Blog Faiz

Berkarya Untuk Berkongsi

  • Blog
  • Servis/Produk
  • Network
    • Belajar YouTube
    • Servis Bina Web
  • Hubungi
  • Lain-Lain
    • Siapa Saya?
    • Privacy Policy
    • Penafian
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube

Design by SM Creative Studio

Home » Blog » Cara Kira Kos Elektrik Bagi Setiap Peralatan Elektrik Rumah

Cara Kira Kos Elektrik Bagi Setiap Peralatan Elektrik Rumah

Post on June 30, 2020 Last Updated on February 13, 2021 by FaizAlias

Aku rasa setiap orang perlu tahu cara nak kira kos elektrik bagi sesuatu peralatan elektrik yang ada di rumah kita. Benda ni aku takdelah nak kata wajib ke apa tapi sekurang-kurangnya korang boleh tahu cara nak kira kos penggunaan elektrik ni.

Bila kita tahu cara pengiraan kos penggunaan elektrik, nanti kita boleh kawal kos penggunaan.

Jadi, jom kita belajar dan kira kos penggunaan elektrik bagi sesuatu barang elektrik yang ada di rumah kita.

CARA KIRA KOS BIL ELEKTRIK

Di bawah ni, aku akan tunjukkan step by step bagaimana korang boleh kira sendiri kos bagi setiap peralatan elektrik tu.

Langkah 1 Tentukan Kilowat Peralatan Elektrik

Pada bahagian satu ni, korang perlu tahu info kiloWatt (kW) bagi sesuatu barang elektrik tersebut. Biasanya info ni korang boleh tahu samaada di buku panduan manual atau stiker yang ditampal pada badan barang elektrik tersebut.

Jika yang dinyatakan dalam unit Watt, korang tukarkan kepada kiloWatt iaitu dengan cara bahagi 1000. Sebagai contoh 500W/1000 bersamaan dengan 0.5kW.

Langkah 2 Berapa Jam Sehari?

Pada langkah kedua ni pula, korang perlu tahu berapa jumlah jam sehari barang elektrik tersebut digunakan dalam kiraan jam.

Contoh anggaran korang guna kipas angin dalam sehari adalah selama 10 jam.

Langkah 3 Jumlah Unit Meter

Kenalpasti julat sekarang bagi jumlah penggunaan unit meter elektrik (kWh).

Caranya adalah korang lihat pada kotak meter letrik rumah korang dan tolak dengan bacaan meter pada bil elektrik korang bulan lepas.

Sebagai contoh, bacaan meter kWh sekarang adalah 2000 manakala bacaan meter pada bil elektrik bulan lepas adalah sebanyak 1700. Jadi bila ditolak akan jadi 2000-1700=300 unit kWh.

Langkah 4 Ketahui Tarif Elektrik

Tentukan tarif penggunaan letrik berdasarkan yang kita sudah kira tadi iaitu 300 unit kWh.

Maka tahulah kita bahawa 300 unit kWh berada pada julat 201-300 kWh dimana setiap 1 unit atau 1kWh, kita akan di caj sebanyak 33.40 sen atau mudahnya RM0.334. Jadual tarif boleh rujuk di bawah atau boleh juga rujuk kadar tarif di laman web rasmi TNB.

cara kira penggunaan elektrik

Langkah 5 Guna Formula

Sekarang ni kita perlu kira berapa penggunaan elektrik dalam masa sehari bagi sesuatu barang tersebut dengan menggunakan formula (berapa kW x berapa jam ON sehari  x RM0.516)=caj elektrik sehari.

Sebagai contoh kipas angin yang berkuasa 500W atau 0.5kW telah dipasang selama 5 jam sehari secara puratanya dan tarif sekarang dicaj pada RM0.334 setiap 1kWh.

Jadi secara kasar kiraan kos penggunaan elektrik tadi adalah seperti berikut.

0.5kW x 5 jam x RM0.334 = RM0.84

Bermakna kos penggunaan elektrik kipas angin tersebut dalam sehari adalah RM0.84.

Atau kalau korang malas sangat nak kira, boleh je guna kalkulator kos pengiraan penggunaan bil elektrik.

Semoga ianya bermanfaat untuk korang.

Sesiapa nak lihat cara pengiraan dalam bentuk video, boleh tengok di bawah ni.

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Siapa Saya?

blankMinat dalam dunia bisnes, blogging dan juga travel. Kerja sampingan adalah webdesigner. Boleh layari smcreativestudio.com.Dan tolong subscribe channel YouTube aku "Blog Faiz". Read More…

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Carian Artikel

Subscribe di YouTube

Lihat lebih banyak video tutorial dan kisah hidup aku di YouTube. Klik butang subscribe di bawah.

SPONSORED




Kategori

Archives