Cara Buat Jump Link Dalam Page

Ok tutorial kali ni saya akan tunjukkan cara buat jump link.

Saya harap korang semua tahulah apa itu jump link atau juga kita panggil sebagai anchor link.

Tapi tutorial ni saya nak tunjukkan kepada mereka yang menggunakan Divi Theme atau Extra Theme saja dengan menggunakan fungsi page. Lagipun tutorial ni adalah untuk rujukan saya juga dikemudian hari jika saya terlupa.

Baiklah.

Kita mulakan tutorial kita sekarang.

Cara Buat Jump Link

Tutorial di bawah ni saya tunjukkan secara ringkas sahaja.

Jika korang rasa tak faham boleh tinggalkan komen di bawah.

Langkah 1 Apa yang perlu korang buat adalah login ke dalam WordPress dan pergi ke page yang korang nak buat jump link tu. Lepas tu klik Enable Visual builder.

cara buat jump link

Langkah 2 Kemudian korang akan dibawa ke mode editor dimana korang boleh edit apa yang korang nak edit pada page tersebut seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.

cara buat jump link

Langkah 3 Ok sekarang ni saya nak buat jump link atau anchor link pada “3 buah Ebook Special“. Caranya adalah, kita hover tetikus pada tajuk “3 Buah Ebook Special” sehingga ia keluar icon pilihan untuk kita edit. Rujuk gambar di bawah.

cara buat jump link

Langkah 4 Kemudian Klik pada tab Advance dan tulis apa-apa saja id pada ruangan CSS ID. Sebagai contoh saya masukkan id sebagai “bonus”.

cara buat jump link

Lepas dah siap semuanya, klik “Save” untuk simpan apa yang telah korang edit sebentar tadi.

Langkah 5 Sekarang ni semua setting kita telah buat. Jadi langkah seterusnya adalah bagaimana untuk kita dapatkan jump link tersebut.

Senang je. Sebagai contoh Url web atau blog saya adalah “blogfaiz.com“. Jadi link yang perlu kita guna adalah “blogfaiz.com/#bonus”

Jadi bila saya klik pada link tersebut, ia akan direct pergi ke bahagian bonus.

Itu saja.

Senang kan?

Selamat mencuba!

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top