Tutorial Cara Return Barang Lazada Dan Dapatkan Refund

Macam mana cara nak return barang Lazada yang rosak atau tersilap dari? So dalam artikel ni saya akan buatkan tutorial cara nak return barang dari Lazada dan dapatkan semula refund.

Ok.

Sebelum saya teruskan tutorial ni di sini saya nak cerita la sikit kenapa saya nak kena return semula barang dari Lazada dan dapatkan refund.

Saya sebenarnya order barang lain tapi masa saya nak buat review untuk video YouTube, barulah saya perasan yang barang dihantar oleh seller ni bukan barang yang saya order.

So, apa lagi saya terus chat dulu dengan seller beritahu apa problem dan dia suruh saya buat prosedur cara-cara nak return barang dari Lazada dan dapatkan refund.

Tutorial Cara Refund atau Return Balik Barang di Lazada

cara return barang lazada

Dalam tutorial ni saya hanya tunjukkan melalui Laptop saja. Kalau nak buat melalui applikasi Lazada pun boleh tapi leceh sikit la sebab nanti ada benda nak kena print apa semua.

So, harap korang boleh ikut tutorial ni

Langkah 1 First sekali seperti biasa login terlebih dahulu ke akaun Lazada.

Langkah 2 Kemudian pergi ke Account » My Orders.

cara return barang lazada

Langkah 3 Kemudian di sini akan tersenarai semua item atau barang yang telah kita order. Jadi, pilih je barang mana yang korang nak return tu.

cara return barang lazada

Langkah 4 Kemudian klik pada link “RETURN”

cara return barang lazada

Langkah 5 Nanti kita disuruh untuk pilih kenapa nak refund. Sebagai contoh di sini saya akan pilih Wrong Item sebab seller tersalah hantar barang.

cara return barang lazada

Kemudian pada halaman yang sama dia akan minta kita bagi sebab kenapa kita nak return dan refund. Tulis je apa-apa pada description tu nanti.

Hurai sikit kenapa nak return barang tu.

Seterusnya dia akan minta kita pilih nak refund melalui apa. Kalau korang tengok di sini, hanya ada satu saja pilihan iaitu Refund via Wallet iaitu melalui ewallet Lazada.

So nanti kita boleh gunakan duit tu tu untuk membeli barang yang lain.

Lepas ni tak perlu lagi tanya saya jika bayar melalui topup Lazada refund kat mana, kalau bayar melalui touch n go Lazada bayar melalui apa. Semua refund dari Lazada akan dimasukkan ke dalam Ewallet kita di Lazada.

Kat mana nak dapatkan eWallet tu?

Kalau login Lazada kat laptop atau desktop pergi ke Account » Manage my Account » Lazada Wallet.

Nanti korang akan dapat lihat duit yang telah refund dari Lazada.

Duit ni boleh dikeluarkan melalui bank.

cara return barang lazada

Kemudian seterusnya masih lagi di halaman yang sama pilih courier dan tick pada return polisi Lazada tanda kita bersetuju.

Lepas dah siap isi semua, klik pada butang submit .

Langkah 6 Nanti korang akan lihat notifikasi seperti ni tanda permohonan kita untuk return barang ni dan dapatkan refund telah pun berjaya.

cara return barang lazada

Jika korang tengok gambar di atas, dia suruh kita buat 3 step yang utama.

Pertama bungkus semula barang yang nak kita hantar tu. Pastikan bungkus semua termasuk lah dengan invoice.

Kedua, kita perlu print return label untuk dilekatkan pada kotak sebelum dihantar pada warehouse Lazada. Kat mana nak dapatkan label return ni? Klik je pada link “PRINT RETURN LABEL”

Contoh return label.

cara return barang lazada

Kemudian yang ketiga kita pergi ke pejabat Courier pilihan kita untuk menghantar semula barang tersebut.

Pastikan tanya dulu staff menjaga di kaunter sebelum drop off barang sebab ada satu borang yang perlu kita isi.

Jangan risau.

Tak ada bayaran pun dikenakan.

Siap!

So, bila barang tu dah sampai di warehouse Lazada, barulah refund tu akan dimasukkan dalam Lazada eWallet kita.

Jika korang nak tengok penerangan lebih detail lagi mengenai return barang lazada dan dapatkan refund, boleh tengok video di bawah atau pergi ke YouTube channel blogfaiz.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

2 thoughts on “Tutorial Cara Return Barang Lazada Dan Dapatkan Refund”

  1. June Sarina Hideto

    CREDIT PADA BLOG INI YANG BERI SY PANDUAN KLIM REFUND..

    UPDATE 29 NOVEMBER 2023
    Pengalaman Membuat “REFUND” barang Lazada :

    Info ni sangat penting.

    Pada bulan lepas sy order Bunny Anime dari Lazada di mana Seller dari China.

    Beliau menghantar barang lain tidak sama seperti yang diiklankan. Biasanya kita akan frust dan fikir mustahil untuk dapat balik duit, lagipun seller tetap hantar barang yang setimpal harganya.

    Sebenarnya tidak perlu kecewa, dan masih boleh membuat klaim “REFUND” atas sebab Lazada dan Shopee melindungi penggunanya dari sebarang penipuan perdagangan.

    Jika barang yang diperolehi salah, tak sama, atau quality berbeza, Lazada memberi kuasa penuh pada pembelinya untuk membuat klaim gantirugi atau “Full Refund” sekalipun penjual tersebut di luar negara yang beriklan di Lazada Msia.

    Cuma proses untuk buat Refund tu sedikit rumit buat kali pertama sebab tak tahu caranya.
    Sebenarnya mudah, sy hanya menggunakan App Lazada di dlm handphone sahaja. Boleh belajar caranya di Youtube.

    Hal yang penting, bila dapat sahaja barang, jangan sesekali terus klik button “TERIMA BARANG”… biar sahaja button tu tampa ditekan. Jika ditekan, maknanya kita telah bersetuju dengan barang yang kita terima, tiada lagi klim Refund selepas button tu di tekan, sebab pihak Ladaza akan terus melepaskan wang kita pada pihak penjual.

    Selepas borang Klim Refund di isi beserta gambar barang yang diterima (barang tak sama tu), selepas tu Lazada akan tanya nama syarikat Courier yang akan kita gunakan bagi pemulangan barang tersebut.

    Ladaza akan memberi 1 BARCODE post pemulangan barang Lazada, dan hanya tunjuk sahaja Barcode ini pada pegawai Courier Post, dan tiada sebarang charge dikenakan. (Tak macam dulu, perlu print sendiri 3 waybill – sekarang hanya tunjuk ja Barcode tu di counter)

    Selepas post sahaja barang, dan data telah masuk dlm sistem, pihak Lazada terus membuat pembayaran hari sama juga dan memberi kita nota bahawa Pihak Lazada akan membuat pembayaran terus tampa tunggu kelulusan Refund tampa bertangguh atau perlu tunggu kelulusan dari pihak penjual. Walaupun barang yang dipulang belum sampai ke Lazada Hub, Ladaza akan terus membuat pembayaran selepas sahaja BARCODE bungkusan di scan di pejabat courier (Sekalipun box barang yang dipulang tu kosong hihi)..

    Balik dari pejabat courier, sy check dlm app Ladaza, mereka telahpun membuat Full Refund walaupun barang belum sempat lagi sampai di Hub Ladaza Kuala Lumpur.

    Memang Terbaik Lazada dalam menjaga kepentingan penggunanya.

Leave a Comment

Scroll to Top