Cara Beli Domain dan Hosting Sendiri

Cara Beli Domain dan Hosting Sendiri | Baru aku tahu rupanya masih ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak tahu cara untuk membeli domain dan hosting sendiri.

Jika di luar negara, budak yang berumur 12 tahun bukan saja tahu beli domain dan hosting malah sudah menjadi tahap developer yang hebat. Boleh bina macam-macam website.

Mungkin ibubaapa di Malaysia dan luar negara tidak sama pandangannya. Ibubapa di Malaysia sekarang ini masih lagi tidak celik akan kehebatan IT.

Baiklah aku tidak mahu mukadimah terlalu panjang.

Sebelum aku teruskan tutorial dengan cara beli domain dan hosting sendiri, di sini aku nak terangkan sedikit apa itu domain dan apa itu hosting.

Secara ringkasnya, domain itu adalah alamat untuk web korang. Contohnya adalag www.blogfaiz.com. Ini adalah domain. Hosting pula adalah tempat menyimpan data-data yang korang upload dalam web nanti seperti gambar, teks dan sebagainya.

Jadinya nanti, domain ni korang akan disambungkan dengan hosting yang korang beli. Lepas itu barulah korang boleh mula bina web atau blog.

Cara Beli Domain dan Hosting Sendiri

Terdapat banyak syarikat yang bagus dalam urusan jual beli domain dan hosting ni. Tapi yang paling aku suka syarikat di Malaysia adalah NetKL. Jadi tutorial aku kali ni akan tunjukkan cara beli domain dan hosting dari syarikat NetKL.

Langkah 1 Daftar Akaun di NetKL.

Pertama sekali korang perlu buat adalah daftar akaun di NetKL. Klik sini untuk daftar.

Langkah 2 Pilih Pakej Hosting

Lepas siap daftar korang login dan lihat menu Services >>> Order New Services seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.

cara beli domain

Langkah 3 Selepas klik Order New Service tadi, korang akan dibawa ke halaman seperti di bawah.

cara beli domain

Korang boleh pilih pakej mana yang korang rasa sesuai. Aku cadangkan korang pilih pakej myPlatinum X sebab banyak ciri-ciri yang menarik.

Klik Order Now

Langkah 4 Pilih Nama Domain

Pada bahagian ni pilih nama domain yang korang cadangkan. Lepas tulis nama domain yang korang mahu, klik butang Check dan pastikan dia ada tulis bahawa nama domain tersebut available.

cara beli domain

Jika nama domain yang korang pilih statusnya available, klik butang Continue

Langkah 5 ID Protection

Pada bahagian ini korang perlu buat pilihan samaada nak guna ID protection ataupun tidak.

Tujuan ID protection ni adalah untuk melindungi info dan maklumat hubungi korang.

Jika korang tidak guna ID protection ni sesiapa sahaja boleh trace siapakan pemilik nama domain tersebut. Jika korang ingin buat website yang tidak mahu tahu siapakah pemiliknya, korang perlu pilih ni. Jika tak korang boleh abaikan sebab ID protection ni akan dikenakan RM15/setahun.

Lepas buat pilihan, klik butang continue.

Langkah 6 Review dan Kod Diskaun

Langkah terakhir, korang review dahulu apa yang sudah korang order samaada ejaan nama domain dan sebagainya.

cara beli domain

Khas untuk pembaca blogFaiz.com, korang boleh gunakan kod koupon “blogfaiz” untuk dapatkan diskaun sebanyak 10%.

Selepas itu klik butang Checkout dan korang akan dibawa ke halaman pembayaran dan buat pembayaran.

Itu saja.

Mudah bukan?

Untuk lihat versi video, boleh lihat di bawah. Jangan lupa subscribe di Channel YouTube aku juga jika korang tak mahu terlepas video yang aku akan update.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top