Apa Itu Strok Haba? Cara Mencegah Dan Mengatasinya

Apa itu strok haba? Sejak akhir ni, suhu persekitaran di negara Malaysia naik dengan mendadak sehingga suhu mencecah 35 hingga 37 darjah celcius di mana suhu tersebut adalah suhu ditahap berjaga-jaga. Suhu normal bagi negara Malaysia adalah 21 – 32 darjah celcius sahaja.

Baru-baru ni Malaysia telah digemparkan dengan dua kanak-kanak yang meninggal dunia disebabkan strok haba. Bila post mortem dilakukan, doktor mengesahkan banyak organ dalaman telah “hangus”. Punca strok haba ni adalah dari cuaca panas yang melampau.

Ni satu lagi aku nak beritahu. Ramai yang salah faham bila doktor beritahu hangus tu, mereka fikir hangus macam kena bakar. Sebenarnya tidak. Hangus maksud doktor di sini organ kanak-kanak tersebut kelihatan kering melampau seolah-olah hangus terbakar akibat kekeringan air dan suhu panas yang melampau dalam badan.

apa itu strok haba

Apa itu Strok Haba?

Apa itu strok haba? Strok haba adalah salah satu jenis penyakit kepanasan yang melampau yang dialami oleh seseorang dengan suhu badan melebihi 40 darjah celcius. Dengan suhu badan tersebut, manusia akan mengalami kekeliruan dan bingung. Punca terkena strok haba adalah disebabkan terdedah oleh cuaca atau suhu persekitaran yang terlalu panas.

Paling menakutkan, seseorang yang terkena strok haba ni boleh berlaku secara berperingkat-peringkat. Gejala demi gejala sehingga meninggal secara mengejut.

Tapi tak perlu risau jika korang dapat kesan awal yang korang terkena strok haba sebab kita boleh atasinya dengan baik.

Jadi korang dah tahu ke maksud apa itu strok haba?

Tanda Dan Gelaja Strok Haba

Macam mana nak tahu seseorang tu terkena strok haba ni?

Berikut adalah beberapa tanda jika seseorang terkena strok haba. Sila perhatikan dan pantau keluarga masing-masing jika ada tanda seperti berikut.

  1. Suhu melebihi 40 darjah celcius.
  2. Rasa keliru, bercelaru dan bingung.
  3. Merasa pening kepala dan mual.
  4. Badan yang sangat lemah.
  5. Bercakap tidak jelas.
  6. Mengalami kekejangan otot.

Rawatan

Jika korang rasa seseorang tu terkena strok haba, ini perkara yang korang kena lakukan sebab jika lambat bertindak, orang yang terkena strok haba boleh menyebabkan fungsi organ mengalami kegagalan dan membawa maut.

Langkah 1 Sila longgarkan bajunya supaya haba dapat keluar dan badan dapat kena udara serta memudahkanya untuk bernafas.

Langkah 2 Beri minum air putih sejuk untuk menyejukkan dalaman tubuh. Jangan paksa jika pesakit keliru.

Langkah 3 Kalau boleh, renjis air, lap atau mandikan pesakit tersebut supaya dapat mengurangkan kesan panas dalam tubuh.

Langkah 4 Letakkan diruang yang lebih terbuka seperti di ruang tamu berbanding dalam bilik.

Langkah 5 Pastikan ada pengaliran udara yang baik.

Langkah 6 Bawa pergi ke hospital dengan segera jika pesakit dah agak reda atau boleh terus call ambulans jika keadaan semakin teruk.

Harap dengan korang tahu apa itu strok haba, korang akan lebih cepat kesan gejala-gejala yang dialami oleh seseorang tu.

Pencegahan Strok Haba

Kita selalu tekankan kaedah rawatan berbanding pencegahan sedangkan pencegahanlah kita dapat mengelakkan sesuatu penyakit dan dapat elakkan dari rawatan.

Jadi, macam mana nak cegah dari terkena strok haba ni?

  1. Guna pakaian nipis, berwarna terang & berlengan pendek.
  2. Bayi tak perlu bedung tebal dan ketat.
  3. Kurangkan penggunaan mitten dan booties bayi.
  4. Gunakan kipas siling, kipas berdiri, penghawa dingin.
  5. Buka tingkap untuk pengaliran udara yang baik.
  6. Kerap beri minum air kosong atau susu.
  7. Kerap mandikan anak.
  8. Elakkan minum minuman yang mengandungi alkohol dan kafein.
  9. Elakkan dari terkena matahari secara langsung.

Tips Sejukkan Rumah Kayu Beratap Zink

Di sini saya nak kongsikan pada korang beberapa tips yang boleh korang ikut untuk sejukkan rumah korang tu sebab kebanyakkan rumah di kampung-kampung ni masih lagi panas macam duduk dalam oven.

  1. Jika korang masih lagi pakai zink besi, cuba cari zink yang dibuat dari tanah liat. Jika zaman dulu ada, tapi zaman sekarang saya tak pasti masih wujud lagi ke tak atap macam tu.
  2. Tolong pasang siling rumah walaupun rumah korang rumah kayu kerana siling akan menghalang haba dari atap turun ke bawah.
  3. Boleh cuba letak aluminium foil atas siling untuk menghalang haba merebak ke dalam rumah.
  4. Buka segala tingkap rumah yang ada supaya angin dapat bawa haba keluar dari dalam rumah.

Soalan Lazim

Berapa suhu normal di Malaysia?

Suhu normal di Malaysia adalah antara 21 – 32 darjah celcius sahaja. Jika lebih dari tu, suhu di Malaysia agak panas dan perlu berjaga-jaga.

Berapa suhu tahap berjaga-jaga di Malaysia?

Suhu persekitaran ditahap berjaga-jaga di Malaysia adalah 35 darjah celcius ke atas.

Bahaya ke strok haba?

Ya strok haba bahaya dan boleh membawa maut kerana kesan dehidrasi yang teruk dalam badan yang boleh menyebabkan cecair dalam badan mengering.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top