Biodata Ringkas Tan Sri Muhyiddin Yassin

Kali ni mari kita lihat pula dan berkenalan dengan Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berikut merupakan biodata ringkas Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Biodata

Biodata Asas

Nama penuh: Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin
Isteri: Puan Sri Noorainee Binti Andul Rahman
Tarikh Lahir: Dilahirkan pada 15 Mei 1947
Anak: Mempunyai 4 orang anak iaitu NJWAFakhri Yassin MahiaddinFarhan Yassin MahiaddinNabilah Mahiaddin
Asal: Dilahirkan di Muar, Johor

biodata muhyiddin yassin

Kehidupan Ringkas

Tan Sri Muhyiddin Yassin berasal dari Bandar Maharani, Muar, Johor. Beliau merupakan salah seorang anak seorang ulama yang terkenal iaitu Tuan Haji Muhammad Yassin bin Haji Muhammad.

Tuan Haji Muhammad Yassin telah berkahwin seramai 4 orang isteri dan Muhyiddin adalah hasil perkongsian hidup dengan isteri keduanya iaitu Puan Hajjah Khadijah binti Haji Kassim.

Beliau telah mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Maharani dan Sekolah Kebangsaan Ismail iaitu sebuah sekolah aliran Inggeris. Kemudian melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah Government English School.

Selepas tamat pelajaran di sekolah menengah, beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya pada tahun 1968 dalam Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu.

Pencapaian dan Info Tambahan

  • Mula menyertai politik dalam Umno pada tahun 1971 sebagai ahli biasa.
  • Terpilih sebagai ketua pemuda Umno di bahagian Pagoh pada tahun 1976.
  • Dipilih sebagai ahli parlimen Pagoh pada tahun 1978 sehingga 1982.
  • Pernah menjadi Menteri Besar Johor pada 13 Ogos 1986 sehingga 6 Mei 1995.
  • Pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan pada tahun 1995-1999, Menteri Hal Ehwal Pengguna (1999-2004), Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (2004-2008) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri 2008-2009).
  • Pada tahun 2009 beliau telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pendidikan Malaysia.
  • Beliau pernah digugurkan jawatan dari Timbalan Perdana Menteri pada 28 Julai 2015.
  • Beliau juga mendaftarkan parti politik baharu iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau nama pendeknya adalah BERSATU.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top