Cara Bayar Bil Umobile Online. Cara Paling Mudah

Bagaimana Cara Bayar Bil Umobile Online? Rata-rata pengguna umobile aku tengok masih lagi tidak gunakan kemudahan yang ada. Masih lagi ada yang bayar melalui kiosk, secara walk-in di kaunter. Sebenarnya benda ni tak perlu lagi.

Bukan umobile saja. Bil-bil utiliti yang lain seperti bayar bil elektrik, bil air, bil astro semuanya boleh bayar melalui hujung jari sahaja.

So kenapa masih nak gunakan cara lama?

Di sini aku nak kongsikan bagaimana korang boleh buat bayaran bil umobile secara online sahaja tanpa perlu pergi ke mana-mana. Hanya depan laptop atau smartfon saja.

cara bayar bil umobile online

Cara Bayar Bil Umobile Online

Di sini aku tunjukkan dua cara bagaimana korang boleh bayar bil Umobile secara online iaitu melalui laman web umobile dan bayar melalui Maybank2u.

Cara #1 Bayar Bil Melalui Laman Web u.com.my

Cara-cara di bawah ini aku tunjukkan secara step by step.

Langkah 1 Pergi ke halaman utama Umobile dan login seperti biasa.

cara bayar bil umobile online

Jika korang belum daftar akaun Umobile, sila ikut tutorial yang aku telah tuliskan bagaimana korang boleh daftar akaun Umobile online.

Langkah 2 Lepas login, korang akan lihat seperti gambar di bawah. Di sini dia menunjukkan kepada kita berapa baki sekarang perlu dibayar beserta dengan due date. Jangan lebih dari due date ini jika korang tak nak line dipotong.

cara bayar bil umobile online

Jika dah faham, klik pada Pay Bill.

Langkah 3 Kemudian, di sini korang perlu masukkan detail korang seperti email, jumlah bayaran dan jenis kad pembayaran samaada Visa, Master Card atau American Express.

cara bayar bil umobile online

Dan klik pada butang Pay Now.

Langkah 4 Pada step ini pula korang perlu masukkan detail info kad bank korang. Jangan risau pembayaran ni selamat dan secure.

cara bayar bil umobile online

Masukkan semua maklumat dan klik butang Submit.

Langkah 5 Sebaik saja klik pada butang submit, ia akan keluar satu popout windows seperti di bawah.

cara bayar bil umobile online

Pada bahagian ini, korang perlu masukkan MSOS Code iaitu sebuah kod keselamatan.

Kod ini hanya dihantar secara SMS melalui telefon korang yang berdaftar semasa buka akaun bank online.

Lepas masukkan kod tadi, klik butang OK. Jika kod tiada sampai jangan risau. Korang boleh klik butang Resend MSOS Code untuk dia resend balik.

Jika tiada masalah, maka pembayaran korang selesai.

cara bayar bil umobile online

Itu saja. Mudah dan cepat.

Cara #2 Bayar Bil Melalui Maybank2u (JomPAY)

Sebelum korang nak bayar melalui Maybank2u ni, pastikan korang ada bil umobile samaada yang dihantar melalui surat pos atau email.

Langkah 1 Log masuk ke dalam akaun Maybank2u.

Langkah 2 Pilih menu Pay & Transfer

cara bayar bil umobile online

Langkah 3 Kemudian korang akan tengok seperti halaman di bawah.

cara bayar bil umobile online

Pilih tab pay.

Pay from pilih akaun bank korang.

Pay to sila pilih JomPay sebab pihak umobile menyediakan bayaran dengan JomPay.

Dan akhir sekali korang masukkan biller code. Di mana nak dapatkan biller kod ni?

Biller code ni korang boleh dapatkan di bil U mobile korang.

Biasanya dia terletak di bawah kanan.

cara bayar bil umobile online

Rasanya untuk biller code ni sama je iaitu 88880.

Lepas masukkan biller code, klik je enter.

Langkah 4 Kemudian dia akan keluar popout seperti gambar di bawah.

cara bayar bil umobile online

Pada ref-1 masukkan seperti yang ada di bil korang tu. Ia ada dekat dengan biller code tadi.

Untuk pay amount masukkan jumlah yang nak dibayar.

Klik tick pada terma dan syarat dan klik pada butang hijau Pay.

Langkah 5 Kemudian korang klik pada butan REQUEST untuk dapatkan nombor TAC.

cara bayar bil umobile online

Nanti nombor TAC ni akan dihantar pada telefon korang.

Langkah 6 Bila dah dapat nombor TAC yang dihantar melalui SMS, masukkan je nombor TAC tersebut dan klik pada butang CONFIRM.

cara bayar bil umobile online

Siap!

Cara #3 Bayar Bil Melalui CIMB Clicks (JomPAY)

Langkah 1 Login ke dalam akaun CIMB Click korang.

Langkah 2 Pada dashboard CIMB Clicks, lihat menu sebelah kiri. Klik pada Pay & Transfer » JomPAY

cara bayar bil umobile online

Langkah 3 Kemudian, korang akan lihat bahagian ni. Untuk bahagian ni korang perlu isi sikit beberapa info yang ada.

cara bayar bil umobile online

Ok. Yang pertama kita perlu isi Biller Code. Biller Code ni kita boleh dapatkan di bil Umobile kita. Jangan korang kata tak ada bil pula. Yang ni aku tak dapat nak tolong sebab bil ni pihak umobile wajib hantar. Sila semak.

Kemudian kena isi pula pada Ref-1. Pada Ref-1 ni pun kena lihat pada bil umobile. Korang boleh lihat kat bil pada sebelah kanan bawah.

cara bayar bil umobile online

Langkah 4 Kemudian klik pada “yes” untuk bersetuju dengan terma & syarat dan klik pada butang Make Payment.

cara bayar bil umobile online

Langkah 5 Lepas tu korang akan dibawa ke halaman pembayaran.

cara bayar bil umobile online

Di sini kita perlu request nombor TAC dan klik pada butang Confirm.

Siap!

So kepada yang kerja ofis hour yang tak boleh nak tinggal ofis sewaktu bekerja, sekarang korang boleh buat bayaran semasa bekerja. Tak kira di mana saja berada asalkan ada line internet.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

2 thoughts on “Cara Bayar Bil Umobile Online. Cara Paling Mudah”

Leave a Comment

Scroll to Top