Bagaimana cara batalkan pesanan di Lazada dan dapatkan refund? Sebab tu jika kita nak beli sesuatu, kita mesti beli melalui platform yang rasmi untuk jual beli seperti Lazada atau shoppe. Sebab bila ada masalah kita boleh dapatkan balik duit tu.
Bagi saya sendiri, saya haramkan diri sendiri beli apa-apa produk melalui Instagram, Facebook dan Mudah.my melainkan beli secara COD sebab jika kita ditipu seller melalui paltform ni, duit kita akan lesap begitu saja.
Jadi, kalau nak beli apa-apa barang, belilah melalui laman web yang rasmi jual beli seperti Lazada dan Shopee.
Baiklah, dalam tutorial kali ini saya akan tunjukkan macam mana nak batalkan pesanan yan kita buat.
Cara Batalkan Pesanan di Lazada Dan Dapatkan Refund
Sebenarnya untuk batalkan pesanan ni kita boleh buat di applikasi Lazada dan melalui PC kita.
Tapi di sini saya lebih selesa tunjukkan tutorial melalui PC dan kalau anda nak batalkan melalui applikasi Lazada pun ianya lebih kurang saja.
Jadi, ini tutorialnya.
Langkah 1 Login dalam akaun Lazada dan klik pada menu Track My Order.
Kemudian ia akan keluar dropdown untuk pilih pesanan/order yang kita mahu batalkan.
Langkah 2 Kemudian, kita akan dibawa ke halaman berikut. Klik pada link Cancle.
Langkah 3 Kemudian, pilih alasan kenapa anda mahu batalkan pesanan. Jika anda mahu komen apa-apa, boleh tulis pada bahagian Additional Information.
Kemudian, pilihan refund adalah berdasarkan cara anda buat pembayaran sebelum ni. Jika anda buat pembayaran melalui kad debit, pihak Lazada akan refund melalui kad debit juga.
Langkah 4 Kemudian, tick pada terma & syarat dan akhir sekali klik pada buta ng submit.
Langkah 5 Jika pembatalan dah berjaya, anda akan terima mesej seperti berikut.
Anda boleh klik View Cancle Details untuk lihat status pembatalan anda.
Jika anda nak lihat tutorial dalam bentuk video, boleh lihat di bawah.
Kesimpulan
Dalam tutorial ini saya telah tunjukkan macam mana cara untuk batalkan pesanan yang telah kita buat di Lazada tapi barang tersebut belum lagi dihantar pada kita.
Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!
Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.
Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.