5 Cara Buat Duit Dengan Blog Yang Lumayan

Macam mana nak buat duit dengan blog? Sejak kebelakangan ni, blog dah jadi satu medium yang makin diterima ramai dalam kalangan rakyat Malaysia samaada untuk bisnes, sampaikan info dan juga untuk perkongsian peribadi.

Dulu saya tak terfikir pun blog ni boleh buat duit. Bila saya tengok orang lain buat blog apa yang saya fikir semua ni adalah sumbangan info semata-mata tanpa ada ganjaran pun dari blog tersebut.

Ada untung ke?

Pada tahun 2013, saya mula meneroka tentang buat duit dengan blog ni bila saya terlihat seorang blogger mat salleh ni jana ribuan USD dengan hanya blogging je.

Adakah buat duit dengan blog satu mitos atau real?

Jawapannya adalah kita boleh buat duit dengan blog dan jika kena dengan caranya kita boleh jana pendapatan yang lumayan dengan hanya tulis blog saja.

Blogger luar negara kebanyakkan mereka tulis blog je dan pendapatan mereka dalam setahun boleh mencecah jutaan USD.

Bila saya kaji dan tengok, rupanya banyak cara kita boleh buat duit dengan blog.

Dari situ barulah saya nampak peluang sikit demi sikit macam mana blogger ni hidup dengan hanya menulis blog je.

Macam mana cara buat duit dengan blog?

Dalam artikel ni saya akan kongsikan pada korang macam mana nak buat duit dengan blog yang lumayan.

5 Cara Buat Duit Dengan Blog

buat duit dengan blog

Di bawah ni saya kongsikan lima cara buat duit dengan blog yang paling lumayan.

Sebenarnya masih ada lagi cara buat duit dengan blog ni.

Tapi cukup sekadar fokus kepada lima cara ni saja.

#1. Iklan Adsense

Antara buat duit dengan blog paling popular adalah melalui iklan adsense.

Apa itu adsense?

Adsense adalah salah satu program di bawah jagaan Google di mana mereka akan cari publisher (blogger) untuk letakkan iklan pelanggan mereka dalam blog kita.

Kiranya, pihak Google Adsense akan sewa tapak iklan dalam blog kita dan dari situ kita akan dapat hasilnya.

Jadi macam mana kita dapat hasil dari Google Adsense?

Di Google Adsense kita akan dapat duit dengan cara pelawat klik iklan dalam blog kita dan juga per 1000 tontonan.

Cukup situ je korang perlu tahu sebab secara lebih detail ia ada pengiraan dia pula.

Setiap iklan yang di klik kita mungkin akan dapat sen-sen setiap klik sehinggalah ada yang berbelas-belas dollar setiap kali klik.

Memang setiap klik tu sikit.

Tapi bayangkan yang klik tu beratus-ratus ataupun berpuluh ribu.

Berapa dah korang akan dapat?

Sebab tu ramai yang gilakan apply Google Adsense ni.

Tapi korang kena ingat, disebabkan Google Adsense ni dia ada authoriti dia sendiri, bukan semua blog mereka akan terima untuk jadi partner mereka.

Salah satu contoh adalah jika blog copy and paste mereka tidak akan terima blog seperti ini.

Jadi, langkah yang terbaik adalah dengan cara kita berusaha dan tulis sendiri blog.

Bukan blog jenis copy and paste.

#2. Advertorial

Apa maksud advertorial?

Maksud advertorial adalah review secara bertulis ataupun iklan secara bertulis.

Jika korang seorang blogger, tentu istilah ni tidak asing lagi kan?

Untuk advertorial ni biasanya kita akan approach seseorang atau syarikat untuk buat review produk mereka di blog kita ataupun mereka yang akan cari kita untuk buat review produk mereka di blog kita.

Bagi saya, saya lebih selesa mereka yang mencari kita daripada kita mencari orang lain untuk buat review di blog kita.

Sebagai contoh, syarikat dari Panasonic contact korang. Mereka nak korang buat review secara bertulis dalam blog tentang satu produk terbaru yang mereka lancarkan.

Jadi, itulah maksud advertorial iaitu kita buat review sesuatu produk dalam blog kita dengan harapan jika ada orang cari produk tersebut mereka akan temuinya di search engine seperti Google, Bing, Yahoo dan sebagainya.

Biasanya bayaran yang kita terima dari syarikat besar adalah antara RM500-RM1000 dan dari individu pula antara RM150-RM500. Namun semua ni ia bergantung pada populariti blog kita. Makin popular blog kita, makin mahal yang kita boleh caj.

Ada yang pernah saya jumpa, yang caj sampai puluhan ribu pun ada untuk satu iklan advertorial ni.

Untuk dapatkan job advertorial ni tanpa korang cari orang, korang boleh daftar di Fiverr dan juga Intellifluence.

#3. Sewa Tapak Iklan

Seperti yang saya katakan sebentar tadi, kita boleh buat duit dengan blog bermacam-macam cara.

Salah satunya adalah dengan buat sewa tapak iklan dalam blog kita.

Pernah korang tengok iklan-iklan di blog samaada di header, sidebar, footer dan juga in post dalam sesuatu blog?

buat duit dengan blog

Dengan sediakan sewa tapak iklan tersebut juga, kita boleh jana pendapatan melalui blog.

Harga caj pula letaklah harga yang sesuai dengan popularity blog korang.

Biasanya yang blogger buat adalah antara RM100-RM1000 sebulan.

#4. Program Affiliate

Jika di luar negara, jana pendapatan blog melalui program affiliate adalah antara yang paling popular selepas Google Adsense.

Apa itu affiliate?

Affiliate adalah satu model bisnes di mana kita hanya promote barang ataupun sesuatu produk melalui link unik yang telah disediakan untuk kita promote.

Jika ada jualan, korang akan dapat komisyen daripada jualan tersebut yang dikesan melalui link yang kita promote tu.

Jadi macam mana nak buat duit melalui program affiliate di Blog?

Ok.

Konsep dia macam ni.

Saya akan huraikan dengan lebih detail tapi ringkas.

Sebagai contoh korang daftar program affiliate di Klikjer.

Dalam Klikjer tu korang boleh tengok ada bermacam-macam jenis ebook yang boleh korang promote.

Katakan korang berminat nak promote ebook Bisnes Shopee.

Korang taip satu artikel yang menarik mengenai Shopee.

Tak kira la tutorial berniaga di Shopee ke, kelebihan Shopee ke dan sebagainya.

Kemudian dalam artikel tersebut korang selitkan link affiliate ebook Bisnes Shopee tersebut.

Jika orang yang baca artikel tu klik pada link affiliate tersebut, korang akan dapat jualan jika mereka beli ebook tersebut melalui link korang.

Faham kan maksud saya?

Saya dah terangkan sehabis baik dan seringkas mungkin dah ni untuk korang lebih faham.

Bayangkan jika korang ada trafik 1 juta sebulan dan dalam 1 juta tu hanya 1% sahaja yang beli barang melalui review artikel yang korang tulis.

Banyak tu…

#5. Jual Barang

Akhir sekali benda yang korang boleh buat duit dengan blog adalah dengan jual barang samaada barang sendiri atau barang agen.

Biasanya jual barang sendiri ni diamalkan oleh influencer yang terkenal dan mempunyai fans yang cukup ramai di mana mereka akan buat satu topi atau baju dan mereka jual kepada fans-fans mereka.

Tapi apa yang saya lihat influencer ni jarang ada blog.

Mereka hanya guna media sosial saja.

Namun korang jangan risau.

Kita buat cara kita.

Andaikan korang ada blog, nanti korang boleh jual apa saja barang melalui blog korang tu.

Jika korang jadi agen coway, ceritakan kebaikkan Coway melalui blog tu, jika korang agen jual tudung, tulis dan buat review mengenai tudung tersebut dalam blog.

Salah satu kebaikkan jual melalui blog ni adalah, mereka ni semuanya berpotensi akan jadi pelanggan kita sebab mereka yang cari info tersebut di enjin carian seperti Google.

Sebagai contoh mereka mencari info cara pakai tudung shawl dengan betul.

Mungkin korang boleh buatkan tutorial cara pakai tudung shawl dengan betul dan pada masa yang sama katakan mereka minat dengan tudung korang pakai tu, mereka pasti akan beli.

Kan dari situ korang dah boleh buat duit.

Kesimpulan

Dengan blog, kita memang boleh jana pendapatan melaluinya seperti yang telah saya kongsikan di atas ni.

Tapi kadang-kadang orang Malaysia ni berblogging hanya untuk suka-suka. Ada yang hanya jadikan blog ni sebuah diari peribadi semata-mata.

Tak salah pun nak jadikan blog sebagai diari peribadi tapi biarlah content tu kita huraikan sikit dan jadikan ia info yang bermanfaat pada pembaca.

Berbeza dengan blogger luar negara.

Kalau mereka blogging, mereka akan jana pendapatan yang sangat lumayan hanya melalui blog saja.

Jadi, kepada rakyat Malaysia, di sini saya menyeru jom sama-sama kita bangunkan industri blogging di Malaysia ni seperti di negara-negara luar. Hanya jana pendapatan yang lumayan hanya dengan blogging je.

Lepas ni hidup kita akan lebih bebas dan tak perlu nak berharap untuk kerja dengan orang lain.

Soalan Lazim Buat Duit Dengan Blog

Macam mana cara buat duit dengan blog?

Seperti yang saya ceritakan di atas ni, kita boleh buat duit dengan blog dalam pelbagai cara. Antaranya adalah;

1. Iklan adsense
2. Advertorial
3. Sewa tapak iklan
4. Program affiliate
5. Jual barang

Halal ke jana pendapatan dengan blog?

Halal jana pendapatan dengan blog jika korang cari duit dengan cara yang betul.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

1 thought on “5 Cara Buat Duit Dengan Blog Yang Lumayan”

  1. Suka ayat ni “Tapi apa yang saya lihat influencer ni jarang ada blog. Mereka hanya guna media sosial saja. Namun korang jangan risau. Kita buat cara kita”

    Masing-masing ada cara tapi bagi saya blog paling best sebab bawah kawalan kita dan evergreen sepanjang masa.

Leave a Comment

Scroll to Top