Blog Faiz

Berkarya Untuk Berkongsi

  • Blog
  • Servis/Produk
  • Network
    • Belajar YouTube
    • Servis Bina Web
  • Hubungi
  • Lain-Lain
    • Siapa Saya?
    • Privacy Policy
    • Penafian
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube

Design by SM Creative Studio

Home » Blog » Apa Yang Menarik Di Pesisir Payang Kuala Terengganu

Apa Yang Menarik Di Pesisir Payang Kuala Terengganu

Last Updated on November 29, 2020 by FaizAlias Leave a Comment

Apa Yang Menarik Di Pesisir Payang Kuala Terengganu | Di Kuala Terengganu sebenarnya tidak banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi selain Pantai Batu Buruk dan juga China Town. Tetapi kerajaan negeri Terengganu telah mengambil langkah inisitif untuk membuka tempat kawasan pelancongan yang baru kepada pengunjung iaitu di Pesisir Payang.

Untuk pengetahuan korang, di sini sebenarnya ada satu jambatan yang baru dibina untuk menghubungkan Pesisir Payang dengan Pulau Duyung dan kos ini telah menelan kos sebanyak RM200 juta.

Uniknya, jambatan yang dibina ini boleh di angkat untuk tujuan kapal besar melaluinya. Setahu aku jambatan yang boleh diangkat ni belum ada lagi di Malaysia (maafkan aku jika dah ada). Tahniah untuk kerajaan negeri Terengganu!

Apa Yang Menarik Di Pesisir Payang Kuala Terengganu

pesisir payang
Kawasan Pesisir Payang

Sejujurnya, kawasan ini tiada apa-apa yang menarik untuk korang kunjungi tetapi jika korang ingin buat photoshot atau bergambar ia adalah satu idea yang menarik kerana pemandangan background di sini agak cantik.

Selain daripada itu, korang boleh berpiknik dengan keluarga di sini pada waktu petang. Hampar tikar dan layan air teh petang sambil cicah biskut. Boleh hilang stress tuu…

Fuhh..

Memang padu rasanya. Setahu aku juga, ketika bulan puasa, kawasan lapang yang ada di Pesisir Payang ni dijadikan tempat berbuka oleh orang ramai. Bagi aku ini adalah sesuatu yang menarik perlu dicuba. Pemandangan sekeliling yang syahdu ni boleh meningkatkan lagi selera kalau berbuka puasa di sini.

Aku sebagai rakyat Malaysia berharap tempat ini akan menjadi satu daya tarikan pelancongan baru yang terkenal suatu hari nanti. Jom sama-sama kita support sektor pelancongan di Malaysia supaya negara kita bertambah lebih maju.

Kalau yang merancang untuk ke Kuala Terengganu ni, aku sarankan untuk korang pergi dan tengok suasana di sini. Suasana di sini lebih menjadi dramatik ketika waktu petang. Kalau nak buat photoshot kahwin tu sangat-sangat sesuai.

Untuk layan review aku secara bervideo, boleh nonton di bawah melalui channel YouTube Blog Faiz.

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Baca juga..

  • Pengalaman Aku Bercuti di Pulau Perhentian 3 Hari 2 Malam
  • Di Terengganu ada Pantai Miami? – Tempat Menarik di Kuala Terengganu (Bahagian 1)
  • Review Hotel OYO 535 Tanjong Inn di Kota Bahru
  • Cara Pergi ke Langkawi Naik Kereta Sendiri

Siapa Saya?

Minat dalam dunia bisnes, blogging dan juga travel. Kerja sampingan adalah webdesigner. Boleh layari smcreativestudio.com.Dan tolong subscribe channel YouTube aku "Blog Faiz". Read More…

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Carian Artikel

Subscribe di YouTube

Lihat lebih banyak video tutorial dan kisah hidup aku di YouTube. Klik butang subscribe di bawah.

SPONSORED




Kategori

Archives