Biodata Syahmi Sazli – Youtuber Malaysia | Siapa yang tak kenal dengan Syahmi Sazli iaitu seorang youtuber Malaysia yang meraih pendapatan hanya melalui video yang beliau hasilkan. Hebatkan pemikiran orang seperti ini?
Sebenarnya beliau hasilkan video bukan saja mendapat pendapatan yang dipublish di Youtube dan Facebook malah mendapat tajaan daripada syarikat-syarikat yang ingin mempromosikan produk melalui video yang beliau hasilkan.
Aku cukup respect dengan orang yang hebat dalam hidupnya walaupun dalam paper tidak hebat. Aku tidak katakan Syahmi Sazli ni tidak hebat dalam paper sebab aku tidak tahu latar belakang pendidikan beliau. Apa yang aku ingin nyatakan di sini adalah, orang yang tidak hebat dalam paper tidak semestinya gagal dalam hidup. Dari hasil pemerhatian aku, orang yang gagal dalam paper inilah hidupnya lebih berjaya dan bebas. Syaratnya asalkan rajin dan berusaha mencari sesuatu.
Biodata Syahmi Sazli – Youtuber Malaysia
Di sini aku nak kongsikan sedikit info biodata Syahmi Sazli. Aku ni cukup “pantang” bila tengok orang berjaya, aku mesti cari biodatanya. Bukan niat lain tetapi untuk ambil motivasi darinya.
Hasil pencarian aku, ini yang aku dapat biodata Syahmi Sazli.
Umur: 22 Tahun (2019)
Tarikh Lahir : 23 Mac 1997
Tempat Lahir: Kelantan (Maaf tak tahu secara detail daerah mana)
Ya, setakat itu sahaja info yang aku dapat cari.
Anggaran Pendapatan Dengan Youtube
Di bawah ini adalah aku buat anggaran pendapatan beliau dengan youtube melalui applikasi YouTube Money Calculator.
Semasa artikel ini ditulis, subscriber beliau adalah sebanyak 760,299 subscriber.
Dengan jumlah ini, setiap video yang beliau post boleh mencapai pendapatan sebanyak USD5401. Dalam ringgit Malaysia lebih kurang RM22,000.
Fuh.
Walaubagaimanapun ini adalah hanya anggaran sahaja. Tetapi anggaran ini tidak pernah lari jauh dari jumlah sebenar.
Populariti
Ukuran populariti pula aku menggunakan applikasi Wizdeo.com. Biasanya ukuran populariti ni adalah tepat dan benar.
Jika kita lihat kategori Subscribers di YouTube, Syahmi Sazli mendapat tempat ke 12 dalam Malaysia. Views pula mendapat tempat ke 30 dan Rangking keseluruhan adalah pada nombor 8 (Ukuran ini dibuat pada 9/Mac/2019 dan berubah mengikut masa).
Not bad. Ketiga-tiga kategori semuanya beliau hebat.
Apa macam?
Rasa termotivasi tak nak buat video ke?
Aku akui nak buat video bukan senang. Terutama jenis video seperti Syahmi Sazli ni buat. Korang kena proaktif, kena pandai ambil pelakon, kena pandai bekerjasama dengan penduduk setempat dan sebagainya. Sebab video yang beliau hasilkan bukan video solo seperti Mat Luthfi buat.
Dan nak buat video ni juga bukan percuma ok. Antara kos yang terlibat adalah bayar pelakon, kamera yang digunakan mestilah bagus, sound mesti setting baiknya punya dan grafik mestilah jelas. Barulah video korang ada kualiti. Bila ada kualiti dengan sendiri subscriber akan bertambah.
Oklah.
Itu sajalah sembang aku pada kali ini.
Kepada yang ada bakat dalam buat video, aku harap korang tidak sia-siakan bakat tersebut.
Jika korang ingin lihat dalam bentuk video, boleh la lihat video ni di bawah.
Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!
Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.
Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.