Apa Perlu Dibuat Jika Cermin Kereta Pecah?

Korang tahu ke tak ni? Jika kita sedang memandu kereta di atas jalan dan tiba-tiba ada satu objek yang melantun dengan sangat laju ke arah cermin kereta kita sehingga pecah akibat daripada pekerja mesin rumput di tepi jalan, apakah tindakkan yang harus kita lakukan?

Perlu ke korang bertumbuk bagai?

Rileks…Tarik nafas panjang dan hembus. Sebenarnya ada solusinya.

Baiklah, benda ni bukan tips daripada aku tapi tips daripada rakan Facebook aku di mana beliau telah kongsikan bagaimana cara untuk atasi masalah ini. Tapi aku olah semula ayat di sini dalam bahasa yang lebih santai untuk korang lebih mudah faham.

Apa salah jika kita kongsi ilmu ni kan?

Cermin Kereta Pecah Akibat Daripada Pekerja Mesin Rumput

Berikut adalah langkah-langkah yang korang perlu buat jika cermin kereta pecah.

cermin kereta pecah

Langkah 1 Jangan Panik

Salah satu sifat manusia ni, ia suka panik bila terjadi sesuatu. So, korang janganlah panik jika benda ni berlaku. Apa yang perlu korang buat adalah, ambil gambar bahagian kereta yang kemik tersebut dan pergi jumpa dengan pekerja tu.

Tanya nama penuh beliau dan syarikat kontraktor pekerja yang membuat kerja mesin rumput tu.

Untuk info korang, setiap kerja pemotongan rumput di tepi jalan ni mempunyai insurans. Ia memang perkara wajib kerana pihak berkuasa menetapkan mana-mana syarikat yang ingin memasuki tender pemotongan rumput ni ia mesti mempunyai insurans supaya setiap masalah yang berlaku dapat diselesaikan dengan cara baik.

Sebelum mereka dibenarkan memotong rumput, pihak syarikat perlu mengemukakan “Cover Note” insurans terlebih dahulu kepada pihak berkuasa tempatan sebagai bukti bahawa syarikat tersebut memang dibawah lindungan insurans jika berlaku perkara yang tidak di ingini.

Langkah 2 Buat Laporan Polis

Apabila korang sudah dapat nama syarikat tersebut, semak panel insurans manakah yang telah di ambil oleh syarikat itu. Yang ni boleh tanya kepada pihak syarikat yang terbabit. Kemudian, buat laporan polis dalam tempoh 24 jam untuk dibawa ke bengkel panel insurans syarikat tersebut supaya dapat menggantikan cermin baru.

Haaa…

Ni satu lagi. Dalam laporan polis tu, korang hendaklah nyatakan nama pemotong rumput (termasuk IC lagi baik), nama syarikat, alamat, tarikh dan masa kejadian.

Oh ya. Sertakan juga nama jalan dan kawasan di mana insiden tersebut telah berlaku.

So, andaikata benda ni benar-benar berlaku pada korang, cuba ingat balik panduan yang aku berikan ni supaya korang dapat selesaikan konflik tersebut dengan cara berhemah tanpa bergaduh.

Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.

Semoga bermanfaat. Jangan lupa untuk share. 🙂

Oh ya. Jangan lupa untuk subscribe pada channel YouTube aku iaitu “Blog Faiz” sebab di sana juga aku ada banyak buat perkongsian dalam bentuk video.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

2 thoughts on “Apa Perlu Dibuat Jika Cermin Kereta Pecah?”

Leave a Comment

Scroll to Top