Blog Faiz

Berkarya Untuk Berkongsi

  • Blog
  • Servis/Produk
  • Network
    • Belajar YouTube
    • Servis Bina Web
  • Hubungi
  • Lain-Lain
    • Siapa Saya?
    • Privacy Policy
    • Penafian
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube

Design by SM Creative Studio

Home » Blog » Cara Memindahkan Whatsapp ke Smartfon Baru Dengan Nombor Yang Sama

Cara Memindahkan Whatsapp ke Smartfon Baru Dengan Nombor Yang Sama

Post on January 15, 2021 Last Updated on January 15, 2021 by FaizAlias

Bagaimana cara memindahkan Whatsapp ke smartfon baru dengan nombor yang sama? Sebenarnya kita boleh pindahkan kesemua history Whatsapp kita dari telefon lama ke telefon baru. Jadi, kalau sesiapa beli telefon baru tu tak perlu risau Whatsapp dari telefon lama akan hilang.

Jadi dalam tutorial kali ini, saya akan tunjukkan cara bagaimana kita boleh pindahkan chat dari Whatsapp telefon lama ke telefon yang baru.

Cuma dalam tutorial ni, saya hanya tunjukkan cara pindah dari iPhone ke iPhone. Tapi saya rasa stepnya lebih kurang sama dan tidak lari jauh jika anda nak tukar dari android ke android, iphone ke android atau sebaliknya.

cara memindahkan whatsapp ke hp smartfon telefon baru dengan nombor yang sama

Cara Memindahkan Whatsapp ke Smartfon Baru

Oleh kerana benda ni agak teknikal, jadi saya pecahkan kepada dua bahagian iaitu di mana bahagian #1 saya akan tunjukkan cara backup Whatsapp pada telefon lama dan bahagian #2 saya akan tunjukkan cara bagaimana nak transfer Whatsapp yang dah dibackup ke telefon baru.

Sebelum kita backup whatsapp, pastikan iphone storage yang lama mencukupi space untuk backup.

Untuk semak storage iphone, anda pergi ke Setting » General » iPhone Storage.

Jika anda lihat di atas, space yang telah digunakan untuk iPhone saya adalah sebanyak 11.6 GB manakala saiz asalnya adalah 16GB. Jika ditolak space yang tinggal hanyalah 4.4GB.

Jadi, kalau kita lihat di sini ruang pada iPhone saya masih lagi mencukupi untuk backup saiz whatsapp sebesar 3.17GB.

Kalau saiz tidak mencukupi, anda perlu delete gambar atau video atau juga anda boleh langgan iCloud.

Bila space dah mencukupi untuk backup, sekarang mari kita lihat tutorial.

Bahagian #1: Backup Whatsapp Pada Telefon Lama

Langkah 1 Pertama sekali buka Whatsapp anda di phone lama dan pergi ke Settings » Chats

blank

Langkah 2 Kemudian, klik pada Chat Bakcup.

blank

Langkah 3 Di sini anda boleh pilih samaada nak backup sekali dengan video ataupun tidak.

Jika anda nak backup video sekali, pastikan anda tick pada Include Videos.

Jika anda nak backup text sahaja, untick pada Include Videos.

Kemudian klik pada link Back-UP Now.

blank

Lepas tu anda perlu tunggu beberapa minit untuk selesaikan proses backup.

Bahagian #2: Transfer Whatsapp ke Phone Baru

Langkah 1 Sekarang ni dapatkan phone baru anda dan buka applikasi Whatsapp.

Jika anda belum download lagi, sila download dulu di app store atau play store.

Kemudian, klik pada Agree & Continue.

blank

Langkah 2 Masukkan nombor telefon Whatsapp yang anda gunakan sebelum ni.

blank

Langkah 3 Jika sebelum ni anda pernah buat Two-Step Verification untuk whatsapp, anda akan terima step seperti yang berikut terlebih dahulu.

Masukkan pin yang anda create sebelum ini.

Jika lupa boleh klik pada Forgot Pin.

blank

Langkah 4 Kemudian, pada langkah yang seterusnya, di sini anda boleh lihat berapa saiz sebenar backup Whatapp.

Jika anda dah berpuas hati, klik pada link Restore Chat History untuk pindahkan semua Whatsapp kita dalam phone lama ke phone yang baru.

Sekarang ni anda mesti tunggu sehingga proses selesai.

blank

Langkah 5 Seterusnya sistem memberitahu bahawa Whatsapp anda sudah bersedia untuk direstore melalui iCloud.

Anda tidak boleh cancle atau decline jika tidak anda tidak dapat restornya semula kecuali anda buat backup baru pada iphone lama seperti bahagian #1 tadi.

blank

Langkah 6 Pada langkah seterusnya, masukkan nama anda.

Lepas siap klik Done.

blank

Langkah 7 Seterusnya, Whatsapp akan direstore secara automatik.

Tunggu sehingga proses selesai.

Cepat lambat bergantung pada kelajuan internet, saiz backup dan juga phone performance.

blank

Siap!

Senang je kan jika kita tahu caranya.

Jika anda ingin lihat dalam bentuk video, boleh lihat di bawah.

Kesimpulan

Dalam tutorial ini, saya telah tunjukkan pada anda bagaiman cara kita untuk restore Whatsapp dari phone lama ke phone yang baru.

Jika anda ada stuck di mana-mana, sila tinggalkan komen di bawah.

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Siapa Saya?

blankMinat dalam dunia bisnes, blogging dan juga travel. Kerja sampingan adalah webdesigner. Boleh layari smcreativestudio.com.Dan tolong subscribe channel YouTube aku "Blog Faiz". Read More…

Comments

  1. blankMuhammad Shahril says

    January 21, 2021 at 7:11 am

    What a nice tips and tutorial faiz. Btw, we are from the same state and district. Orang padang siam tanah merah here 🙂 Haha. Hoping that we can be useful to each other soon and let be friends. Follow my blog!

    Reply
    • blankFaizAlias says

      January 21, 2021 at 11:08 am

      haha…terima kasih…btw skolah arab padang siam ko?

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Carian Artikel

Subscribe di YouTube

Lihat lebih banyak video tutorial dan kisah hidup aku di YouTube. Klik butang subscribe di bawah.

SPONSORED




Kategori

Archives