Cara Menulis Artikel – Senarai Semak

Cara Menulis Artikel – Senarai Semak Yang Perlu Dibuat Sebelum Publish Artikel | Kalau korang seorang blogger, mesti korang nak artikel korang berada pada ranking teratas di Google bukan?

Kalau begitu, apa tindakan korang buat untuk artikel sentiasa berada di halaman pertama Google?

Sebenarnya tiada panduan cara menulis artikel supaya rangkin di Google. Semuanya bergantung kepada individu bagaimana teknik dan tektiknya. Lain padang lain belalangnya, lain orang lain caranya. Mungkin korang ada cara tersendiri macam mana nak rangkin artikel korang supaya sentiasa berada di halaman pertama dalam search engine.

Kali ni aku nak ceritakan macam mana cara aku sebelum dan selepas publish artikel untuk optimizekan kedudukan rangkin yang terbaik di Google.

Cara Menulis Artikel – Senarai Semak Yang Perlu Dibuat Sebelum Publish Artikel

So di sini aku senaraikan dulu secara ringkas dan barulah aku terangkan secara jelas.

Sebelum dan selepas publish artikel, ini yang aku buat.

  1. Cari Keyword Menggunakan Keyword Planner
  2. Compress Gambar – Supaya Saiz Gambar Lebih Kecil
  3. Boldkan kata kunci
  4. Buat tajuk berformat H1 dan H2
  5. Optimise link
  6. Pastikan penanda SEO dari Yoast berwarna hijau
  7. Masukkan Featured Image
  8. Baca balik dan semak ejaan

#1. Cari Keyword Menggunakan Keyword Planner

Keyword Planner ni telah disediakan oleh Google Ads (sebelum ini dikenali sebagai Adwords).

Korang guna saja tools yang disediakan dari Google ni kerana bacaannya adalah lebih tepat.

Korang cari keyword mana yang paling banyak dicari orang. Tapi korang kena tengok juga competition keyword tersebut. Jika keyword tersebut banyak persaingan, mungkin keyword korang nak ranking tu adalah sangat tipis potensi nak berada di halaman pertama Google kerana banyak otai-otai SEO di luar sana yang lebih hebat.

cara menulis artikel

So, ambil saja keyword yang kurang persaingan dan keyword korang berpotensi tinggi untuk ranking di Google.

Apa yang aku tunjukkan di sini adalah secara umum sahaja. Sebenarnya ada cara bagaimana nak ambil keyword dari tools Google ni. Tak boleh main ambil saja.

#2. Compress Gambar – Supaya Saiz Gambar Lebih Kecil

Saiz gambar juga memainankan peranan penting dalam sesebuah artikel kerana ia menentukan lajunya untuk loading website ketika orang lain nak buka baca artikel kita.

Antara tools yang aku suka pakai untuk compress gambar adalah ShortPixel.

cara menulis artikel

Korang daftar dahulu ShortPixel dan korang akan diberikan kredit hanya 100 gambar sahaja boleh compress dalam masa sebulan. Jika lebih 100 gambar korang compress dalam masa sebulan, korang perlu upgrade pakej yang telah mereka tawarkan.

Jangan risau kerana setiap bulan sistem akan reset kembali kepada 100 gambar sebulan. Cumanya, jika terlebih kouta yang digunakan dalam masa sebulan barulah korang kena upgrade.

Walaupun ShortPixel ada menyediakan plugin untuk compress gambar secara automatik, tetapi aku lebih suka guna manual kerana ia dapat mengurangkan beban kerja WordPress untuk memproses plugin.

#3. Boldkan Kata Kunci

Boldkan kata kunci adalah salah satu kunci SEO. Apabila kita boldkan kata kunci dalam artikel kita, ia bererti kita telah memberitahu search engine terutamnya Google bahawa kata kunci tersebut adalah penting dalam artikel tersebut.

Bila seseorang cari kata kunci seperti yang kita boldkan dalam artikel tadi, search engine akan mengutamakan dahulu artikel yang ada kata kunci yang telah diboldkan.

#4. Buat Tajuk Berformat h1 dan h2

Ya. yang ni pun penting dalam sesebuah artikel untuk optimise SEO. Korang mesti kena set tajuk besar berformat h1 (tajuk besar) dan satu lagi tajuk yang sama berformat h2 (subtopic).

Tajuk berformat h2 ni korang boleh selitkan dalam artikel sebelum masuk point utama. Contohnya seperti aku buat di bawah.

cara menulis artikel
Contoh tajuk berformat h2

#5. Optimumkan SEO Link

Untuk optimumkan SEO link ni ada tiga benda kena buat.

  1. Letakkan tag “nofollow” untuk link luar (outbound link) yang kita rasa link tersebut tidak penting untuk rangking.
  2. Mesti ada inbound dan outbound link.
  3. Letak tajuk dalam link.

Kenapa URL luar (outbound link) yang kita anggap tidak penting kita kena buat sebagai link nofollow?

cara menulis artikel
Source: searchengineland

Ini adalah untuk kita memberitahu Google bahawa link tersebut tidak perlu di ambil kira. Tiada kepentingan dalam artikel tersebut dan ianya hanya sebagai link untuk rujukan.

Sebagai contoh korang nak linkan URL dengan website Maybank2u. Korang perlu buat link website Maybank2u ni sebagai “nofollow”. Link maybank adalah bukan utama dalam artikel kita. Ianya cuma pemberitahuan sahaja.

Untuk buat “nofollow”, korang boleh guna plugin Free yang ada di galeri WordPress atau boleh guna yang berbayar.

Namun, seperti biasa aku tidak menggalakan semua benda korang perlu guna plugin. Manual itu adalah lebih baik kerana untuk mengurangkan beban kerja hosting kita.

Untuk belajar lebih lanjut, sila lihat tutorial yang telah aku tulis bagaimana nak masukkan nofollow dan tajuk dalam link.

#UPDATED PENTING: Untuk versi WordPress terbaru, fungsi unfollow sudah ada dalam WordPress editor.

#6. Pastikan Penanda SEO Yoast Berwarna Hijau.

Penanda SEO Yoast berwarna hijau menandakan SEO artikel kita berada dalam keadaan baik dan bagus.

cara menulis artikel

Untuk setting SEO sehingga ia menunjukkan warna hijau aku tidak ajar dalam ni. Tetapi korang perlu ikut arahan apa yang telah diberitahu oleh plugin tersebut supaya tanda tersebut bertukar menjadi warna hijau.

cara menulis artikel
Semak dan betulkan apa yang dicadangkan

Semak semua apa yang dicadangkan oleh plugin Yoast. Ikut saja.

#7. Masukkan Featured Image

Gambar adalah salah satu fungsi untuk menguatkan SEO. Jadi, masukkan gambar yang berkaitan dalan artikel adalah sangat penting.

Untuk design Image yang menarik, sekarang ni saya guna applikasi Canva.

korang boleh cuba tengok dan langgan jika berminat.

#8. Baca Balik Dan Semak Ejaan

Perkara terakhir yang korang perlu buat adalah baca balik artikal yang korang tulis selepas habis menaip.

Semak ejaan dan tatabahasa jika ada.

Ubah sikit ayat-ayat berbunga. Dan yang paling penting sekali dalam menulis artikel ni tone yang digunakan mestilah sekata. Contohnya jika korang guna tone friendly maka tulislah dalam tone friendly sehingga akhir artikel. Jangan korang campur-campur tone artikel. Sekejap tone formal, sekejap tone friendly dan sebagainya.

Bila orang baca pun tak best dengar dan mereka akan tutup tanpa baca sampai habis. Jadinya, ia serba sedikit akan memberi kesan kepada SEO kita. Ingat, Google ni bijak baca fikiran orang samaada artikel kita tu bagus atau tak. Kalau orang masuk blog kita dan terus tutup Google akan kesan artikel kita yang hasilkan tersebut adalah tidak bagus.

Kesimpulan

Oklah.

Satu lagi aku nak pesan pada korang yang nak menulis. Tulislah dengan content dan gaya tersendiri. Google suka dengan keunikkan dan keunikkan itu datang dari diri sendiri. Bukannya content copy dan paste. SEO ini bukan sahaja di ukur melalui hebatnya korang pilih keyword tetapi kualiti artikel yang korang tulis.

Tujuan aku tulis ni juga sebenarnya adalah untuk dijadikan sumber rujukan diri aku sendiri selain untuk berkongsi dengan korang.

Ini saja perkongsian aku pada kali ini. Kalau korang rasa artikel ni bagus untuk korang jadikan sumber rujukan, boleh bookmark page ini.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top