Cara Custom Nama Domain CDN | Beberapa hari lepas aku ada tunjukkan secara asas bagaimana nak integrate CDN dengan blog WordPress. Dah berjaya ke belum ikut tutorial tu?
Kalau korang ikut tutorial tu korang akan berjaya 100% tetapi URL blog korang akan digantikan dengan URL CDN. Tak ada kesan apa-apa pun cuma tak berapa cantik sebab nampak macam gambar “curi” walaupun ia diupload dalam server kita.
Macam akau beritahu hari tu, link url Image dalam web akan menjadi https://w3z3q4e6.stackpathcdn.com/wp-content/uploads/2019/02/logo-rasmi-blogfaiz-1.png
Nampak tak menarik bukan?
Kalau URL macam ni nampak ok sikit kan?
https://cdn.blogfaiz.com/wp-content/uploads/2019/02/logo-rasmi-blogfaiz-1.png
So dalam tutorial aku kali ni aku nk tujukkan macam mana cara nak custom domain CDN jadi macam tu.
Cara Custom Nama Domain CDN
Ok. Ini adalah sambungan daripada cara integrate CDN dengan WordPress.
Sebelum korang ikut tutorial ni, pastikan korang sudah integrate dengan betul CDN dengan blog WordPress korang tu.
Langkah 1 Dalam langkah satu ni kita kena masukkan CNAME dalam cPanel. Caranya adalah, login ke cPanel terlebih dahulu. Kemudian pergi cari Zone Editor. Klik.
Kemudian korang lihat seperti gambar di bawah dan cari nama domain yang korang integrate dengan CDN tu. Contohnya dalam ni aku integrate CDN dengan domain blogfaiz.com.
Klik pada Manage.
Seterusnya korang lihat pula seperti gambar di bawah. Klik Add Record dan dropdownnya klik pula pada Add CNAME Record.
Di sini ada dua kolum korang perlu isikan iaitu kolum Name dan juga kolum Record.
Pada kolum Name ni korang boleh letak apa saja korang mahu contohnya cdn, cdn1, cdn2,cdn3. Pilih salah satu.
Nanti nama ni akan menjadi url cdn.namablog.com.
Untuk kolum Record pula korang letak nama domain CDN URL.
Di mana nak cari domain CDN URL?
Nak cari domain CDN URL ni adalah dalam akaun Stackpath korang.
Login ke akaun Stackpath >>> Menu CDN >>> Klik edit pada pada nama domain blog pilihan.
So keputusannya akan keluar seperti di bawah ini. Copy semua CDN URL tu dan masukkan dalam kolum rekod tadi.
Siap untuk bahagian ni.
Langkah 2 Lepas siap masukkan CNAME tambahan dalam cPanel, seterusnya pula masukkan custom domain dalam plugin yang korang integrate dengan CDN tu. Ada banyak plugin yang boleh integrate dengan CDN ni yang telah aku beritahu dalam tutotial cara integrate CDN dengan WordPress.
Dalam tutorial ni, aku gunakan WP Fastest Cache.
So, login ke WordPress dan pergi ke menu WP Fastest Cache. Pada submenu pula klik pada CDN seperti gambar di bawah dan klik pada CDN by StackPath.
Lepas tu korang klik next sampailah jumpa seperti gambar di bawah ni.
Dalam ni, korang hanya perlu tukarkan CDN Url saja.
Masih ingat dalam langkah satu tadi korang letak apa pada kolum Name?
Jika tadi korang letak “CDN” pada kolum Name, maka url korang akan menjadi cdn.namablog.com.
So, masukkan URL tersebut dalam CDN Url.
Itu saja. Siap cara-cara bagaimana korang nak buat custom nama domain untuk CDN.
Nampak macam pening bukan?
Yes. Aku nak buat tutorial dekat korang ni pun pusing-pusing kepala aku sebab nak bagi korang faham. Kalau buat video ok pula.
Bila aku semak balik dan buat pengubahsuaian, hanya ini cara terbaik penyampaian aku. Harap korang boleh faham.
Jika tak faham atau pening bolehlah tinggalkan komen di bawah ya.
Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!
Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.
Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.