Betul jodoh itu rahsia Allah. Tapi, jika kita tidak cari jodoh, ia tidak datang bergolek sendiri. Ramai yang salah faham akan bab mencari jodoh. Bila kata jodoh tu rahsia Allah, mereka serah bulat-bulat pada Allah.
Serah bulat-bulat pada Allah tanpa usaha adalah perkara yang sia-sia.
Allah suka kita meminta-minta dan berserah padanya tapi pada masa yang sama kita kena usaha cari jodoh tu.
Faham ke tak ni?
Setiap manusia Allah kurniakan perasaan cinta sesama sendiri. Cinta ni pula ada banyak kategori. Cinta pada kawan, cinta pada Rasul, cinta pada Allah, cinta pada ibubapa, cinta pada adik beradik dan cinta pada berlawanan jantina.
Tapi setiap cinta tu berbeza maksud atas apa yang kita cintai.
Jadi artikel ni saya nak fokuskan pada cinta berlawanan jantina.
Tidak lengkap rencah kehidupan tanpa ada cinta antara kaum adam dan kaum hawa.
Sebab itu memang sejak azali lagi Allah menanamkan perasaan ni dalam diri kita. Lebih tepat lagi, Allah menanamkan perasaan cinta ni sejak pada nenek moyang kita Nabi Adam dan Hawa.
Jadi cinta mencintai antara satu sama lain adalah benda yang tidak salah, tapi yang salahnya jika benda tu sampai melalaikan seseorang.
Alhamdulillah.
Saya dan isteri saya berkahwin ketika umur kami masing-masing 25 dan 24 tahun (2017).
Jika nak diikutkan, nabi pertama kali kahwin pun pada umur 25 tahun. Jadi, pada pandangan saya sendiri, jika dah lebih dari umur 25 tahun masih tak kahwin lagi, ianya diperingkat agak lewat. Apatah lagi yang perempuan.
Apa Itu Jodoh?
Definisi jodoh mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka adalah seseorang yang menjadi pasangan kita tak kira pasangan yang berkahwin atau pasangan dalam perniagaan dan sebagainya. Tapi secara kebiasaannya bila sebut jodoh kita akan faham seseorang yang akan berkahwin dengan kita.
Bila berpisah atau sebab kematian, maka kita sudah tiada jodoh lagi dengan orang tersebut. Jodohnya setakat itu saja.
7 Tips Cari Jodoh Supaya Cepat Kahwin
Bagi korang yang masih bujang, mesti tertanya-tanya siapakah bakal jodoh korang. Di mana dia tinggal sekarang. Apa yang dia sedang buat sekarang.
Jadi di sini, saya nak kongsikan 7 tips macam mana nak cari jodoh mengikut pengalaman saya sendiri dan tips daripada luar.
Mahal tau tips ni.
#1. Berdoa
Berdoa dalam bahasa mudah, kita meminta pada Allah supaya urusan jodoh kita dipermudahkan.
Sebagai seorang muslim, kita percaya doa adalah senjata bagi kita. Jadi, tidak ada apa yang mustahil bila kita minta pada Allah, Allah akan bagi.
Berdoalah setiap kali lepas selesai kita solat. Mohon sungguh-sungguh pada Allah supaya dengan datangnya jodoh ni, kita akan jauh dari segala maksiat atau zina.
#2. Usaha
Ya. Berdoa saja tidak cukup. Kita kena usaha cari jodoh. Sama juga bila kita lapar dan kita berdoa adakah kita akan kenyang?
Sama sekali tidak.
Jadi, kepada korang yang masih tercari-cari jodoh tu, usahalah mencari.
Macam mana nak mencari?
Islam ajar mudah.
Kita lihat mana kenalan kita yang belum berkahwin, cuba dekatinya dan nyatakan hasrat untuk jadi suri hati.
Tapi pandai-pandai la nak approach macam mana.
Orang kata pandai-pandai nak hidup.
Jika orang yang kita approach tu jenis matang, ada dua benda je pun samaada dia tolak dengan baik, atau dia terima dengan baik.
Itu je.
Lagipun sekarang ni dah ada cari jodoh online punya.
Guna je servis ni sebab kat sana memang terang-terang mereka yang nak mencari jodoh.
Salah satunya boleh guna servis cari jodoh di semaniskurma.my.
#3. Tawakal
Lepas korang dah berusaha dan berdoa mencari jodoh untuk dijadikan pasangan hidup, kemudian kita perlu bertawakal dan barulah berserah pada Allah.
Lepas usaha dan doa, barulah berserah pada Allah.
Bukan berdoa tapi tak berusaha dah berserah diri. Itu ramai yang buat. Kononnya nak jaga ikhtilat la tak nak dekatkan diri pada zina.
Dekat diri pada zina tu atas diri sendiri. Kalau korang bercinta dan mampu untuk menjaga semua benda tu, tak ada masalah. So, nasihat saya jangan terlalu menjaga sebab nanti jodoh susah nak datang.
Mustahil la korang tak pernah bercinta langsung tiba-tiba boleh kahwin. Ada memang ada. Tapi jarang sangat nak jumpa tak pernah bercinta tiba-tiba kahwin.
#4. Berakhlak
Dalam islam, kedudukan akhlak lebih tinggi dari ilmu sebab ramai yang berilmu tapi sombong. Ramai yang berilmu tapi kurang akal. Ramai yang berilmu tapi tiada adab.
Saya tak maksudkan ilmu ni tidak penting. Ilmu seperti ilmu fardhu ain semua tu penting. Ilmu yang tu korang wajib ada dalam dada. Tapi menjaga akhlak itu lagi penting dan kadang-kadang orang suka kita atas sebab kita ni seorang yang berakhlak dan beradab.
Jadi, jagalah akhlak dan adab bila berada di tempat orang ramai sebab ada banyak mata memandang kita.
Mana tahu salah seorang yang memandang kita tu adalah jodoh kita.
Akhlak yang saya maksudkan di sini, kita menjaga adab dengan orang tua, bila bercakap kita tidak menengking dan banyak lagi.
Tak semua orang ada akhlak yang baik walaupun dia berilmu.
#5. Banyak Bergaul
Maksud saya bergaul di sini, bukanlah melepak dengan bukan muhrim sana sini. Maksudnya, jika ada usrah, sertai usrah, jika ada gotong-royong sertai gotong royong. Biasanya ada je usrah bercampur antara jantina. Usrah ni tak ada apa pun cuma perkongsian ilmu saja.
Bila sebut bergotong royong ni teringat saya pada salah seorang kawan saja di mana dia bertemu jodoh dengan isterinya ketika buat air di dapur di pusat pemindahan banjir.
Jarang ada laki yang nak buat air.
Tapi masa dia buat air tu, di situlah bertemunya bakal isterinya yang mana ketika tu sama-sama buat air semasa di pusat pemindahan banjir.
Tengok.
Disebabkan dia rajin menolong, bergotong royong dia dah dapat jodoh di situ juga.
Ni, kalau korang jenis duduk rumah je memajang, mana la nak dapat jodoh tu. Tapi kalau guna servis cari jodoh online tak tahu la.
#6. Solat Hajat
Solat hajat adalah solat sunat yang dianjurkan dalam Islam jika kita berhajat sesuatu.
Jadi, apa kata kepada korang yang masih tercari-cari jodoh celah mana, cuba buat solat hajat secara konsisten sehingga bertemu dengan jodoh.
Doa semoga korang dipermudahkan jodoh dan tidak menyulitkan urusan dalam mencari jodoh.
Mana tau kan dengan solat hajat dapat terbuka hati seseorang dengan mudah bila kita berusaha mencari.
#7. Jaga Penampilan Diri
Akhir sekali saya nak sentuh soal penampilan diri.
Yes, penampilan diri salah satu juga korang senang dapat jodoh sebab dengan penampilan korang, orang luar dapat baca perwatakan korang ni jenis macam mana. Seorang yang pengemas, pembersih, liar, mahupun yang jenis biasa-biasa.
Bila keluar dan berhadap dengan orang ramai pastikan berpakaian elok, kemas dan menarik untuk dipandang.
Kenapa saya sentuh pasal ni?
Sebab ramai je yang tidak ambil endah pasal ni.
Badan berbau, baju tidak berseterika, rambut tidak sikat dan sebagainya.
Jadi nasihat saya, cubalah jaga penampilan bila berhadapan dengan orang ramai.
Mana la tahu kan masa kita bergaul dalam ramai-ramai tu, ada terselit jodoh kita.
Bercinta Sebelum Kahwin Boleh Ke?
Ini pada pandangan saya sendiri setelah saya mendengar ceramah-ceramah agama mengenai bercinta sebelum kahwin. Jadi di sini saya nak sampaikan sendiri pandangan saya apa yang saya faham melalui ilmu agama tersebut.
Dalam islam, yang tidak dibolehkan adalah melakukan zina. Dan korang kena faham pula apa itu zina, zina itu seseorang yang melakukan hubungan seperti suami isteri tapi tidak berkahwin secara sah.
Tapi Allah ni maha bijaksana. Allah melarang kita menghampiri zina sebab Allah tahu kita ni manusia yang lemah dan takut kita akan jatuh dalam perzinaan yang betul.
Sekarang mari kita senarai perbuatan menghampiri zina.
- Pegang tangan atau menyentuh mana-mana bahagian badan
- Berdua-duaan tempat sunyi
- Mesej benda bukan-bukan
Ada lagi? Jika ada lagi korang boleh tambah sendiri.
Bagi saya ini saja perbuatan yang menghampiri zina.
Adapun jika ajak makan keluar berdua, tengok wayang, main bowling dan sebagainya bagi saya itu bukanlah perbuatan yang menghampiri zina selagimana semua benda tu kita tidak buat di tempat sunyi.
Jadi, apa yang boleh saya beritahu di sini bercinta sebelum kahwin boleh asalkan kita menjauhi daripada perbuatan zina.
Satu lagi, jika bercinta tu biarlah kita memang benar-benar nak jadikan si dia sebagai pasangan hidup kita. Bukan bercinta kerana suka-suka. Bercinta kerana suka-suka pun dilarang sama sekali.
Cuma jangan nak jadi “alim” sangat dengan berpegang pada “bercinta selepas kahwin”.
Sorry. Ayat tu kadang-kadang nak buat saya termuntah.
Disebabkan ramai yang pegang ayat tu jugalah yang lambat kahwin dan ada yang tak kahwin langsung.
Tipu la kalau ada yang tak bercinta tiba-tiba kahwin.
Ada memang ada.
Tapi yang tu mungkin special kes la sikit.
Kesimpulan
Itulah saja tips yang mampu saya kongsikan untuk korang semua setakat ini dalam tips cari jodoh.
Nak cari jodoh tu tak susah pun sebenar. Tapi kadang-kadang saya terfikir apa yang memayahkan korang dalam mencari jodoh ni.
Korang memang plan nak kahwin lambat atau tak jumpa yang berkenan di hati.
Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!
Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.
Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.