Cara Buat Tuntutan Kerja Lebih Masa Melalui HRMIS

Bagaimana cara buat tuntutan kerja lebih masa melalui sistem HRMIS? Anda perlu tahu jika anda buat kerja lebih masa, anda boleh buat tuntutan. Itu hak kita. Ini sudah termaktub dalam pekeliling sesiapa yang buat kerja over time boleh claim duit.

Tapi sesetengah tempat saya tengok ada je yang tidak boleh claim duit walaupun kerja lebih masa. Ini tidak adil sebenarnya. Anda perlu rujuk balik pada pihak yang berkenaan jika tidak dapat claim duit walaupun kerja lebih masa.

Kita adalah pekerja dan bukannya hamba.

Tapi anda perlu tahu juga bahawa kerja lebih masa ni adalah atas arahan bukannya direka-reka adakan kerja.

Sebagai contoh. Pada hari tersebut anda sengaja melewat-lewatkan untuk pulang sebab anda niat nak dapatkan elaun tuntutan kerja lebih masa. Ini yang dipanggil mereka-reka wujudnya kerja. Ini yang tidak boleh.

Jadi dalam tutorial kali ni, saya nak tunjukkan cara nak buat tuntutan kerja lebih masa bagi sesiapa yang menggunakan sistem HRMIS. Lepas ni, anda tidak perlu pening-pening lagi macam mana nak buat tuntutan kerja lebih masa ni.

Sebelum tu mari kita lihat dulu apa dokumen yang perlu anda untuk lengkapkan claim kerja lebih masa ni.

cara buat tuntutan kerja lebih masa

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk claim OT untuk diserahkan kepada kerani yang bertugas.

  • Penyata tuntutan elaun
  • Jadual Overtime/Oncall
  • Surat rasmi oncall
  • Salinan Punch Card/ThumbPrint
  • Penyata Bank

Sususan di atas juga adalah susunan dokumen yang perlu anda susun. Sebab ada sesetengah jabatan ni agak strict. Jadi anda perlu susun dokumen tersebut dengan betul yang mana dulu dan yang mana akhir.

Cara Buat Tuntutan Kerja Lebih Masa Melalui HRMIS

Untuk follow tutorial ni, anda dikehendaki guna PC/Laptop dan bukannya smartfon.

Langkah 1 Login ke dalam sistem HRMIS. Ada HRMIS baru dan lama. Dua-dua anda boleh guna cuma saya lebih suka untuk guna yang terbaru.

cara buat tuntutan kerja lebih masa

Langkah 2 Kemudian, pada halaman dashboard HRMIS, pergi ke menu PENGURUSAN SARAAN, FAEDAH DAN GANJARAN » Pengurusan Tuntutan dan Pendahuluan Diri.

cara buat tuntutan kerja lebih masa,cara claim oncall

Langkah 3 Seterusnya, pergi ke Fungsi » Tuntutan » Selenggara Waktu Kerja Lebih Masa.

cara buat tuntutan kerja lebih masa,cara claim oncall

Langkah 4 Kemudian anda scroll sikit, anda akan lihat fungsi atau butang Tambah. Klik pada butang tambah tersebut.

cara buat tuntutan kerja lebih masa,cara claim oncall

Langkah 5 Kemudian, anda akan lihat satu popup keluar.

Di sini anda perlu isi masa dan tarikh ketika anda bekerja lebih masa.

cara buat tuntutan kerja lebih masa

Anda perlu pilih tarikh mula bekerja terlebih dahulu sebab nanti secara auto sistem akan kesan samaada hari tersebut hari bekerja biasa, hari rehat atau hari kelepasan sebab setiap tu kadar bayaran adalah berbeza.

Lepas tu masukkan sikit keterangan tugas dan jika semuanya dah ok mula klik butang simpan.

cara buat tuntutan kerja lebih masa,cara claim oncall

Nanti ia akan keluar popup dan klik saja pada butang Ok.

Langkah 6 Lepas tu, anda akan lihat senarai tuntutan yang anda buat seperti gambar di bawah.

cara buat tuntutan kerja lebih masa,cara claim oncall

Jika masih ada lagi tuntutan, anda hanya perlu klik butang tambah dan ulangi seperti langkah 5 di atas.

Langkah 7 Jika anda dah masukkan kesemua claim, pergi pula ke Fungsi » Tuntutan » Selenggara Waktu Kerja Lebih Masa.

Pastikan anda masih berada pada menu utama iaitu Pengurusan Tuntutan dan Pendahuluan Diri.

cara buat tuntutan kerja lebih masa,cara claim oncall

Cari bulan dan tahun yang anda buat claim tu, kemudian tick dan klik butang hantar untuk hantar borang tuntutan.

Langkah 8 Kemudian, pergi ke Fungsi » Tuntutan » Permohonan Baharu

cara buat tuntutan kerja lebih masa,cara claim oncall

Klik pada link nombor rujukan permohonan untuk anda lihat borang. Nanti borang tersebut perlu di print.

Langkah 9 Ok. Borang di bawah ni adalah borang yang perlu anda print. Sebenarnya ada lagi tapi tak muat dalam screen shot seperti gambar di bawah.

Sebelum tu jangan lupa masukkan dulu kaedah tuntutan pembayaran iaitu anda perlu pilih akaun bank yang telah anda setkan sebelum ni.

Jika belum masukkan nombor akaun bank dalam sistem HRMIS, sila hubungi pejabat pengurusan anda sekarang.

cara buat tuntutan kerja lebih masa,cara claim oncall

Anda scroll ke bawah sikit sehingga anda nampak seperti gambar berikut.

cara buat tuntutan kerja lebih masa,cara claim oncall

Untuk cetak, anda klik pada preview cetak dan mula cetak borang tuntutan anda.

Cara Delete Elaun Yang Dah Dituntut

Bagaimana pula jika anda nak delete elaun yang dituntut bila semuanya dah lengkap siap hantar? Mungkin anda ada masalah-masalah tertentu yang anda nak delete semula.

Ikut tutorial di bawah.

Langkah 1 Anda masih lagi dalam menu utama iaitu Pengurusan Tuntutan dan Pendahuluan Diri. Kemudian pergi ke Fungsi » Tuntutan » Permohonan Baharu.

Anda akan lihat paparan seperti di bawah. Tick pada elaun yang anda nak padam tersebut.

Kemudian klik pada butang Hapus.

cara buat tuntutan kerja lebih masa,cara claim oncall

Langkah 2 Kemudian, pergi pula ke Fungsi » Tuntutan » Selenggara Waktu Kerja Lebih Masa.

Seterusnya, pastikan anda pilih tuntutan sama yang anda buat pada langkah 1 di atas.

cara buat tuntutan kerja lebih masa,cara claim oncall

Kemudian klik pada buatng hapus. Abaikan anak panah di atas sebab saya tersilap tanda. Haha…

Penutup

Dalam tutorial ni, anda sudah belajar macam mana cara nak buat tuntutan kerja lebih masa atau cara claim oncall melalui sistem HRMIS. Tutorial ini khas hanya untuk pekerja kerajaan sahaja. Tak kira anda dalam jawatan apa sekalipun, anda boleh ikut tutorial ni.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

13 thoughts on “Cara Buat Tuntutan Kerja Lebih Masa Melalui HRMIS”

    1. maaf sy xpasti maksud disahkan tu…sbb sy xde disahkan apa…bila dah hantar boleh terus print dan hantar pada ketua unit untuk disemak…yg ni puan kena tanya pihak pejabat puan…

Leave a Comment

Scroll to Top