Ramai saya tengok sekarang mencari kat Google cara Bayar saman online. Sekarang ni tak seperti dulu. Kalau kena saman, kena pergi ke pejabat pos atau balai polis untuk buat bayaran. Kadang-kadang nak buat benda ni kita tak ada masa. Dah la kena saman. Terpaksa pula beratur dan bersusah payah nak kena pergi balai polis atau pejabat pos nak buat bayaran saman.
Bazir masa dan bazir tenaga.
Setiap orang pasti merasai pengalaman kena saman. Kena saman tu biasa. Nak bayar saman tu rasa luar biasa.
Haha.
Baiklah.
Kali ni aku nak kongsi sikit dengan korang bagaimana kita boleh bayar saman online je. Tak perlu bersusah payah lagi nak pergi mana-mana kaunter untuk buat bayaran. Hanya hujung jari kita je.
Cara ni bukan kita boleh buat bayar saman polis je tapi juga kita boleh buat bayaran saman untuk JPJ dan beberapa agensi yang lain juga.
Cara Bayar Saman Online
Haa…Ni aku baru je kena saman sebab tak pakai tali pinggan keledar. Gila bapak harga saman tak pakai tali pinggan keledar RM150. Bagi aku tak patut la sebab dalam kereta kita sendiri. Bukan melibatkan keselamatan dan nyawa orang lain pun.
Tanpa buang masa jom lihat perkongsian aku cara bayar saman online ni.
#1. Cara Bayar Saman Online Melalui MyEG
Langkah 1 Langkah pertama ni korang perlu layari Myeg.com.my sebab aku akan tunjukkan cara bayar saman online dengan menggunakan laman web ni.
Jadi, gambar di atas ni menunjukkan halaman utama MyEG dan korang login di sebelah kiri.
Jika korang pertama kali datang ke dalam web ni korang perlu daftar terlebih dahulu barulah boleh login. Untuk mendaftar ke laman web ni, korang boleh terus pergi ke URL https://www.myeg.com.my/register.
Langkah 2 Lepas dah daftar dan login, korang akan lihat pula gambar seperti di bawah ni.
Jika korang lihat, sebenarnya banyak benda kita boleh buat kat sini. Antaranya bayar saman JPJ, saman DBKL, cek CTOS dan banyak lagi.
Tapi di sini aku akan fokus pada pembayaran saman dari PDRM saja.
Jadi, korang klik je pada lambang atau logo PDRM kat situ. Kalau korang nak bayar saman JPJ, klik je kat logo JPJ tu.
Simple like that.
Langkah 3 Kemudian di kawasan ni kita perlu masukkan nombor IC dan juga masukkan nombor anti-spam seperti nombor yang tertera tu.
Lepas dah masukkan IC dan nombor anti-spam tu, klik pada butang Check Summons.
Langkah 4 Lepas dah klik pada butang Check Summons, sistem akan senaraikan semua saman-saman yang pernah kita ada seperti yang ditunjukkan pada gambar di bawah ni.
Seperti yang korang lihat atas ni, terdapat tiga saman yang aku ada dan belum bayar.
Untuk bayar, kita hanya perlu tick pada saman yang kita nak bayar tersebut. Boleh lihat contoh pada anak panah pada gambar di atas.
Bila kita dah pilih saman yang kita nak bayar, klik pada butang Proceed untuk teruskan pembayaran.
Langkah 5 Kemudian kita akan dibawa pula ke halaman last review untuk kita lihat berapa jumlah dan saman jenis apa yang kita nak bayar. Lepas korang dah cek semua dan berpuas hati, klik je pada butang “Proceed to Payment”
Nanti korang akan dibawa ke halaman pembayaran dan korang boleh terus bayar.
Langkah 6 Pada halaman pembayaran ni, kita boleh pilih samaada nak guna pembayaran Online Banking (FPX) atau boleh guna Credit Card/Debit card.
Jika korang pilih Online Banking (FPX) nanti sistem akan beri pilihan kita nak guna bank apa untuk pembayaran. Nanti sistem akan bawa direct ke bank tersebut untuk kita login dan bayar.
Teruskan pembayaran korang sehingga selesai.
Siap!
Itu saja langkah-langkah yang korang perlu buat untuk bayar saman online melalui MyEG.
Kalau korang tak suka tengok tutorial bertulis, korang juga boleh lihat tutorial secara video.
Boleh rujuk video yang aku buat di bawah untuk bayaran saman melalui MyEG.
#2. Cara Bayar Saman Online Melalui Applikasi MyBayar Saman
Mungkin ada yang belum tahu tentang applikasi MySaman ni.
Applikasi MySaman adalah sebuah applikasi yang dibangunkan oleh kerajaan untuk memudahkan rakyat membuat bayaran saman kesalahan trafik secara online tanpa perlu pergi ke kaunter.
Jadi di sini secara tidak langsung ia dapat menjimatkan masa semua orang untuk membuat bayaran saman.
Untuk dapatkan applikasi ni, korang boleh download di App Store dan juga Google Play.
Lepas dah download, ikut tutorial di bawah.
Langkah 1 Lepas dah download, korang perlu daftar terlebih dahulu dengan buka akaun di MyBayar Saman. Segala butang nak daftar dah ada kat sana. Daftar je.
Langkah 2 Lepas dah siap daftar, login ke dalam akaun MyBayar Saman dengan menggunakan IC sebagai User ID dan kata laluan yang korang tetapkan masa daftar tadi.
Langkah 3 Lepas dah login korang akan dapat lihat terus jumlah saman yang perlu dibayar. Jangan terkejut macam mana applikasi tersebut boleh detect jumlah bayaran sebab ia kesan melalui IC yang kita daftarkan tadi.
Langkah 4 Untuk membayar saman, klik pada butang “Pay of Summons”.
Langkah 5 Nanti ia akan senaraikan semua saman kesalahan trafik yang kita ada. Pilih saman mana yang kita nak bayar dengan tandakan tick pada sebelah kanan. Nanti ia akan tunjukkan dengan lebih detail lagi tentang bayaran saman tersebut.
Langkah 6 Tandakan tick pada jumlah yang perlu dibayar dan klik pada butang ” Checkout” untuk meneruskan pembayaran.
Langkah 7 Nanti next page pula, korang boleh pilih samaada nak bayar online banking atau guna kad. Mana-mana pun boleh. Tapi saya sarankan guna saja online banking untuk pembayaran.
Langkah 8 Lepas dah pilih cara bayaran, klik pada butang Pay untuk teruskan pembayaran sehingga selesai.
Untuk resit pembayaran, korang akan dapat dalam bentuk PDF melalui email.
Siap sudah cara bayar saman online melalui applikasi MyBayar Saman.
Cara Bayar Saman Secara Walk-In
Bayar saman secara walk-in ni bermaksud korang perlu pergi ke kaunter atau boleh pergi ke kioks-kioks layan diri yang ada untuk buat pembayaran sama. Cara bayar saman ni saya tunjukkan juga sebab tak semua pandai IT untuk buat pembayaran seperti atuk atau nenek kita di kampung.
#1. Cara Bayar Saman di Kaunter Bayaran Trafik IPK dan IPD
Langkah 1 Pergi ke balai polis berdekatan
Langkah 2 Boleh tanya polis pengawal kat mana kaunter bayaran trafik sebab ia tak sama dengan balai biasa untuk buat report.
Langkah 3 Jika ramai orang perlu ambil nombor giliran terlebih dahulu.
Langkah 4 Tunggu giliran dipanggil.
Langkah 5 Berikan info atau surat saman kepada staff yang menjaga kaunter.
Langkah 6 Buat pembayaran sama seperti yang tertulis di surat saman. Cuba minta diskaun kot ada diskaun yang boleh diberikan.
Langkah 7 Lepas selesai pembayaran, pastikan anda minta resit bayaran dan simpan untuk beberapa waktu.
#2. Cara Bayar Saman Di Mesin ATM
Untuk bayar saman cara ni, anda boleh pergi ke mana-mana mesin ATM yang terdekat. Pastikan ATM atau kad debit anda bawa bersama dan jangan lupa juga bawa surat saman untuk rujukan info yang diperlukan nanti.
Jom ikut langkah di bawah jika nak bayar guna mesin ATM.
Langkah 1 Masukkan kad ATM anda dalam mesin ATM.
Langkah 2 Pilih bahasa yang anda mahu.
Langkah 3 Masukkan nombor pin kad ATM anda.
Langkah 4 Kemudian, pilih menu “Bayaran Bil” atau Pay Bills.
Langkah 5 Pilih menus “Pembayaran Saman PDRM”
Langkah 6 Masukkan nombo kad pengenalan atau IC untuk tujuan pengesahan
Langkah 7 Masukkan maklumat saman yang diperlukan seperti yang terpapar di screen.
Langkah 8 Teruskan pembayaran saman sehingga selesai.
Siap!
Jangan lupa untuk ambil resit untuk rujukan kemudian hari.
#3. Cara Bayar Saman di Pejabat Pos Malaysia
Seperti biasa, sebelum pergi ke Pejabat Pos, pastikan kad pengenalan dan surat saman bawa bersama. Untuk bayar saman di Pejabat Pos ni, korang boleh je pergi ke mana-mana cawangan Pejabat Pos yang terdekat.
Jom ikut langkah-langkah di bawah untuk bayar saman di Pejabat Pos.
Langkah 1 Ambil nombor giliran. Pastikan nombor giliran yang betul. Jika tak pasti boleh tanya penjaga di situ. Sebab dah ada kes tersalah cetak nombor untuk tujuan lain, dia terpaksa ambil nombor giliran yang lain.
Langkah 2 Tunggu sehingga nombor giliran anda dipanggil.
Langkah 3 Berikan je surat saman tu pada staff di kaunter tersebut.
Langkah 4 Buat pembayaran seperti yang dikenakan dalam surat saman tersebut.
Siap!
Seperti biasa, lepas dah siap buat pembayaran, jangan lupa minta resit sebagai bukti kot-kot nak ada isu kemudian hari, kita dah prepare lebih awal lagi.
Tips Jimat Bayar Saman
Di sini saya nak kongsikan sikit pada korang yang nak jimatkan bayar saman antara 50% hingga 80% jimat.
Apa yang perlu korang buat bila dah dapat surat saman?
Tips #1: Bayar Segera
Tips yang pertama adalah korang boleh bayar segera saman yang dapat terutama saman yang korang kena tandatangan depan polis. Jika korang melambat-lambatkan bayaran, harga boleh naik sekali ganda bila dah cukup tempoh yang ditetapkan.
Tips #2: Tunggu Diskaun Dari Kerajaan
Setiap tahun kerajaan sentiasa buat diskaun untuk bayaran saman. Jadi korang kena sentiasa alert dengan diskaun yang diberikan oleh kerajaan ni. Kalau tak silap aku pada tahun 2021-2022 macam tu kerajaan pernah buat diskaun sebanyak 80% untuk bayar saman.
Jimat kan?
Tips #3: Guna Kabel
Ok tips ni tak semua orang ada kelebihan sebab hanya individu tertentu saja yang boleh. Sebenarnya ramai tak tahu pun cara ni.
Kalau korang ada adik beradik yang kerja polis terutama di bahagian trafik, cuba minta tolong mereka untuk kurangkan bayar saman.
Sebab ada je kawan aku sendiri di mana abang iparnya kerja polis, boleh kurangkan saman dari RM150 kepada RM50 saja.
Soalan Lazim
Boleh ke tak bayar saman Polis/JPJ?
Ikut pengalaman saya dan tanya orang ramai, saman jenis yang hantar surat melalui pos seperti surat saman speed trap, tidak jadi masalah jika tak bayar. Surat yang jenis ada sign tanda tangan kita itu yang wajib bayar sebab jika tak bayar korang boleh naik mahkamah.
Boleh renew ke lesen memandu jika tak bayar saman?
Setakat ini yang saya tahu, ramai yang kena saman speed trap sampai beribu-ribu tak bayar masih lagi boleh renew lesen di JPJ tanpa ada masalah. Untuk saman jenis lain saya tidak pasti. Tapi apa yang pasti, surat saman yang kita sign tandatangan depan polis, itu wajib bayar.
Boleh ke orang lain tolong bayar saman kita?
Jawapanya adalah boleh. Pastikan orang yang nak bantu bayar saman kita tu, mereka mesti tahu IC kita sebab melalui IC sistem akan kesan berapa saman yang kita ada.
Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!
Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.
Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.
Kalu nk minta rayuan(utk kurangkn bayaran saman) cam ne
biasanya kena masuk mahkamah….mahkamah je boleh buat rayuan ni….xde apa masuk mahkamah pun….paling tak kena baya denda je kalau salah trafik mcm ni…