Macam mana nak cara buat duit online tambahan sebagai seorang pelajar? Dunia sekarang ni bukan seperti dunia dulu. Sekarang ni surat khabar sudah mula dilupakan sebab ramai orang sekarang ni lebih suka membaca di media digital samaada melalui smartphone atau tablet.
Buku bacaan fizikal pun dah mula berkurangan sebab ebook sudah mula menguasai dunia pasaran buku.
Apa yang saya cuba nak beritahu di sini dunia internet dah makin berkembang dengan begitu pantas sampaikan saya yang menghadap dengan internet setiap hari pun tak mampu nak kejar teknologi yang sangat pantas ni.
Jadi, alangkah baiknya jika korang yang masih bergelar student untuk mencari duit poket tambahan secara online tanpa perlu ganggu masa belajar atau kuliah.
Onlinekan je.
Cara Buat Duit Online Untuk Pelajar Tambah Duit Poket
Dalam artikel ni saya nak berkongsikan idea pada korang macam mana nak cari duit poket lebih sebagai student dengan buat duit online ni.
Dah sedia?
Jom kita mulakan.
#1. Jual Servis di Fiverr
Saya percaya masih ramai lagi yang tidak tahu mengenai laman web Fiverr.com.
Fiverr adalah di mana korang boleh jual segala bakat atau kemahiran yang korang ada seperti melukis, buat video, editing video, buat website, voice over, menulis artikel dan banyak lagi kemahiran atau servis yang korang boleh buat kat sana.
Sebagai contoh lagi di sini saya pernah lihat ada orang tawarkan hanya buat servis tulis nama atas pasir pantai.
Itu pun ada juga orang yang tempah!
Jadi bila saya bagi idea seperti tu, adakah korang dah mula terbayang nak tawarkan servis apa di Fiverr?
Selain Fiverr, korang juga boleh tawarkan servis di Freelancer.com.
Ia lebih kurang macam Fiverr tapi freelancer.com ni servis yang ditawarkan di sini lebih serius sikit dan tak ada tawaran servis pelik-pelik seperti di Fiverr. Servis yang ditawarkan di sini lebih kepada professional sikit.
Nanti korang boleh explore sendiri dengan lebih lanjut mengenai Fiverr dan juga Freelancer.com ni.
Jika korang rasa ada bakat atau kemahiran yang terpendam, boleh la daftar Fiverr.
#2. Jual Gambar di Stock Photo
Yang ni saya tujukan khas kepada mereka yang ada kamera dan berbakat dalam bidang fotografi.
Kepada korang yang ada kamera tu, jangan sia-siakan peluang untuk jana wang setiap gambar yang korang ambil tu.
Untuk jual di Stock Photo, gambar mesti lawa dan berkualiti tinggi. So, kamera yang nak digunakan pun mestilah yang jenis berkualiti.
Bukan main ambil dengan kamera phone je.
Antara laman web stock photo yang popular adalah;
Antara kelima-lima website ni susah saya nak rekemenkan pada korang sebab semuanya ada potential buyer.
Jadi, korang guna semua kelima-lima website ni untuk jual gambar yang korang ambil.
Tips dia cuma pastikan gambar tu rare dan menarik.
Mesti ada pembeli.
#3. Buat Duit Dengan Blog
Ramai yang tidak nampak buat duit dengan blog sebenarnya. Jadi di sini saya nak terangkan serba sedikit pada korang macam mana seseorang tu kata dengan blog boleh buat duit.
Blog adalah satu laman di mana kita berkongsi sesuatu melalui artikel yang kita tulis.
Apa yang menariknya tentang blog ni, artikel kita yang kita tulis akan dijumpa melalui search engine samaada Google, Yahoo, Bing dan banyak lagi jika korang menulis dengan betul.
Tapi biasanya majoriti akan fokus kepada Google saja.
Jadi macam mana nak buat duit dengan Blog ni?
Buat duit dengan blog ada banyak cabang.
Antaranya adalah;
- Affiliate
- Iklan Adsense
- Advertorial
- Review Produk
dan banyak lagi…
Macam di blog yang korang sedang baca sekarang ni saya buat duit melalui affiliate dan juga iklan adsense.
Buat masa sekarang iklan adsense saya di blog sebanyak ni dalam tempoh sebulan.
Boleh la dari tak ada langsung.
Tapi satu je saya nak pesan bagi sesiapa nak buat duit dengan blog.
Nak buat duit dengan blog ni ia mengambil masa yang agak lama untuk mula mendapatkan hasil.
Namun, jika dah dapat hasil kita boleh nikmatinya setiap hari.
Sesiapa yang nak belajar buat duit dengan blog, boleh stay tune dekat blog ni kerana saya ada banyak benda menarik nak berkongsi dengan korang semua.
#4. Dropship di Shopee
Mengikut pengalaman saya sebagai seorang student, dropship adalah jenis perniagaan yang paling popular di kalangan pelajar sebab kita tak perlukan modal langsung untuk jadi Dropshipper ni.
Nak buka kedai online dekat Shopee untuk promote barang pun percuma.
Tapi bergantung pada supplier juga la kot ada sedikit fee tanda kita ni serius dengan bisnes tu.
Tugas kita sebagai seorang dropshipper ni adalah promote sesuatu barang tu sehingga ada jualan.
Mungkin ada yang belum pernah dengar istilah dropship ni.
Dropship ni adalah di mana korang menjual produk tanpa memegang produk.
Macam mana tu?
Sistem dia bila ada pembeli berminat nak beli barang yang kita promote tu, pembeli akan bank in duit dalam akaun bank kita, kemudian kita akan call supplier dan kita pula yang akan bank in dalam akaun supplier dengan jumlah yang telah siap ditolak dengan untung.
Maksudnya di sini harga bagi barang tersebut kita dah markup untuk dapatkan keuntungan.
Sebagai contoh, kita menjual barang di Shopee dengan harga RM50 kepada customer sedangkan barang dari supplier kita tu sebenarnya adalah RM40 sahaja.
Jadi di sini kita dah dapat RM10 sebagai keuntungan.
Faham tak ni?
Harap korang fahamlah.
Senang je ni.
Untuk cari supplier ni, korang boleh cuba cari di Group bisnes Facebook dan juga Majalah.com dan bila dah jumpa supplier, list segera barang tersebut di Shopee.
Untuk panduan Shopee, korang boleh tengok tutorial asas berniaga di Shopee untuk beginner.
#5. Jadi YouTuber
Saya rasa dah ramai student di luar sana yang aware dengan YouTube bahawa kita boleh jana pendapatan yang lumayan dengan YouTube jika kena dengan caranya.
Nak jadi YouTuber tak perlukan modal?
Jika korang fikir nak jadi YouTuber ni tak perlukan modal itu tanggapan yang salah.
Tapi modal nak jadi YouTuber ni tak la teruk sangat sebagai permulaan.
Nak jadi YouTuber apa yang penting adalah Video dan juga Audio.
Itu saja.
Saya rasa buat masa sekarang ni Video tak ada masalah kot sebab semua dah guna smartphone berkamera tinggi sekarang ni. Tapi bab audio ni korang tak boleh nak direct pada smartphone sebab suara tak berapa nak cantik.
Korang perlu beli mic yang sesuai untuk telefon.
So, itu saja modal yang korang perlukan.
Kalau korang berminat nak belajar pasal YouTube ni, boleh pergi ke Akademiyt.com.
Kesimpulan
Ok, itu saja senarai yang mampu saya kongsikan buat masa ni jika korang berminat nak buat duit secara online untuk student.
Jika ada lagi, saya akan tambah kemudian di sini.
Sebagai seorang student, sudah tentu masa kita terhad dengan masa kuliah, study dan sebagainya.
Jadi, inilah antara aktiviti tambah duit poket yang korang boleh buat tanpa menganggu masa belajar.
Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!
Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.
Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.
Sorry gangguan,saya nak buat blog tapi tak dapat idea… boleh ajar buat Blog tak…
nak ajar macam mana tu ya? sekarang ni saya dalam proses buat panduan buat duit dengan blog…dah siap nanti saya mention sini 🙂