Cara Optimum SEO Link Dalam WordPress

Cara Optimum SEO Link Dalam WordPress | Kalau nak jadi seorang blogger kita mesti expert dalam SEO dan SEO adalah perkara utama yang perlu korang belajar dahulu. Sebabnya SEO menentukan blog korang ni berjaya ataupunya sebaliknya.

Kali ni tutorial aku pendek punya.

Aku hanya nak tunjukkan kepada korang bagaimana kita boleh optimumkan SEO untuk URL atau link dalam blog kita ni.

Ya.

Link pun kita perlu mainkan peranan.

Bukan hanya sekadar masukkan link dalam blog dan tinggalkan macam tu saja.

Jika korang masukkan link dengan cara salah, macam-macam blog korang boleh jadi nanti termasuk Google akan cop blog kita sebagai SPAM dan boleh menyebabkan rangkin SEO menurun.

Cara Optimum SEO Link Dalam WordPress

Dalam tutorial ini, aku nak tunjukkan dua cara yang betul untuk masukkan link dalam blog.

#1: Letakkan nofollow link untuk URL Luar

Kenapa kita perlu letak nofollow link untuk URL selain dari link blog kita?

Ramai pakar blogger dari luar mengesyorkan untuk menambah tag nofollow dengan link yang menunjuk ke laman web luar. Ia adalah untuk meningkatkan skor SEO blog dan melindungi site’s link juice.

Untuk menambah tag nofollow dalam link, caranya adalah seperti di bawah. Di bawah ini aku menunjukkan cara tambah nofollow secara manual.

Ini adalah link original.

Untuk tambah tag nofollow hanya tambah rel=”nofollow” dalam link seperti di bawah.

Boleh ikut?

Jika tak faham tidak mengapa kerana aku akan tunjukkan cara lebih mudah pada akhir artikel ini.

#2: Tambah tajuk pada URL

Menambah tajuk dalam URL akan memberikan lebih kekuatan SEO dalam artikel.

Maksud tambah tajuk pada URL ni bila kita letak cursor tetikus pada link kemudian dia akan keluar satu popoup text. Contohnya seperti dalam gambar di bawah.

optimum seo

Untuk tambah tajuk dalam URL, ikut tutorial seperti di bawah.

Di bawah ini menunjukkan link original.

Untuk tambah tajuk dalam link hanya masukkan title=”tajuk disini”. Ia akan menjadi seperti di bawah.

Itu saja caranya bagaimana korang boleh masukkan tag nofollow dan tajuk dalam link.

Susah nak ikut cara di atas? Tak mengapa. Korang boleh install plugin Title and Nofollow for Links dalam blog WordPress korang.

Tetapi aku syorkan korang guna cara manual kerana tak perlu risau jika plugin tidak update dan dapat mengurangkan source penggunaan dalam blog WordPress.

Update Terkini

Untuk pengetahuan korang semua, untuk tambah unfollow pada link dalam WordPress kita, kini fungsi tersebut telah sedia ada dalam WordPress. Jadi korang tak perlu buat secara manual atau guna plugin. Contohnya korang boleh rujuk seperti gambar di bawah.

optimum seo

Bila korang nak masukkan link, korang akan lihat seperti gambar di atas. Untuk tambah unfollow link hanya perlu enable saja pada fungsi unfollow link tersebut.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top