Di Terengganu ada Pantai Miami? – Tempat Menarik di Kuala Terengganu (Bahagian 1)

Hi geng.

Kali ni aku nak berkongsikan kepada korang semua tempat yang menarik di Kuala Terengganu.

Tapi, nampaknya dah lama aku tak update kat blog aku ni. Bukan apa. Sebenarnya aku sibuk duk setup channel YouTube aku ni. Disebabkan aku banyak fokus pada video sampai aku tak ada masa nak menulis dekat blog aku ni.

Kalau korang belum subscribe channel aku tu, nanti korang subscribe la ya. Aku mengemis subscribe ni.

Haha.

Apa-apa pun sila lawat dulu channel YouTube aku tu. Lepas tu barulah korang nilai dan buat keputusan samaada nak subscribe ataupun tidak.

Dalam Channel aku tu aku banyak buat video pasal tempat-tempat yang menarik, review makanan, review gadget, review teknologi dan apa-apa saja yang aku tahu aku akan berkongsikan kepada korang dalam channel aku tu.

Baiklah.

Berbalik kepada tajuk utama iaitu aku bercuti di tempat-tempat menarik yang ada di Kuala Terengganu.

Sebenarnya plan nak pergi bercuti ni spontan saja sebab kampung isteri aku memang kat Kuala Terengganu dah pun.

Disebabkan aku tak ada kerja nak dibuat so aku pun buatlah lawatan-lawatan tempat menarik di Kuala Terengganu ni.

Destinasi #1. Masjid Kristal

Pada mulanya destinasi pertama aku adalah ke masjid kristal. Tapi pada hari tersebut adalah hari raya haji dan aku baru tahu rupa-rupanya hari cuti umum masjid ni ditutup.

So aku terpaksa ke next destinasi dengan perasaan yang hampa dan gambar pun aku tak ada nak tampal kat sini.

Tapi aku pelik.

Kenapa masjid perlu ditutup ketika hari cuti umum?

Bukankah masjid ni tempat untuk kita beribadah?

Atau kat Masjid Kristal ni hanya untuk tempat pelancongan saja?

Hmmm…

Biarlah korang yang jawab sendiri.

Ok. Aku pun malas nak fikir panjang. Jom kita ke next destinasi.

Opss..

Sebelum tu aku nak beritahu bahawa aku ada buatkan video dan artikel Bahagian 2 untuk Masjid Kristal ni. Jangan lupa baca dan tonton video ya. 🙂

Destinasi #2. Pesisir Payang/Dataran Shah Bandar

Destinasi kedua aku pula adalah di Pesisir Payang yang berdekatan dengan Dataran Shahbandar.

So apa yang menarik di sini?

Benda yang menarik di sini adalah korang boleh lihat pemandangan drawbridge Kuala Terengganu yang telah viral baru-baru ni.

pesisir payang tempat menarik di kuala terengganu

So, siapa yang nak buat photoshoot perkahwinan di sini juga sangat sesuai yang berlatar belakang drawbridge.

Kalau korang perasan, latar belakang drawbridge ni korang seolah-olah berada di luar negara sebab ini adalah drawbridge yang pertama di Malaysia.

Apa yang menarik lagi di Pesisir Payang ni adalah korang boleh pergi ke Pasar Payang. Pasar Payang ni adalah syurga beli-belah bagi orang yang suka periuk, periuk belanga, gelas, pinggan mangkuk dan apa-apa saja yang berkaitan dengan barangan dapur.

Psstt…

Kalau korang ada isteri yang suka dengan semua benda-benda tu jangan bawa dia ke sini. Huhu…

Destinasi #3. Drawbridge di Seberang Takir

Destinasi aku yang seterusnya adalah ke Seberang Takir untuk lihat drawbridge dengan lebih dekat.

Untuk ke seberang takir ni aku telah melalui jambatan drawbridge ni.

Wow.

So, inilah pertama kali aku laluinya setelah ia dibuka sejak 3 bulan lalu.

Perasaan aku masa lalui jambatan tu dengan kereta aku, aku rasa bangga telah menjadi rakyat Malaysia. Apatah lagi rakyat negeri Terengganu sendiri. Ini melambangakan negara kita boleh mencapai negara yang maju.

Untuk info korang, setakat ni drawbridge di Kuala Terengganu tu adalah drawbridge yang terpanjang di dunia. Korang jangan kira panjang keseluruhan jambatan tu. Korang hanya kira yang boleh diangkat tu saja. Yang tu dikatakan terpanjang di dunia.

drawbridge tempat menarik di kuala terengganu

Setelah berphotoshot aku di sini lebih kurang sejam, so aku pergi ke next destinasi.

Destinasi #4. Pantai Seberang Takir a.k.a Miami Beach

Untuk bahagian 1 ni, destinasi terakhir aku adalah singgah di Pantai Seberang Takir atau juga dikenali sebagai Miami Beach Kuala Terengganu.

Tapi, kenapa Miami Beach?

pantai seberang takir atau miami beach tempat menarik di kuala terengganu

Dikatakan di sini ada pemandangan yang sangat cantik seperti di Miami Beach tu.

Nak tahu betul ke tak, korang boleh lihat dulu video di bawah ni.

Ni sebehagian saja yang aku sempat shoot dengan drone aku. Next time aku cuba buat view dengan lebih meluas lagi.

Ok berbalik kepada Pantai Seberang Takir tadi.

So apa yang menarik di sini.

Yang menariknya adalah pemandangannya yang sungguh cantik tambahan pula jalan raya betul-betul berdekatan dengan jalan raya.

Jarang woo pantai berdekatan dengan jalan raya di Malaysia ni.

Setahu aku pantai seberang takir je la pemandangan macam ni.

Di sini juga, korang boleh jadikan tempat photoshot untuk majlis hari bahagia korang.

Penutup

Aku rasa itu sajalah dulu perkongsian aku pada artikel kali ni iaitu lawatan aku ke tempat-tempat yang menarik di Kuala Terengganu ni.

Dengan izin-Nya, aku akan sambung pula pada bahagian yang kedua. Jangan lupa untuk singgah nanti ya di blog dan channel aku ni ya.

Jika korang suka untuk lihat dalam bentuk video apa yang telah aku ceritakan di atas ni, korang boleh lihat video ni di bawah. Enjoyyy…

Miami Beach Seberang Takir, Terengganu

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top