pengalaman sndiri berkaitan Lost of use claim kereta saya yang teruk dilanggar tempoh hari. Saya ada kongsikan cerita tentang bagaimana saya dilanggar teruk dr belakang oleh pemandu yang tak berhemah dan bagaimana kereta saya dimasukkan kedalam bengkel selama 98 hari lamanya untuk dibaiki. Alhamdulillah kereta dapat balik dalam condition tiptop (so far). Syukur for that
So, mungkin ramai yang tidak tahu bile kita dilanggar dari belakang dan dibuktikan tidak bersalah melalui siasatan polis, kita boleh claim Loss of Use ( sebab kita tiada kenderaan untuk kegunaan harian). Saya selalu dengar term ini. Tapi sebab ini first time kene langgar teruk dan kerugian yang saya alami berikutan pelanggaran agak tinggi, jadi saya dapatkan info dari bengkel memang layak untuk claim dan bengkel boleh tolong uruskan permohonan.
Basically loss of use ni die akan kira berapa hari telah diperlukan oleh bengkel untuk baiki kereta kita darab dengan CC kereta. Macam kereta saya 2500 CC which equals to RM50 sehari for claim. So out of 98 hari tu kene tolak cuti umum, Sabtu Ahad dan masa menunggu spare part. So dapatla total dalam 50++ hari.
Di sinila ketidakadilan bermula. Tiba-tiba dapat surat reply dari insurans claim saya tu diluluskan less than seribu sahaj. Mungkin disebabkan faktor penuaan saya malas nak bertekak. Saya pun hantar emel reply mengatakan, saya request justification berserta guidelines dari bank negara kenapa seribu shaja diluluskan.
Tau dia reply apa? Dia cakap “oo sebab kita cek..secara keseluruhan sebenarnya masa yg diperlukan untuk baiki kereta tu hanya 76 jam” Eh apa!!! Aku 3 bulan tak ada kereta kot. No one in a same mind would say it will take only 76H after looking at my car condition. Dah la claim sampai 60k (lebih kurang mcm tula aku cakap dalam phone time tu – sabar tu memang tinggal tipis je layan diorg ni.
Bila minta justification for hour-based calculation. Insurans cakap adjuster yang quote 72 hours. Bila call adjuster, adjuster reply, boss dia yg suruh buat calculation macam tu. So, until this second, not even one person either from insurans company or adjuster can show me the black & white guideline yang diorang gunakan for hour calculation system
So malas nak gaduh (walaupon dua kali gak call & argue) I wrote a letter mengatakan I tak puas hati dengan claim yg korang bagi. It is ridiculous and tidak mengikut guidelines yg ditetapkan oleh bank negara. And I demand guideline mana yg diorg ikot tu for hours calculation for repairing (which till today tak dapat). And I quoted the bank negara punya guidlines dalam surat tu… A Few minutes later diorang pon reply emel tu. Tambah la lagi 14 hari dalam claim.
Dia cakap boleh la dia add lagi 14 hari. So total jadi 28 hari. So ni ketidakadilan yang kedua la. Kalau dapat kat customer lain boleh la nak cong. Customer lain mungkin akan buat sujud syukur terus dapat claim 28 hari…mungkin diorg akan berpegang dengan ayat “alhamdulillah dapat claim pon da cukup bagus” without knowing the actual amount yg memang hak diorang.
Yang paling sakit hati sebab bile dah naik jadi 28 hari tu, agent insuran yang jaga my case tu boleh plak cakap, its not her right to comment la apa la. Semua nak lepas tangan. Nak close case. Time tu I mcm malas nak layan orang b***h so i terus proceed with second appeal letter. This time around I cakap dalam surat tu, I memang tak puas hati dengan approval 28 hari tu. I memang demand full claim. Tapi kali ni, I CC kan surat tu ke both insurance, Bank Negara, TPPM and my lawyer office.
Guess what guys? I terus dapat mesej dari agent agent as below….
1. “Kalau boleh jangan libatkan bank negara, pengalaman saya susah kita bila libatkan bank negara ni”
2. ”miss dah hantar a copy letter to bank negara ke?
3. “kalau belum miss jangan hantar dulu…sebab kita boleh tgk claim miss”
4. “kalau kita boleh bagi full claim, miss tak perlu libatkan bank negara”
See guys?
beberapa minit lepas tu, terus dapat reply emel approved claim. Full claim as per demand and after dua hari terus duit masuk dalam bank…Wow impressive kan!
I da lama sabar dengan taktik industri ni. Time nak suuh ambil insurans, coverage ko tu, konon cover dari luh mahfuz sampai titian sirat. Bayaran kene on time kalau tak effect nilai effect tula. Tapi bile nak claim, macam hampehhh…
And waktu I tulis emel tu adala beberapa colleuages yang tgk surat tu, and diorang share pengalaman diorg. Hantar surat claim Loss of use seribu dapat 300 je. Hantar 2ribu, dapat 500 je. And diorang cakap diorang redha jela. So imagine berapa banyak dah orang kene macam tu. Berapa keuntungan bodoh je diorang buat (berapa bnyak hak org kene tipu)…
Dah lama berbulu dengan industri ni sebenarnya. Penuh dengan penipuan. Banyak hidden policies and blaming game nanti ke customer and customer plak malas nak gaduh-gaduh so agreed je with whatever.
Tu belom aku masuk part medical insurans. Berapa kali dah as a doctor, I got requests “doktor boleh tak tulis mcm ni. Kalau tak insurans saya tak cover”. ”doktor boleh tak adjust part ni, kalau tak insurans saya tak cover”.
So guys, know your facts right and jangan pernah takut untuk fight for your own right. As customer always know what you are paying for and jangan terima bulat-bulat je ape agent cakap. Yang paling penting be smart. Tak payah nak terpekik terlolong kat kaunter. No point. Tulis surat, supaya ade legal documentation and CC kan kepada pihak berkenaan kalau memang hak You, You akan dapat. Don’t worry.
Sekian bebelan. So I can finally say I’m free from all the bullshits that happen from my accident. Semoga kita semua dijauhkan dan diberikan keselamatan always. Wallahua’lam.
ps : Siapa x sependapat dengan I, boleh refer nota kaki
Kesimpulan
Jadi, dengan post ni harap korang tahu apa hak korang dalam urusan claim Loss of Use ni supaya kita tak mudah-mudah diperbodohkan oleh pihak insurans yang mengaut keuntungan bodoh macam tu je.
Soalan lazim
Apa itu Loss of Use?
Loss of use adalah urusan tuntutan claim ketika kereta anda masih dibaiki di bengkel. Bilangan hari bergantung kepada Adjuster yang mengira anggaran berapa hari kereta anda boleh disiapkan untuk dibaiki. Ia tidak termasuk hari cuti dan menunggu spare part tiba.
Apa nama lain Loss of Use?
Nama lain bagi Loss of Use yang selalu digunakan oleh pihak insurans adalah CART.
Semua layak ke untuk claim Loss of Use?
Loss of Use hanya layak claim jika anda tidak bersalah dalam kemalangan tersebut. Dengan kata lain, penyebab kemalangan adalah third party barulah anda boleh buat urusan claim Loss of Use.
Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!
Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.
Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.
Apa email Bank Negara & TPPM (Jabatan apa?)?
boleh semak di laman web bank negara
Maaf saya nak tnya..andai kata orang yg membawa kenderaan trsebut tiada lesen, boleh kah claim loss of use ini trhadap pihak insurance.yg langgar pun sudah buat report dan pihak polis mgatakan diorng punya salah..tapi pihak insurance memberi asalan , jikalau org yg tgh bwak tu xdak lesen dan pihak insurance xdapat contact pihak trbabit, jdi loss of use ini xdapat claim..
sepatutnya boleh…cuba ke pejabat insurans terus untuk penjelasan lanjut…
Saya hensem dan sado
hahaha…betul ke bro ensem dan sado?
Hi, saya baru kena langgar. Kereta baru seminggu. Dah buat report polis trafik, then polis minta kad kereta dan insurans kereta sy instead of orang yg melanggar. Memang prosedur utk bagi kad kereta dan insurans mangsa ka? sy confused jap
puan insurans 1st party ke 3rd party? kalau 1st party bagi je kat polis jika polis minta. Tapi sebelum tu cuba dapatkan nasihat juga dari pihak insurans puan.
Terima kasih atas perkongsian supaya ramai tak tertipu
sama2 🙂